Tuesday, May 26, 2009

BUKA PINTU, DITEMPELENGNYA SYAITAN

Pagi ini, hendak menceritakan satu bahan jenaka yang boleh dijadikan modal perbualan. Itupun jika sudi.

Ada tiga lelaki nakal yang hendak dikenakan hukuman di akhirat nanti.

Sebelum dikenakan hukuman terakhir, mereka dibenarkan membuat permintaan terakhir.

Lelaki pertama mahu menikmati semua jenis perempuan. Lelaki kedua mahu menikmati semua jenis makanan. Tetapi lelaki ketiga mahu menikmati semua jenis cigar. (Saya pun suka. Sudah 'puffing' selama 30 tahun. Jangan hisap atau sedut tetapi hanya 'puffing'.).

Mereka akan dimasukkan ke dalam satu bilik dan akan dapat merasai apa yang dihajati selama 30 tahun. Wow, 30 tahun...amatlah lamanya.

Maka setelah dinyatakan keinginan mereka, ketiga-tiga lelaki itu ditolak masuk ke dalam bilik.

Selepas 30 tahun, lelaki pertama pun keluar dan menyatakan kepada syaitan betapa seronoknya beliau kerana menikmati semua jenis perempuan. Senyuman dari telinga ke telina. Begitu juga lelaki kedua. Semua jenis makanan dalam dunia termasuk rojak dan cendol.

Tetapi bagi lelaki ketiga, sebaik pintu dibuka, dia terus menempeleng syaitan gondol berkenaan.

Syaitan itu merasa hairan dan bertanya mengapakan lelaki itu bertindak demikian.

Lelaki itu amat berang. Lalu menjawab, "Mengapa aku tidak marah, kamu tolak aku ke dalam bilik tetapi terlupa memberi aku pemetik api. Tiga puluh tahun aku merana. Hanya dapat ambil bau cigar sajalah. Apa punya syaitan.."

Buta sejarah, mata tertutup.
Apabila marah, semua meletup.

Buah durian banyak duri.
Sekian, buat hari ini.

6 comments:

Suara Perindu said...

Tak dak pakej ke? Cigar dan pemetik api sekali. hehehehe

JoJo In The House said...

hahahahahahaha!!!!!

OrgKpgDoha said...

hahahaaa.....Nanti balik Kl leh sama-sama hisap Cigar dgn Datuk..

"Cigar murah di sini..Davidoff 2000(ni best )..."

Anonymous said...

Lari sekejap daripada hal2 politik mungkin boleh kita promotekan Cadanagn dan pendapat saya..

1. Bagaimanakan kita dapat memastikan PUSAT ZAKAT dan BAitulmal dapat berfungsi dgn lebih efektif?

2. Apa kata pemimpin Islam memohon supaya Pusat Zakat supaya membeli sahaja rumah2 flat yg tak terjual utk diberikan kepada golongan asnaf (ibu tunggal dan fakir miskin)

3. Mewujudkan sebuah RUMAH ANAK-ANAK YATIM yg KOMPREHENSIF dan DISATUKAN serta DIWUJUDKAN SATU SEKOLAH KHAS untuk mereka dengan menggunakan WANG ZAKAT dan BAITULMAL.

Saya rasa dengan wujudnya CENTRALIZATION RUMAH ANAK-AnAK YATIM maka kebajikan mereka dapat dibela dengan tersusun.
Tanah boleh pohon daripada kerajaan negeri dan KEWANGAN boleh dapat daripada PUSAT ZAKAT dan BAitulmal.. Kita langsung tak menggunakan DUIT CUKAI yg tak tentu halal haram tetapi adalah duit zakat daripada UMAT ISLAM seluruhnya.. AKADEMI ANAK-ANAK YATIM ini seharusnya di wujudkan di semua negeri dan saya cadangankan denga kapasiti 5000 org.

Bukan kah cadanagn saya ini adalah satu cadangan yg bagus utk di halusi oleh semua pihak?

Jgn hentam dahulu tetapi perhalusi cadanagn saya ini..

Penganut agama lain tidak dapat menafikan perkara ini kerana INI ADLAH DUIT ZAKAT ORG ISLAM

Dr Megat Al Imran said...

Datuk,
Kelakar betul joke tu...mana dapat..?

Dr Megat

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Seorang bapa seiras Anil Kapoor terkial-kial menjelaskan maksud seks kepada anak bongsunya di tahun empat yang pulang dari sekolah.

Memikirkan betapa pendidikan seks ada baiknya maka si bapa tadi mencari-cari ayat-ayat mudah untuk mengungkapi behawa seks itu adalah sebahagian daripada kehidupan manusia normal.

Malahan, lahirnya si anak pun kerana termetrinya hubungan intim ayah dan ibu namun taklah sampai dia memaklumkan berapa kerap hubungan intim itu berlaku dalam seminggu.He he ...

Sebaik sahaja penerangan panjang lebar selesai, anak kesayangan pun mengeluarkan borang yang diberi cikgu untuk diisi.

Termanggu-manggu si bapa yang perasan wajahnya persis Anil Kapoor itu apabila anak menunjukkan ruangan pertanyaan seks yang belum ditulis.