Saturday, August 8, 2009

HARI PUASA HARI MERDEKA

Tahun ini, 31 Ogos jatuh pada bulan Ramadhan. Amat berkat. Sesungguhnya ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, mereka akan bersama rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Temanya ialah 1Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Tahun ini, sambutan hari kemerdekaan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil dengan keupayaan tempat duduk untuk lebih 80,000 orang. Satu cabaran bagi penganjur untuk mengisi setiap ruang dalam stadium itu pada bulan puasa.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim meminta media massa menyemarakkan hari kemerdekaan ini dengan menulis berita atau artikel untuk bacaan rakyat. Bagi media elektronik, mereka pula boleh membuat pelbagai usaha untuk menyedarkan rakyat mengenai sambutan hari kebangsaan.

RTM telah memulakan langkah sejak minggu lalu dengan mengarahkan penyampai radio menyedarkan rakyat bahawa inilah bulan kemerdekaan dan sama-sama menyambutnya dengan hati yang gembira. Begitu juga televisyen yang mula menyiarkan pelbagai program sambutan kemerdekaan sehinggalah rakyat dapat merasainya.

Sesungguhnya marilah kita mengibarkan bendera dan menanamkan semangat cintakan negara sehingga akhir hayat. Jangan mengadakan demonstrasi jalanan. Tak baik.

10 comments:

Anonymous said...

Lebih baik ditunda selepas bulan puasa.

Real Woman said...

Pendekatan sambutan kemerdekaan negara sebenarnya harus diolah semula kerana saban tahun, konsert-konsert mega diadakan untuk meraikannya dan diakhiri dengan laungan keramat MERDEKA. Tetapi fahamkah mereka yg terkinja-kinja di atas padang itu apa yg mereka laungkan dan apa yang mereka raikan? Mungkin juga sebahagian besar dari mereka inilah juga yg memenuhi lantai perarakan haram tempohari.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Tidak payah tangguh tetapi boleh disambut secara sederhana. Bulan puasa bukan bermakna kita perlu berhenti melakukan semua perkara. Cuma jangan bertentangan sajalah seperti konsert tidak tentu arah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Real Woman,

Amat bersetuju. Perlu fahami dan hayati erti kemerdekaan. Jangan demonstrasi dan terkinja-kinja. Nampak tidak cerdik.

Unknown said...

Boleh ke smbut tanpa mencemarkan kemuliaan bulan ramadhan..kalau yg Islam tu baek sambut dengan buat solat hajat ramai2 atau ceramah agama..dapat gak pahala kn..

aizat said...

DATUK TIGER.DIKESEMPATAN INI.SAYA NAK BERI KOMEN TENTANG RTM...KENAPA SEKARANG RTM BANYAK TAYANG DRAMA ULANGAN?...
SETERUSNYA MENGENAI PROGRAM LANGSUNG DARI PARLIMEN,HARAP DAPAT DIKEMBALIKAN FORMAT SEPERTI DULU YANG ADIL DAN TIDAK BIAS.FORMAT SEKARANG MENBOSANKAN LEPAS ITU SEKEJAP PULA,SUDAHLAH TAYANG YB BN JE.LEPAS ITU BERBORAK DALAM STUDIO LEBIH PANJANG..DIMANA FORMAT DAHULU LEBIH BEBAS,DANGAN MENAYANGKAN YB PR BERUCAP.DISAMPING ITU MENJEMPUT PULA MEREKA KE STUDIO UNTUK BERDISKUSI..UNTUK PENGETHUAN DATUK,IBU SAYA MINAT DENGAN PROGRAM INI SEJAK FORMAT TUKAR,DIA DAH MALAS NAK TENGOK WALAUPUN DIA PENYOKONG BN.IBU SAYA KATA 'APELAH RTM NI,DULU DAH BAGUS ADIL,NI TUKAR PULAK BIAS BETUL,TAKDE MOOD NAK TENGOK DAH'

ITU SAJA KOMEN SAYA MENGENAI RTM..

P/S SOALAN DIATAS SEBENARNYA KOMEN IBU SAYA MENGENAI RTM SAMBIL DUDUK & MENBEBEL DI DEPAN TV.

jiwakita said...

salam....

Cara dan kaedah perlu dicari
bagaimana nak sambut merdeka
di bulan puasa dan selanjutnya
serta tahun-tahun mendatang..

Jangan sterotaip saban tahun..
yg akan beri ruang dieksplotasi
yg buruk-buruk selalu terhadap kerajaan...

walau sekali setahun sambut merdeka dimalam hari di Dataran Merdeka....
walhal banyak majlis sambutan
berbentuk islamik dibuat,tetap
yg buruk diperkatakan dan diperbesar-besarkan oleh sipulan2....

Transformasi di media eletronik
harus ditambah baik supaya majlis
sambutan merdeka yg islamik di LIVE kan...

Ini salah satu cara rakyat
keseluruhan dapat imformasi yg
sebenar..cara islam diutamakan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Asraf,

Satu pandangan yang baik. Bulan puasa ini, elakkan membuat fitnah dan pembohongan. Elakkan mengebas duit zakat dan agih-agihkan kepada orang lain yang bukan seagama. Jika ketua berbuat demikian, pengikut akan cabut lari. Percayalah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Aizat,

Terima kasih kerana memberi pandangan. Bagaimanapun, dalam usaha menyiarkan siaran langsung dari Parlimen, RTM juga bertanggungjawab untuk memaparkan Ahli Dewan Rakyat yang sopan saja bukan yang suka menjerit-jerit macam monyet dan terkinja-kinja macam beruk. Contohilah PM dan TPM kita. Yang paling teruk ialah ahli Parlimen veteran tetapi perangai macam budak tadika. Peergggh.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jiwakita,

Salam.

Buah selasih, buah berangan.
Terima kasih beri pandangan.