Saturday, May 30, 2009

REBUTLAH BANYAK PELUANG DI CHINA

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke China awal bulan depan adalah satu detik bersejarah bagi negara ini. Peristiwa penting bagi Perdana Menteri keenam yang sejak memegang jawatan memperkenalkan SATU MALAYSIA.

Selepas lawatan ayahandanya, Tun Abul Razak ketika memegang jawatan Perdana Menteri, kini seorang lagi pemimpin dari Pahang akan menurut jejak langkah untuk melawat China, negara besar yang menyediakan pelbagai peluang perniagaan.

Lawatan ini sudah tentu akan membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Malaysia untuk menerokai negara yang terkenal dengan tembok besarnya selain menjalinkan hubungan kemasyarakatan termasuk seni dan budaya.

Malam tadi ketika bersembang dengan seorang rakan, beliau menceritakan peluang perniagaan yang amat besar di China. Amat besar. Hanya perlu pandai mencari saja.

Beliau yang menjalankan perniagaan pellet besi menyifatkan sebelum berlakunya Olimpik Beijing tahun lalu, China adalah lombong emas bagi usahawan besi kerana pelbagai prasarana yang ingin dibina sempena temasya sukan terulung di dunia.

Peluang ini masih banyak dan usahawan tempatan boleh segera memulakan langkah. Jika yang sudah bertapak di sana, mereka perlu mencari peluang lain yang mampu mempertingkatkan eksport barangan tempatan.

Bagi usahawan tempatan yang mengikuti lawatan PM nanti, jangan lupa untuk mencari rakan niaga untuk memperkembangkan perniagaan. Bukan mencari 'rakan lain'. Atau mencari perkara bukan-bukan. Iskh iskh iskh ishkh....takde kerja lain ke?

Semoga DRH sentiasa berada dalam keadaan yang baik menjalankan tugas di sana. Begitu juga Yazid, Sayuti dan semua petugas RTM.

Ikan seluang Lubuk Cina
Jantan betina tahu kelibat
Banyak peluang di negeri China
Rebut segera jangan terlambat

No comments: