Sunday, May 17, 2009

ANIFAH AMAN MULA BERCAKAP

(Marah sangat nampak. Gambar oleh AgendaDaily)

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, sudah mula bercakap mengenai 'mainan politik' pembangkang terutama pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Sudah tentu ia menyentuh ramai pihak yang akan terasa dan merasai 'butir-butir' yang diutarakan.

Kini, banyak blog sudah menulis mengenai bahan percakapan Panglima dari Sabah ini. Ada yang menyokong Menteri Luar kita dan ada juga yang mempersoalkannya.

Kita berharap apa yang diutarakan oleh adik Ketua Menteri Sabah itu akan menjadi renungan dalam membuat penentuan pemilihan pemimpin pada masa akan datang.

Berani kerana benar. Takut kerana salah.

(Renungan Rimau : Saya tabik 'spring' kepada Menteri Luar ini kerana fasih berbahasa Mandarin. Bercakap Mandarin 'macam air' terutama ketika di Perak baru-baru ini. Lebih hebat daripada sesetengah pihak di Perak yang berbangga boleh berbahasa Mandarin ketika bertempur di Bukit Gantang. Datuk Anifah juga adalah seorang yang mudah bermesra dengan orang dan boleh dibawa ke tengah dan ke tepi. Perhubungan Awamnya teramatlah bagus.)

5 comments:

aimdaim said...

DIY,

Baru betul, ada 'counter attack'. Jika tidak Malaysia ni mcm tak de hulubalang nak menangkis keceluparan lanun yang mengganas di luar.

Saya juga bersetuju sangat dgn saranan Ketua Penerangan UMNO (yg rajin tido rumah org FELDA) berusaha membetulkan saf Ketua Penerangan Negeri, Bahagian & cawangan. Kebanyakkannya tangkap muat sahaja asal ada senarai AJK. Yg nampak bekerja hanya penerangan bahagian, itupun musim pilihanraya.

Kedua-dua mereka ini telah menjalanjan tugas dengan baik & diharapkan berterusan hingga UMNO kekal kukuh.

fikir-fikirlah.

tukang taip said...

anifah menegaskan ia tidak takut dengan ugutan anwar...apa agaknya tindakan anwar yer?

Senjaliza said...

Kebetula DSP Anifah Aman dari Sabah. Di Sabah soal DSAI membeli dan menawarkan jawatan kepada pemimpin Sabah untuk menjayakan "MIMPI" 916 adalah cerita kedai kopi di kaki lima. Dua MP SAPP awal-awal terima tawaran kerana Yong Teck Lee sama-mama mengejar mimpi di Hong Kong. Apa dah jadi dengan MP SAPP-Jelas menggigit jari dalam PRU13. DAP will "kill" both of them. Dato Rahman Dahlan MP Kota Belud, mantan SU Pemuda UMNO pernah katakan jumlah wang habuan PKR nak beli dia takkan habis sampai 7 keturunan. Senarai mereka hendak dibeli DSAI bertabutan di sana sini semasa gagasan 916 dulu. Anifah-"lawan tetap lawan" VS."tipu tetap tipu" @ LTL VS 3T.

Anonymous said...

salam tuan..
ne manusia paglima pakistan.. huhu.. harap la saudara dgn anipah ne.. sama dgn abg dia.. kenal x siapa abg anipah ne? c.m sabah skrg.. huhu.. mcm mcm .. semua balak dorang sapu.. projek sapu rata.. masalah p.t.i di sabah ne dorang yg taja.. percaya la saudara saudara ku.. huhu... www.sabahkini.net www.mutallibmd.com

Anonymous said...

Dalam senyum, ada tangis. Dalam kawan ada lawan...begitulah lumrah dunia.

Dalam kelantangan DSP Anifah, ada saja mulut2 celupar yang kononnya lebih tahu tentang beliau, terutamanya dari blog.mutalibmd, blog yang memang dipelopori oleh kumpulan `born loser' dan kumpulan kecewa (dari UMNO,PBS,UPKO,LDP). Kumpulan ini mengelar diri mereka blogger Sabah... lantik diri mereka jadi ketua dan sebagainya.. kemudian, pungut derma RM1 dari setiap pembaca blog mereka untuk wang poket mereka..aduhhhhh, ciannya.

Dalam kawan ada lawan... juga berkaitan dengan satu artikel dalam blog oranggomen.blogspot, yang menyentuh mengenai satu agensi kerajaan yang bernaung dalam kementerian Penerangan ....
Agensi itu memang hebat, digeruni oleh lawan, dicemburui oleh kawan.. hinggakan terjadilah tikam-menikam dalam kementerian tersebut..demi untuk menjatuhkan agensi itu tadi. Tapi...biasalah, mereka tidak akan luput ditelan zaman,pudar dipanah mentari... mereka akan terus hidup dan berjuang demi visi,misi dan objektif jabatan tersebut..samada kekal dalam Kementerian atau berhijrah ke tempat lain. kalau berhijrah lagi baik...kerana tidak elok rasanya berdengki-dengki sesama kementerian,nak pukul ke tidak,adik beradik ni???

Berbalik pada DSP Anifah.. sepatutnya sudah lama isu pe`el Anwar diluar negara ini ditangani, ditelanjangi dan didedahkan pada dunia antarabangsa..agar, tiada lagi dia berani menggatakan yang dia dan pengikut-pengikutnya, dirantai pergerakkan mereka dinegara ini. Kita perlukan orang seperti DSP Anifah.. yang selama ini difikir sebagai Pak turut..ikut saja telunjuk KL.. KITA PERLU SESEORANG YANG BERANI MAIN PERMAINAN ANWAR... jangan jadi lembik macam agar-agar..angguk2,geleng2,iya2,ikut saja.....!!Lagipun... kami (orang Sabah)bukan sedara dengan Anwar..lantaklahh!!

HIDUP DSP ANIFAH AMAN..MENTERI LUAR MALAYSIA.!!!