Sunday, August 9, 2009

AKHIR PILIH KASIH AHAD INI

Pada 16 Ogos ini, peminat Pilih Kasih (yang disiarkan di TV1 dan TV2) akan dapat menyaksikan Pertandingan Akhir program realiti itu yang akan diadakan di Kompleks Penyiaran Tunku Muhamad di Negeri Sembilan.

Program usahasama antara RTM dan Suhan Movies telah meraih rating yang tinggi dan banyak diperkatakan di media massa.

Pilih Kasih bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan. Ini penting untuk memastikan negara ini tidak ketandusan pelakon untuk mewarnai dunia lakonan filem dan televisyen. Yang penting ia adalah usaha murni KPKK untuk menyemarakkan seni dan budaya tanahair.

Bagi mereka yang mengikuti program ini sudah tentu dapat merasai kelainan dengan projek usahasama pintar ini yang mampu memberikan keyakinan kepada penonton untuk terus menyaksikan RTM. Ia program realiti lakonan yang berjaya.

Apapun, ucapan tahniah perlu diberikan kepada Rosyam Nor dan tenaga pengajar Pilih Kasih yang dapat membentuk satu pasukan dinamik untuk melatih pelakon baru. Bakat baru ini akan diserapkan dalam setiap program RTM pada masa akan datang.

RTM juga meminta penerbit dan pengarah drama televisyen yang mendapat tawaran di RTM untuk mengambil pelakon berbakat ini untuk memenuhi watak dalam terbitan mereka. Semoga sumbangan pelakon baru ini akan membantu memeriahkan dunia seni tanahair.

5 comments:

Anonymous said...

Datuk,

Tahniah kepada RTM kerana mengadakan Pilih Kasih ni... meskipun ada sedikit duplicate dari rancangan Anak wayang di Astro! Bagaimanapun RTM telah mencorakkannya mengikut acuannya.

Bercakap mengenai Pilih Kasih ni... nampak macam ada kelam kelibut sedikit berkaitan dengan pengisian dan penempatan pegawai di RTM akhir2 ni... Macam ada "Pilih Kasih" jugak!

BelalangDewa said...

awat dua kali masuk tok..?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Pilih Kasih yang disiarkan dulu, barulah program yang lagi satu tu. Tapi takpe kerana penonton sudah tahu mana yang lebih bermutu dan menarik. Apapun lagi banyak cabaran dan persaingan, lagi baik.

ibrahim yahaya said...

Sdr BelalangDewa,

Inilah yang dikatakan kekalutan komputer. Tapi balik fikir, kekalutan blogawan ini kot. Apapun, terima kasih. Belalang...oh...belalang..

Anonymous said...

salam dato
Saya menonton pilih kasih dan PAW.
Ternyata Pilih kasih ada jiwa dan di corakan menarik menerusi kaedah kandungan bermutu dan tunjuk ajar pofessional. MENGHARAPKAN KEPAKARAN MEREKA DI KEKALKAN DLM MUSIM AKAN DATANG.

RTM perlu bersaing dan caranya ialah menerusi program ini. Tak perlu fikirdah Dato, melainan hasad dengki pegawai pegawai dato yg inginkan perubahan ibarat tikus baiki labu. Saya dah lihat dgn mata kepala sendiri.

Apa yg perlu di buat dlm musim seterusnya ialah:

a. Kualiti bunyi dlm siaran secara langsung.

b. Penata cahaya. Cahaya tidak konsisten. Dlm persembahan pentas ia amat penting.

c. Slot kisah pilih kasih, di awalkan lagi.

Ikhlas

Sakura KL