Sunday, August 2, 2009

LUKISAN BERUS ANGIN 1MALAYSIA

Ketika ramai yang memperkatakan mengenai mat rempit termasuk kegiatan berbahaya mereka, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mahu semua agensi di bawah kementeriannya memikirkan apa yang terbaik untuk membantu golongan ini menghabiskan masa lapang dengan kegiatan berfaedah. Dalam ertikata lain 'dekati dan bantulah' mereka.

RTM dan agensi di bawah KPPK akan menganjurkan satu program untuk membabitkan mereka dalam pelbagai pertandingan dan kegiatan seni serta budaya yang mampu menarik perhatian anak muda ini. Ia selari dengan usaha kerajaan untuk membantu golongan ini daripada terus menerus mencemuh atau memberi pelbagai gelaran.

Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah mengorak langkah dengan memulakan latihan lukisan berus angin (air brush) 1Malaysia bagi anak muda termasuk melukis di topi keledar, motosikal atau menghiasi kereta kesayangan mereka.

KP BSLN, Dr Mohamad Najib semalam berada di Kolej Shahputra, Kuantan untuk menyaksikan 'anak buahnya' melatih anak-anak muda mengenai lukisan berus angin itu. Saya yang berada di situ yakin usaha murni akan mendapat sambutan terutama membantu anak muda memulakan perniagaan.

Selamat melukis.

1 comment:

aimdaim said...

Salam DIY,

Semoga DSURY dapat menjadi pelopor kepada pembangunan insan akar umbi.
Sekian lama saya menunggu, bilakah akan ada orang yang akan menyuarakan dan seterusnya memulihkan keadaan anak bangsa yang melarat dari merempit, meragut, menghisap dadah dan berpelesiran.

fikir-fikirlah...