Wednesday, May 13, 2009

RAKYAT PERAK PERLU BERTENANG

Persetankan mereka yang suka mengambil kesempatan daripada kemelut politik Perak sekarang.

Yang penting Darul Ridzuan perlu aman dan harmoni. Negeri itu perlu dibenarkan bernafas dengan selesa. Tiada pihak yang perlu menutup ruang penafasan penduduk Perak dengan kekotoran politik mereka. Kebusukan hati nurani mereka.

Rakyat Perak perlulah memahami apa yang berlaku sekarang ialah proses demokrasi yang luhur.

Ia adalah proses perundangan biasa apabila ada pihak yang memilih mahkamah sebagai jalan terakhir untuk menentukan 'nasib' mereka. Apabila keputusan telah ditetapakan, apa yang perlu dibuat ialah akur dan menghayatinya. Jangan kelabu dan gundah gulana.

Adalah malang apabila ada pihak yang 'bersorak' apabila keputusan menyebelahi mereka tetapi 'mengeluarkan kata nista' jika ia dilihat 'tidak menguntungkan'.

Ini sikap golongan yang rendah martabat dan lemah jatidiri. Mahu menang selalu sedangkan mereka tahu proses perundangan dijalankan dengan sempurna. Insaflah.

12 comments:

bungaraya said...

Mungkin sedikit risiko kepada BN, tapi saya kira untuk mengelak memakan perbelanjaan yang besar dengan mengadakan pilihanraya kecil bagi seluruhy negeri Perak, dan untuk menredakan suasana kemelut politik yang semakin berserabut pada masa kini, eloklah 3 Adun bebas itu mengosongkan kawasan masing-masing dan kita adalah 3 pilihanraya kecil DUN dengan segera.

pulasperut said...

sory 2 say, sumer ni berpunce dr kegelojohan pihak BN sdiri utk merampas kuasa..

Anonymous said...

Perak dah jadi PERAK DARUL CINA

MusangTembaga said...

Nizar dah lupa diri, ghairah dan rakus nak jadi MB...Dia lupa dalam undang2 negara ada Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Agung...Selagi Mahkamah Agung tak buat keputusan...Zambri adalah MB Perak yang sah...Nizar angkuh nak adakan pilihanraya kecil untuk Dun dalam negeri Perak.Nak bazirkan duit rakyat...Menang belum tentu beb....

Anonymous said...

Dato'

Dengan izin.

Sememangnya apa yang dilakukan dalam mendapat perintah penahanan untuk keputusan pada 11.5.2009 adalah mengikut lunas undang-undang.

Namun sedemikian, risiko yang diambil perlu diperjelaskan sekiranya rayuan Dato' Zambry ditolak dan apakah impak terhadap segala arahan/kontrak melibatkan pentadbiran Perak yang dijalankan sepanjang tempoh penahanan itu oleh Dato' Zambry jika Dato' NIzar ialah MB Perak yang sah.

Ini akan menimbulkan kecelaruan yang tidak berkesudahan terhadap pentadbiran negeri Perak.

u/p bungaraya,
saya bersetuju jika pilihanraya kecil diadakan untuk 3 DUN tersebut namun ini akan membuka pekung SPR dan kerajaan pusat yang menyebabkan pertandingan menjadi berat sebelah kepada PR jika merujuk kepada kronologi kes ini.
Rakyat tidak mudah lupa.

u/p Mr. Ketam,
Sila beri komen yang tidak berbaur perkauman kerana ini akan mencalar kredibiliti penulis blog ini sendiri dan juga aspirasi 1Malaysia.

u/p semua,

Adalah lebih baik supaya DUN Perak dibubarkan kerana sesebuah kerajaan yang mempunyai majoriti kecil dilihat tidak stabil disamping majoriti ini adalah dari mereka yang didakwa di Mahkamah yang berisiko ADUN mereka akan dilucutkan jika bersalah.

Dengan izin,

Seharusnya kemelut politik Perak ini diakhiri secepat mungkin dengan memberi rakyat hak untuk memilih sekali lagi bagi mengelak kehilangan keyakinan rakyat Perak dan Malaysia secara amnya terhadap semua institusi di Malaysia.

Krisis yang berpanjangan cuma akan memperlihatkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin kita. Biarlah rakyat yang tentukan.

Insaflah.

-non-partisan-

musangtembaga said...

Dato'..minta tolong pastikan Biro Penerangan Umno dpd Pusat hingga cawangan agresiflah sikit, beri penerangan kepada rakyat.Biro penerangan umno pusat mesti sediakan jadual program untuk selaraskan di semua peringkat, barulah ada sistematik planning..

Anonymous said...

Sbg org UMNO Perak saya betul-betul rasa sebaiknya rakyat negeri ini memutuskan segalanya menerusi peti undi.

Saya antara ribuan pendapat org melayu perak.

Common sense.

Anonymous said...

kita kena menggunakan akal yang waras untuk menilai bukannya menggunakan taksub dan kepentingan diri. kebenaran akan timbul juga. lu pikirlah sendiri (pinjam nabil punya)

aimdaim said...

JANGAN SAMPAI MELAYU MERAYU BILA NASI DAH JADI BUBUR.
INGATLAH WAHAI MELAYU TANAH INI MILIK MELAYU.
BAGAIMANA TANAH INI MILIK MELAYU, KENAPA TIDAK MILIK ORANG ASLI, INDIA @ CINA?
KERANA MELAYU BERSATU......

ChengHo said...

BN/Umno masih menggunakan pendekatan lama bagi mengatasi cabaran baru
Rakyat memerlukan penyelasaian yg bijak dari kepimpinan alaf baru
Ada pemimpin yg tidak tahu adanya facebook , myspace , twitter dll alat baru perhubungan rakyat masa kini
Perundingan semeja perlu dibuat diantara BN/UMNO dan PR/DAP sekurang kurang nya rakyat dapat melihat usaha ketahap itu telah dibuat
Persidangan DUN misti dipanggil secepat mungkin untuk menunjukkan majority didlm dewan
Perkara mahkamah adalah perkara yg berbeza iaitu untuk menentukan MB yg sah disegi perundangan
Undang undang akan mengiktiraf MB yg mendapat kepercayaan majority ddlm dewan DUN.

OrgKpgDoha said...

Salam Datuk Tiger..

Kemelut Perak ini telah membuat PKR dan Anwar Ibrahim menjadi lebih popular lagi. Lihat sahaja lah sekiranya ada pilihanraya kecil semula di Perak ,
BN akan menerima kekalahan yang lebih teruk lagi kerana sempati rakyat Perak kepada PKR.
Yang merugikan adalah rakyat PERAK..KESENSARAAN RAKYAT PERAK ..bukan wakil rakyat PKR atau BN..Zoom sana sini dengan duit rakyat..

Sedih dengan kemelut ini walaupun jauh diperantauan..

Anonymous said...

Salam Semua!
Saya dah menulis dalam Sinar Harian bahawa kemelut Perak bolih selesai dengan aman sekiranya PKR akur tentang keputusan yang dibuat olih DYMM Sultan Perak.