Apapun keputusan petang ini, sudah tentu semua pihak berharap rakyat Perak akan menang.
Sebenarnya, rakyat sudah bosan dan meluat dengan kemelut yang berlaku di Perak.
Tanyalah sesiapa saja di negara ini mengenai kemelut yang berpanjangan ini sehingga mengheret Paduka Sultan.
Kemelut ini menyebabkan ada pihak yang menggambarkan seolah-olah Perak ini tidak aman. Mungkin 'betul' kepada ahli politik berfahaman sempit tetapi tidak kepada rakyat.
Rakyat mahu hidup seperti biasa. Persetankan kepada mereka yang 'sengaja' mewujudkan keadaan yang tidak menentu dan pasti menyusahkan rakyat.
Marilah kita berdoa agar keputusan itu menguntungkan rakyat. Tiada prasangka terhadap keputusan itu termasuk memperlekehkan hakim dan undang-undang di negara ini.
Halo. Membesar lah cepat. Jangan jadi budak kecik.
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Datuk Tiger.
Yang menang dalam kes Perak ini ialah kedua-dua penguam jer...Kalah atau menang dah tentu masuk duit.berjuta-juta......(Duit habis negari berceramok)
Yang merana rakyat Perak yang muak dengan kerenah Politik....
"Dok tertanya-tanya sapa yang bayar yuran peguam ini......
Salam,
Sepatutnya MB dipilih oleh rakyat; bukan oleh hakim.
Jadi kembalikanllah kuasa memilih MB itu kepada rakyat.
Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan, kita mungkin boleh menangguhkannya.
Akan tetapi, akan sampai juga masanya apabila rakyat nanti yang membuat pilihan.
pak cik sangkakala,
apa kata kita semua duduk diam. tunggu saja pilihanraya umum ke 13. Buat masa sekarang, bagi peluang kepada dato zambry buat kerja, tolong rakyat. Pasal Datuk "boneka" Nizar tu, kita bior Uncle Nga dgn Uncle Ngeh puppet kan dia sampai putus tali.
Sambil kita tunggu PRU13, kita orang melayu, nyanyi lagu warisan.
Anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat SENGKETA SESAMA LAH KITA,
CINTA LENYAP DIARUS ZAMAN.
Post a Comment