Saturday, May 30, 2009

ANTARA NYANYUK DAN BIOL


Semakin ramai yang biol sekarang kerana menyokong pemimpin komunis. Adakah mereka sudah hilang akal atau mahu bermain dengan isu berkenaan untuk meraih simpati politik? Memang bodoh. Adakah mereka sudah biol lantas sanggup membiarkan isu menyokong kepulangan komunis itu mendapat tempat? Sudah gilakah mereka ini?

Amat menyedihkan pula ada veteran politik yang mengikut sama rombongan Tun Abdul Razak Hussein ke China kini sudah nyanyuk dengan menyokong kepulangan komunis itu. Apa sudah jadi? Bendul betullah mamat ni. Apakah veteran politik itu pun biol dan hilang akal sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan itu. Atas apa alasan yang diberikan memang salah dan bodoh. Nokhtah.

Saya yakin selepas ini, senang saja beliau akan menyatakan media yang salah membuat liputan dengan 'kata-kata bodohnya' itu. Saya rasa orang macam ini perlu dibuang jauh-jauh ke dalam hutan atau laut yang penuh dengan jerung ganas.

Sudah gila ke sokong komunis yang banyak membunuh dan merosakkan harta awam. Orang macam ini begitu mudah 'meminta maaf' tetapi mereka begitu ganas membunuh orang terutama orang Melayu tanpa belas kesihan.

Bayangkan tindakan mereka memotong leher orang Melayu, menikam suami isteri yang tidak bersalah, memotong apa saja yang teringat di fikiran mereka. Orang macam inikah yang kita mahu sanjung? Halo...pegi dah.

Carilah tempat lain, kalau hendak balik. Yang sudah biol dan hilang akal pun boleh ikut mereka ke tempat yang terbaik. Mungkin di Bhutan kot? Tentu orang Bhutan pun tidak akan menerima mereka. Yelah, mamat yang suka bunuh orang.

7 comments:

PARPUKARI said...

MEMANG BIOL NAK MAMPOS SAPA YANG SOKONG SI KEPALA BABI NI!

Al-Yasar said...

Salam,

Kalau hendak dibincangkan betul-betul, persoalannya mungkin lebih kompleks daripada sekadar antara nyanyuk dan biul.

Saya tidak begitu berminat membincangkan hal ini, kerana Chin Peng pun sudah tua, dan saya tidak fikir dia betul-betul mahu balik ke Malaysia.

Saya rasa Chin Peng pun tahu bahawa Malaysia bukanlah tempat yang selamat untuk dia bermastautin,dan permohonannya hendak balik ke Malaysia hanyalah sekadar "permainan politik" saja.

Bagaimanapun, apabila saya membaca beberapa komen dalam blog MATAMIN (blog bekas komunis dari Thailand), saya dapati ada juga penulis yang mengaku bekas tentera (mungkin betul), yang berpendirian lebih rasional.

Beliau tidak mengutuk apa yang dihebohkan sekarang sebagai "keganasan" Chin Peng dan PKM, dan saya dapati alasan yang diberinya agak logik juga.

Mohd Kamal Adzrin said...

aku cadangkan ds najib membatalkan hasrat utk membuat lawatan ke china minggu depan kerana china adalah negara komunis. kita tk mau malaysia menjalinkan hubungan baik dgn negara komunis

pakcik said...

kalau melayu boleh terima chin peng-peng tu...maknanya melayu tu adalah jenis MELAYU MUDAH LUPA.

bodoh,bangang, bahlul, apa kejadah..semuanya ada padanya.

OrgkpgDoha said...

Ini lah publicity murahan...buat kontraversi, orang akan ingat sampai mati..macam nama Chin Peng juga.

"Kalau dah hilang popularity..buat-buat la havoc macam depa tu..."

Anonymous said...

Salam Tiger,

Pertama sekali saya hendak betulkan kesilapan anda.

"Semakin ramai yang biol sekarang kerana menyokong pemimpin komunis."

Mana ada pemimpin komunis di Malaysia atau sempadan Hatyai lagi, BEKAS pemimpin adalah.

Kalau bekas komunis sembelih leher orang, apa pula penjelasan 6 orang yang terbunuh dalam Peristiwa Kampung Medan dan pembunuh mereka tidak diambil tindakan?

Lagi satu, sebagai seorang bekas wartawan berpengalaman, janganlah mengata orang biul, nyanyuk, bodoh dan sebagainya kalau ya pun tidak setuju dengan pandangan orang lain

Umno Malaysia said...

CinPeng sungguh!

aku memang kesal kerana saranan ini dibuat oleh Gerakan... iaitu sekutu dlm Barisan Nasional!!

umno-malaysia.blogspot.com