Thursday, May 7, 2009

PROGRAM CUNGKIL KARYAWAN MUDA

(Sumber: Lukisan dan ukiran yang dirakamkan oleh sami dari Australia, Ven S Dhammika, pada 2005. Gambar kemaluan adalah lambang kesuburan bagi masyarakat di sini.)

Posting Kedua - 10 pagi

Semalam, saya dibawa ke beberapa tempat dalam program lawatan sehari selepas berbincang, bertegang leher dan memberi pandangan dalam mesyuarat sehari suntuk. Mesyuarat itu amat berfaedah terutama dalam menjalinkan kerjasama serantau.

Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Perubatan Tradisional, Sekolah Latihan Kesenian, Rumah 'Orang Bhutan' berusia lebih 200 tahun dan pejabat/pusat beribadat Raja Bhutan.

Lawatan ke Sekolah Latihan Kesenian amat menarik perhatian. Di sekolah ini, pelajar dilatih mengenai pelbagai jenis kemahiran termasuk ukiran, membuat rumah tradisional, kraftangan dan membuat pelbagai jenis patung termasuk yang membabitkan keagamaan.

Sekolah di bawah Kementerian Sumber Manusia itu setakat ini berjaya melahirkan ramai bakat-bakat baru dalam bidang yang mungkin akan dilupakan satu hari nanti tanpa asuhan berterusan dan bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan.

Saya menyaksikan pelajar-pelajar diajar bagaimana untuk membuat 'tembok rumah' daripada tanah seperti yang dilakukan oleh masyarakat Bhutan dahulu kala yang amat menarik dan mampu mengekalkan tradisi lama.

Di Malaysia, keupayaan dan kejayaan Aswara dalam mengasah dan memupuk bakat dalam bidang seni sudah memperlihatkan kemampuan organisasi itu. Ia boleh diteruskan dengan pelbagai jenis cabang seni lain yang boleh membantu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang yang diperlukan. Atau bidang yang dilupakan.

Ketika ini, jika bercadang membuat rumah kayu dengan penuh ukiran, sediakanlah wang yang banyak. Apabila kita sudah mempunyai ramai pakar dalam bidang ini, sudah tentu kadar bayarannya pasti mampu dan berpatutan.

Maka usaha menggalakkan rumah yang memaparkan keMalaysiaan boleh dipertingkatkan. Seperti di Bhutan, hampir semua rumahnya mengekalkan lambang kesenian yang tinggi negara itu. Cantik dan menarik.

Posting Asal - 12.02 pagi

Salah satu perkara yang dicadangkan dalam pertemuan di Paro, Bhutan ini ialah mengadakan program untuk menggalak dan melahirkan lebih ramai karyawan muda dalam bidang animasi.

Kesempatan mewakili RTM membolehkan saya menerangkan bahawa Malaysia telah memulakan program seumpama itu iaitu menerusi program kerjasama Filem Negara dan RTM yang dikenali sebagai Karyawan Muda.

Dalam program ini, ramai bakat-bakat baru terutama dalam bidang animasi untuk mengambil bahagian menghasilkan karya pendek mereka termasuk membabitkan skrip mengenai makhluk asing. Jika penonton RTM meneliti program sejak dua tahun lalu, sudah pasti dapat melihat ramai karyawan muda yang berbakat lahir daripada program berkenaan.

Bagaimanapun, dalam cadangan itu di Bhutan, program berkenaan akan membabitkan anggota organisasi yang sudah pasti akan merancakkan usaha mencungkil bakat-bakat baru dari seluruh Asia.

Sudah tentu ini akan memberi kesempatan kepada karyawan muda tempatan mengambil bahagian dalam satu program antarabangsa. Ini secara tidak langsung mampu mengetengahkan bakat-bakat muda tempatan ke persada dunia.

Tidak mustahil lebih ramai anak tempatan mendapat tempat di Hollywood seperti yang sudah berlaku sebelum ini termasuk bekerja dengan Steven Spielberg ataupun DreamWorks.

Tidaklah kita hanya sibuk untuk mencungkil bakat dalam bidang nyanyian saja. Amacam?

Semoga program seumpama ini cepat dilaksanakan.

10 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM....
SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT SAUDARA AKAN HAL INI. KITA NI DAH JAUH KETINGGALAN DARI NEGARA ASEAN SERANTAU DALAM MENGHASILKAN FILEM TERBAIK. BRUNEI KITA TOLAK TEPI...TAPI THAILAND DAN INDONESIA FILEM MEREKA BERMUTU. KITA MASIH DI TAKUK LAMA...

SALAM....

Anonymous said...

ya betul betul betul hehehe
dunia animasi sungguh jauh margin dia. dan kewujudan animator di malaysia pun kira boleh dibanggakan.

dan mmg betul RTM pun dah mengambil langkah bijak denganmenrbitakan program yang berkaitan animasi.

