Monday, May 18, 2009

1 MALAYSIA 1 SEKOLAH



Demi kelangsungan hidup Malaysia, saya amat menyokong agar semua rakyat negara ini belajar di bawah satu sekolah. Ia sejajar dengan hasrat PM untuk menjadikan 1Malaysia sebagai perjuangan semua pihak di negara ini. Perjuangan suci murni.

Ini penting dalam usaha kita merapatkan hubungan antara kaum di negara ini. Ini penting dalam memastikan 'persamaan' boleh dijadikan bahan untuk merapatkan hubungan antara kaum yang kelihatan semakin renggang dan dikecamukkan oleh sesetengah pihak terutama bapak-bapak politik yang 'gila kuasa'. Jadilah orang yang jujur, setidak-tidaknya kepada negara ini.

Kita tidak boleh berdolak-dalik dalam hal ini termasuk pemimpin Melayu, Cina dan India di negara ini. Persetankan mereka yang menggunakan isu ini demi kepentingan politik dan jawatan mereka sama ada dalam parti atau kerajaan. Kita sudah 'letih' dan 'bosan' mereka yang mendodoikan 'bahan yang merosakkan'.

Ketepikan kepentingan politik masing-masing tetapi utamakanlah kepentingan negara. Ini perjuangan kita untuk negara bangsa. Berhentikanlah sandiwara yang merosakkan dan tidak menguntungkan negara. Berhentikanlah 'permainan politik' sempit yang menyajikan keretakan berterusan hubungan akrab ini.

Jika kita lambat berbuat demikian maka usaha untuk menyatupadukan rakyat negara ini akan menyimpang jauh. Ketika itu mungkin sudah terlambat dan nasi pula sudah menjadi bubur. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekali lagi, demi memastikan kelangsungan hidup Malaysia, kelangsungan hidup rakyat negara ini, kelangsungan hidup anak cucu, marilah kita menyokong satu sekolah untuk semua.

9 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

saya sokong sepenohnya.Tapi mengapa satu negeri 2 MB,2 Speaker ?

PARPUKARI said...

SALAM DAO, SAYA SUDAH SIGN ONLINE LAGI, BILA BOLEH KITA PI MINUM TEH TARIK DATO?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Diharap Dato' dapat membawa perkara 1 sekolah untuk semua melalui media RTM

SHAHFUDIN

Redha said...

Assamualaikum Dato'
Satu sahaja pertanyaan saya, dapatkah konsep 1 sekolah direalisasikan? Kalau benar-benar dapat direalisasikan, memang para pemimpin yang menjayakannya perlu diberi 'tabik spring'.

Saya dapat merasakan pemimpin dan masyarakat Melayu tiada masalah dalam hal ini. Tetapi bagaimana pula dengan pemimpin dari kaum lain. Bolehkah mereka menerima konsep ini?

Apabila hal ini disentuh, akan ada 'tangan-tangan' yang secara terang atau bersembunyi akan mempolitikkan isu ini. Tidak mustahil konsep ini akan dimanipulasi sepenuhnya, hanya untuk mengekalkan sokongan politik sesetengan pihak.

Walau bagaimanapun, kejayaan konsep ini amat-amat diharapkan selaras dengan konsep 1Malaysia (walaupun ianya nampak mustahil untuk dijayakan)

Wassalam....

OrgKpgDoha said...

Salam Datuk Tiger.

Satu sekolah, satu bahasa dan Satu Malaysia baru betul..Tiada lagi sekolah cina dan tamil..Tinggal sekolah kebangsaan. terbukti di Indonesia amalan ini berjaya sehingga bangsa lain fasih didlm bahasa Indonesia..

Kalau tidak buat sahaja sekolah berbahasa inggeris mungkin semua orang melayu sudah fasih berbahasa inggeris seperti sekolah di singapura.

Di DOha semua sekolah bahasa Arab, baik India atau bangsa lain yang ingin belaja disekolah ajaan kerajaan, semuanya dalam bahasa Arab kalau tidak mereka masuk sekolah persendirian tajaan bangsa mereka.

Sistem Pelajaran di sekolah tidak bulan bertolak ansur dan seharusnya kekal satu sistem selama-lamanya. Jangan hendak tukar mengikut selera bapak Menteri.

Tringat masa dahulu kita ambil LCE , MCE+SPM dan HSC+ STPM..

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

sebenarnya satu sekolah ni dah lama patut dilaksanakan. walaupun ebgitu janganlah dihalang seperti pemblajaran bahasa tamil dan mandarin..ia juga bole dibuat sebagai matapelajran elektif.

kerajaan malaysia ini seperti kata tun mahathir sudah terlalu baik kerana di negara negara maju ada ke sekolah tmil sekolah cina dan lain2??




p/s tie purple tuh mengancam

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

1 negeri 2 speaker, 2 MB..tapi masih satu sultan... MB dan Speaker yang ikut sultan itulah yang sah..habis cerita

Al-Yasar said...

Salam,

Saya fikir kita (kerajaan kita) tidak ada kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakan sistem satu sekolah, satu bahasa.

Jadi walaupun idea itu bagus, tapi eloklah lupakan saja.

Kita teruskanlah sistem yang ada sekarang, kerana ia lebih realistik dan pragmatik.

Kita tidak perlu berperang untuk melaksanakan sistem yang ideal dan kelihatan bagus, tapi tidak realistik.

Kusyi Hirdan said...

Saya pun setuju :)