Tuesday, August 25, 2009

N11- SIAPA YANG AKAN MASUK PASIR? (3)

(Antara Rohaizat (kiri) dan Salleh?)

Hari ini, hari penentuan. Siapa yang akan menang di N11 Permatang Pasir? Pelbagai ramalan dibuat dan kebanyakannya yakin PAS akan kekal di situ. Betul ke? Apapun keputusan akan diketahui malam ini sama ada pengundi memilih Rohaizat atau Salleh.

Jika BN kalah tetapi dapat mengurangkan majoriti, maka ia satu keputusan yang melegakan apatah lagi sejak dulu lagi kawasan N11 itu dipegang kuat oleh PAS. Penurunan majoriti itu mungkin boleh dilihat sebagai 'suara' akar umbi yang sudah bosan dengan permainan politik parti pembangkang yang tidak menguntungkan mereka.

Sepertimana yang disuarakan oleh Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang keluar PKR pada Ahad lalu bahawa ramai ahli PKR sendiri sudah muak dan meluat dengan tindak-tanduk pemimpin pembangkang yang lebih mengutamakan diri sendiri daripada rakyat. Diri didahulukan, rakyat tidak dipedulikan. Perrrgggh.

Beliau menegaskan rakyat perlu sedar bahawa mereka sudah ditipu sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk memastikan mereka tidak ditipu lagi. Oleh itu, beliau yang memutuskan untuk menjadi wakil bebas mahu ke seluruh negara menerangkan mengenai tingkah laku pemimpin pembangkang yang terus menerus mahu mendodoikan permainan politik yang merugikan negara. Ada juga yang mahu ketegangan dan keributan dalam negara agar mereka boleh mendapat keuntungan daripada bibit perpecahan ini.

Keputusan di Manek Urai bulan lalu sebenarnya memaparkan bahawa kawasan kuat PAS juga boleh dirobek. Tembok kuat mereka juga boleh diruntuhkan jika ada usaha untuk menyedarkan pengundi agar membuat pemilihan secara rasional dan bukan taksub secara melulu. Taksub tidak akan membawa kita kemana-mana.

Siapa yang masuk pasir bergantung kepada keputusan yang dibuat pada hari ini. Jika pengundi terus memilih PAS sudah tentulah mereka memilih untuk 'masuk pasir' walaupun mereka tahu menyokong PAS yang semakin berpecah itu tidak akan mendatangkan faedah terutama dari segi pembangunan fizikal. Lainlah jika mereka tidak mahu kemajuan.

Selamat mengundi dan selamat masuk pasir.

7 comments:

Kulup_Arapayung said...

Malang UMNO terpilih salah Orang. Sebelum bertanding dah kalah.

bungaraya said...

Datuk,
Saya bagi satu contoh kawasan yang "masuk Pasir dalam mata". Bukan sekadar pedih, malah menjadikan mereka buta!!!!
TAMBUNAN DISABAH diketika PBS keluar dari BN dan bersama semangat 46 melawan arus perdana.
Kebetulan saya berada di Tambunan semasa diakhir mereka berperanan sebagai pembangkang. Sungguh menyedihkan kerana daerah Tambunan berbeza 4o tahun berbanding Labuan dari aspek pembangunan prasarana.
Penduiduk Tambunan lebih memilih kesengsaraan berbanding pembangunan. Kepada mereka ketika bergelar pembangkang, biar makan batu, namun sokongan kepada PBS tetap menjadi idaman kalbu. Maka jika orang Permatang Pasir nak pilih jalan demikian, ianya juga masuk termasuk dalam pengtaarifan demikrasi. Okey boleh saja. Cuma batu itu rasanya keras dong!!!Yang enak makan ayam KFC.

jiwakita said...

salam.....

PAS tetap menang dilaman sendiri,kubu
PAS paling ampuh tidak tergugat sedikit pun....

BN/PAS sokongan tetap statik...
kurang atau lebih majoriti tiada
beza walaupun yg keluar mengundi
100%!...

Harus diakui PAS sokongannya konsisten..dibandingkan BN..
kecuali BN kena cari formula
paling digeruni PAS jika ingin
merampas kerusi Pmtg Pasir.

Di kem PAS,calon,trategi dan isu
diketengahkan tidak menjadi hal.
Dibandingkan dengan BN...walaupun
apa yg dibawa,tidak menggugat sentimen pengundi.

Apa kekurangan atau kelebihan
PAS/BN...pasti postmortem dibuat..
bukan saja mencari punca kekalahan..
yg lebih penting bagaimana hendak
dicari macamana nak menang akan
datang....

Unknown said...

Kesian umno pulak yg masuk pasir. Silap pilih calon.

BelalangDewa said...

sebenarnya pembangkang belum diuji dalam pilihanraya kecil. selama ini semua pilihanraya kecil dilaman pembangkang. belum ada di laman BN atau UMNO...

Anonymous said...

tak kan nak luluskan komen yg jatuhkan standard tiger

Anonymous said...

kat kuala terengganu tu kawasan saper erk??????