Friday, January 4, 2008

SMART TAG OH SMART TAG!

Apa bagusnya smart tag? Betul jawapan yang anda berikan. Ia bagus jika ketika plaza tol sesak dan jika waktu hujan terutama yang lebat.

Tetapi, petang ini ketika hujan lebat, smart tag berdekatan RTM bukan saja tidak membantu tetapi menyusahkan. Ini kerana lorong smart tag ada tanda pangkah warna merah. Maksudnya tidak berfungsi. Maka kesesakan lebuh raya daripada RTM hinggalah plaza tol untuk ke Subang Jaya.

Mereka yang "happy" "gembira" "ceria" atau "menarik nafas lega" kerana mempunyai smart tag ketika hujan lebat menjadi "muram" "marah" "frust" dan pelbagai lagilah kerana lorong smart tag tidak berfungsi dan terpaksa pula "minta laluan" untuk masuk ke lorong "touch n go". Apa ni? Bagus ke tak bagus? Tengok-tengoklah sikit.

2 comments:

UMNO Cawangan Desa Jaya said...

Memang tak bagus. Lagi mau naik tol.

ibrahim yahaya said...

Sdr UCDJ,

Plus ni kreatif. Sejak zaman Datuk Ikmal, Datuk Idrus hinggalah ke zaman sekarang, mereka sentiasa berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan yang diberikan.

Datuk Ikmal dulu suka membuat lawatan mengejut untuk memastikan semua orang "buat kerja" dan memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Begitu juga Datuk Idrus yang meneruskan kecemerlangan kerja dan berusaha memperkemas dan mencantikkan R&R. Sekarang pun begitu.

Namun, adakalanya "orang bawah" yang buat kerja sambil lewa menyebabkan perkhidmatan itu dipersoalkan. Jadi semua orang di Plus perlu membantu pengurusan sekarang agar menjadi terbaik.

Kawan lama kat PR tu, diari cantik Plus jangan lupa pula ya...nombor hp saya tetap sama dan tak tukar pun. bolehlah call untuk bagi pelbagai maklumat terutama R&R yang semakin cantik dan canggih.