Wednesday, May 20, 2009

TAHNIAH AHMAD TALIB DAN ZAINUL

Saya sebenarnya sudah mengucapkan tahniah kepada Datuk A Ahmad Talib beberapa minggu lalu. Ketika itu, beliau hanya ketawa kecil dan mengatakan belum dapat surat. Namun, sesi risikan sudah berlaku dan sudah pasti beliau amat mengetahuinya.

Namun, adab orang Melayu yang tidak suka menyombong diri, tentulah hanya ketawa kecil. Tidak berdekah-dekah seolah-olah dunia ini kita yang punya. Tunduk menandakan kesyukuran amat sangat. Inilah hakikat seorang yang suka berdamping dengan anak yatim, satu hari Allah SWT akan memberi ganjaran yang baik.

Saya pun suka berdiam diri sejak dulu walaupun sudah tahu. Sehinggakan isteri pun kadangkala 'kecil hati' kerana tidak diberitahu dengan kenaikan pangkat saya walaupun sudah tahu lebih awal. Sekadar budaya Melayu.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Zainul Ariffin. Kita pernah bersama-sama membuat liputan berita pada sama dulu.

Beliau seorang yang berpengalaman dan pernah berkhidmat di negara Abraham Lincoln. Hakikatnya, beliau layak menduduki kerusi Ketua Pengarang NSTP, kerusi yang 'panas' dan adakala seperti satu permainan kanak-kanak 'kerusi berpusing'. Adakala dapat kerusi, adakalanya 'melepas'atau terlepas. Nasib badan.

Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan baik.

6 comments:

LEKLOOK said...

Datuk,
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Datuk A. Ahmad Talib yang bakal menjadi boss saya.

Dan sumber yang mengesahkan perkara itu juga amat dipercayai.

aimdaim said...

DIY,

Yang terbaik sahaja mampu mendapat tempat yang baik. Kali ini jgn salah guna kuasa. Buatlah yang TERBAIK

fikir-fikirlah

aimdaim said...

DIY

'Picture Is A King'(dgn izin)

Anonymous said...

Mat Talib dan Zainul akan meneruskan budaya "his masters voice" di Balai Berita. Kalau dulu the master tu Pak Lah/UMNO dan sebelum itu Mahathir, kini master baru ialah Najib/Umno. Ini hanyalah satu perubahan kosmetik. Tauke tukar maka gurkha pun tukar. Yang bertukar hanya personaliti, the game is still the same. So, don't get your hopes too high.

Peminat Harakah

Z-MAY said...

salam dato'
yg terbaik itu pasti akan berada di tempat yg sesuai dgnnya. kekalkan yg terbaik itu.

OrgkpgDoha said...

Ucapan Tahniah kepada kedua-dua mereka menerajui NST...Harapan dapat perbetuikan balik niat dan hala tuju NST..bukan untuk kepentingan sekumpulan puak sahaja ....TAHNIAH