Wednesday, May 27, 2009

P RAMLEE PELOPOR SATU MALAYSIA

Jumaat ini genaplah ulangtahun pemergian seniman agung allahyarham TAN SRI P.RAMLEE ke-36.

Sebagai entiti yang peka merancang pelbagai aktiviti berkaitan SENIMAN, RTM akan bekerjasama dengan Finas dan Filem Negara untuk menerbitkan tiga dokumentari khas mengenai kehidupan Tan Sri P. Ramlee.

Dokumentari yang akan dihasilkan itu, turut dijadikan bahan arkib oleh RTM untuk memudahkan orang awam membuat rujukan dan mengetahui lebih mendalam, siapa sebenarnya P. Ramlee, baik di luar mahupun dalam lingkungan seninya.

Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim, P. Ramlee disifatkan sebagai seorang Seniman tulen.

Hasil seninya merentas masa dan generasi hari ini harus menghargainya sebagai aset paling berharga dalam industri perfileman Melayu.

Bahkan, menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais, TS P Ramlee disifatkan antara pelopor konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Datuk Seri Utama Dr Rais lagi, karya seni P. Ramlee yang bersifat sejagat telah menarik minat pengiat filem dari seluruh dunia terutama Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Indonesia untuk melakukan kajian dan bahan rujukan.

Mereka terdorong berbuat demikian apabila menyedari filem-filem arahan Tan Sri P Ramlee mempunyai elemen penyatuan masyarakat majmuk.

Sempena ulangtahun pemergian P. Ramlee ke 36 tahun, satu majlis bacaan yassin dan tahlil serta sambutan Hari Seniman akan diadakan di Kompleks Studio Merdeka Hulu Kelang.

Semoga roh TS P Ramlee sentiasa sihat dan ditempatkan bersama roh orang-orang soleh.

6 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dalam filem bujang lapok,p.ramlee lah yang perli umno.

s.samsuddin kata : alif,min,nun tendang wau = sarkas.
alif,min,nun,wau = sarkas.

djhezry said...

Kreativiti TSP tiada yang mampu menandinginya....Antara pepatah seni yang meniti dari bibir ke bibir...." Andai di pisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa hampa..."

Semoga beliau berada disisi golongan yang disayangi Allah....amin

tajudin said...

Amin. Moga dimakbulkan Allah doa itu.

Cucu Tok Selampit said...

Terima kasih DIY di atas peringatan tersebut. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatehah untuk Seniman Agung Negara.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Sempat lagi ka hantar proposal and treatment atau dah ada kompeni berkabel yang dapat?

Unknown said...

teringat cerita 3 abdul, dailog s. kadarisman dah sebut pasal 'demokrasi terpimpin'... masa mereka berbincang pasal pembahagian harta.
p. ramlee pun ahli politik juga ya..