*saya masih terpegun ngan hasil animasi Hollywood - Beowulf(2007)

Sivaraman said...

Salam Sejahtera Dato Tiger,
Tahniah atas perlantikan saudara sebagai KP Penerangan. This is indeed a good move where experienced people from the private sector are absorbed into civil service to spice things up as you will view things wearing different lenses. I am sure you realise that the challenges will be a plenty but I think you will make a difference. Wish you all the best.

X BH

Orgkpgdoha said...

Salam Datuk Tiger..

Bila jauh berjalan maka luaslah pandangan,bertambah ilmu,idea dan usur-usur yang kita akan bawakan ketempat sendiri.

Kemahiran teknikal atau pertukangan yang ada disekolah-sekolah diBhutan sama juga dengan kita di Malaysia. Kemahiran ini telah ujud sejak zaman sekolah Vocational lagi..Pelajar-pelajar yang mendapat C atau gagal dalam LCE atau SRP diserap kedalam sekolah Vocational utk belaja kemahiran pertukangan.

Sistem ini telah diamalkan oleh kita dahulu lagi.Tetapi adakah kita diajar untuk membuat atau bertukang kepada produk-produk tradisi atau rumah-rumah tradisi yang tidak dinilaikan sekarang?

Kita mempunyai ramai tukang-tukang rumah, tukang-tukang ukiran rumah, pintu,tingkap dan tiang rumah yang berkalibar tetapi mereka ini tidak mendapat tempat didalam industri kita di Malaysia.

Mungkin mereka ini tidak diperlukan lagi kerana rumah-rumah sekerang tidak memerlukan ukiran tradisinol? atau kos buatannya atau kualiti buatanya.

Pada pendapat saya hasil-hasil ukiran tradisi sekarang sudah tidak mendapat tempat dihati orang Malaysia berbanding dengan org-org dahulu yang menilai tinggi ukiran traditional. Orang sekarang mungkin banyak memikirkan ukiran yang berbentuk comptemparary mahupun moden.

Rumah Melayu sekarang telah habis ditelan zaman.

Harapan besar pihak berkuasa dapat menarik balik minat ini untuk masa depan tradisi melayu.

" Harap-harap Datuk tiger balik bawa lebih banyak idea itu mertabatkan tradisi kita.."

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Mintak no handphone aweks nombor tiga dari kiri.he..he..rasanya bahasa bukanlah batasan yang memisahkan.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Salam Dunia Tiger

Lama tak berkunjung ke blog ini.
Tahniah atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.

Blog saya sudah lama tidak aktif.

Saya agak sibuk dengan bidang berkenaan emas.

Jika ada masa, sila berkunjung ke:


www.jentayuemastrading.com

rafabenitez_subang said...

balik cepat la boss, dah lama tak luahkan masalah kepada "YB" perumahan pprt rtm ni....

Anonymous said...

Anonymous said...
maybe lari dari topic Datuk, ttpi saya rasa maklumat ini amat berguna untuk menunjukan bahawa Dtk Najib bukan-lah PM Flip-Flop. timakacih

'Kallymullah and Brandan are openly instigating a rebellion against Ahmad Talib in NSTP. The no.1 GEIC told friends over tea that he 'tak berani nak ikut cakap Kaly' but 'editors dari NST' have had a few meetings with the cospirators in Bangsar Village and Briekfields. Mereka ini juga menggunakan MalaysianInsyderr untuk berbohong konon-nya Perdana Menteri tidak bersutuju debngan perlantikan Ahmad Talip.
MI berani berbohong kerana jika Pm ambil tindakan itu akan ditohmah sebagai sekatan kebebasan.
Sebenarnya MI adalah umpama racun dlm masyarakat kita sekarang.
Kalymullah even cuba prevent Najib from becoming the PM, apatah lagi bersubahat dan berbohong demi mengekalkan kepentingan dia dan kuncu-nya dalam NST/BH.
Harap2 Dtk Johan Jaafar dan yang lain2 tak terpengaruh dgn mainan Kalymullah yang tgh takut akan bayang2 sendiri.
These conspirators won't stop at anything bcoz they have everything to lose if NST/BH is purged of foreign operatives and anti-Malay/pro-Malaysian Malaysia elements.
if ecah and every 'editor' has to endorse any incoming Editorial Advisor/GE/GEIC or Chairman, then Kalymullah wouldnt have made it even to the bus stop along jln maarof.
p/s Datk Najib should take action against anonymous articles in MI that is attributed to him. If you don't stop it now, these guys are not going stop either.
TQ.

Semambu Striker

10 May 2009 19:49

OrgkpgDoha said...

Salam Datuk..

Semambu Striker mungkin ada kebenarannya..Kali & Brandon..

This is Pak Lah koleksi..

Seri Pahang said...

salam, tahniah di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.. Qaseh amat berbangga kerana seorang Ketua Pengarah Penyiaran pernah mengajar kami how to build our own blog.. tqsm... and all teh best..