Monday, May 11, 2009

MMU MELAKA JOHAN ROBOCON 2009

Balik dari Bhutan Khamis lalu terus bertugas keesokan harinya. Ini amat perlu kerana banyak dokumen yang perlu ditandatangani termasuk permohonan petugas RTM untuk menjalankan tugas di luar negara. Tiada kelulusan, sukar bagi mereka untuk mendapatkan wang pendahuluan dan mengatur perjalanan. Ada yang sudah diselesaikan oleh pemangku jawatan.

Sabtu menghadiri Majlis Ulangtahun Orkes Nirwana (ON) ke 44 di PWTC. ON yang dipimpin oleh Datuk A Rahman Hassan masih ampuh dan mampu membuat persembahan bertenaga. Ia perlu dijadikan contoh oleh kumpulan muzik remaja sekarang. Jangan satu tahun sudah berpecah dan bergaduh. Buatlah berunding.

Semalam menghadiri Robocon 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam yang menyaksikan kehebatan anak tempatan mencipta robot. Pertandingan ini adalah peringkat kebangsaan dan pemenangnya dari MMU Melaka akan mewakili Malaysia di pertandingan akhir di Tokyo, Jepun pada 22 Ogos ini.

Syabas kepada pelajar MMU Melaka yang bekerja keras mengalahkan peserta dari seluruh negara.

11 comments:

Wasilah said...

harap-harap kreativiti pelajar MMU ni akan terus mendapat tempat di Jepun nanti.InsyaAllah...

Anonymous said...

Mentang-mentangle org melake....

JONLABUYABEDABEDU

rafabenitez_subang said...

dengar cerita je la orang pegi oversea... berita sukan dah takde chance da...maklumla anak tiri...

aimdaim said...

MELAKA BOLEH

Z-MAY said...

salam datuk,

peranan KBR di radio RTM bolehlah dianggap sebagai CEO dlm swasta. Sesuai dgn jawatannya, KBR seharusnya memantau dan tahu setiap rancangan yg sesuai yg menjadi pilihan pendengar.

pendek kata, peranan seharusnya berfungsi sesuai dgn jawatannya dan bukannya tidak ambil tahu apa yg disiarkan.

peranan KBR penting dalam usaha menarik lebih ramai pendengar di radio masing2.

khabarnya KBR di RTM tidak lagi gred 41 dan dinaikkan ke gred 48.
sesuai dgn gred dan gaji yg lebih besar, biarlah peranannya juga lebih besar dan berkesan, biar radio RTM setanding dgn radio swasta.

sekadar pendapat. terima kasih...

ibrahim yahaya said...

Sdr Shila,

Mereka ini bekerja keras untuk menang. Mereka memberitahu saya bahawa usaha memperbaiki robot akan dijalankan serta merta sebelum ke Tokyo. Mereka ingin memperbaiki tempoh masa kepada hanya 50 minit untuk mencapai kemenangan. Setiap peserta diberikan tempoh tiga minit. Malaysia boleh.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jon,

Malaysia dulu, barulah Melaka. Kemudian Masjid Tanah dan Paya Rumput.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Sikit pun ok le. Yang penting kualiti laporan sukan di RTM. Pastilah yang terbaik saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Aimdaim,

Terima kasih daun keladi.
Hati bersih dan selalu berbudi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Z-May,

Setuju.

Peminat Bola said...

Letih tgk berita perdana rtm.....sukan ada 3 atau 2 cerita.....

org2 di RTM kena ingat la,sukan di RTM ni banyak peminat......

sukan terbaik hanya di rtm? kena ubah kot....

sukan tersikit hanya di rtm