Friday, August 7, 2009

N11 - SIAPA YANG AKAN MASUK PASIR? (1)

Ramai yang sudah bosan dengan pilihanraya. Ada juga yang dah meluat. Betul ke? Bosan kerana apa? Ada juga pihak termasuk pemimpin pembangkang dikatakan sudah penat. Dalam satu mesyuarat GLC di Selangor, seorang pemimpin muda PKR yang rapat dengan DSAI mengeluh dengan 'kedatangan' satu lagi Pilihanraya Kecil (PRK) di Pulau Pinang.

"Penatlah. Lepas satu satu." kata ahli politik itu kepada ahli lembaga pengarah yang hadir. Yang hadir dalam mesyuarat itu kehairanan. Tahu pulak penat. Membuat kacau berdemonstrasi di jalan raya tempoh hari, tak penat ke? Atau buat-buat menyesal?

PRK di Pulau Pinang yang akan datang ialah di N11 Permatang Pasir. Ada yang kata PRK akan diadakan sebelum puasa dan ramai yang meramalkan selepas hari raya.

Jika sebelum puasa, maka tempohnya amat terdekat. Siapa yang akan untung? PRK pada musim puasa pernah dibuat. Tidak hairanlah kemungkinan itu akan berlaku. Tetapi ramai ke yang bersetuju? Mungkin tidak elok dan biarlah umat Islam menumpukan perhatian kepada Ramadan. Bulan puasa pun elok juga supaya tiada fitnah dan pembohongan berlaku. Amacam?

Kawasan N11, memang sejak dulu lagi kubu kuat PAS. Selepas DSAI bertanding, ramai yang berpindah kepada UMNO. Kini PKR dan PAS.

Bagi senarai pada tahun 2000, seramai 54,112 pengundi di situ yang majoritinya bangsa Melayu. Pecahannya ialah Melayu (38,382 - 70.93 peratus), Cina (15,097 - 27.90 peratus), India (563 - 1.04 peratus) dan lain-lain seramai 70 orang yang merangkumi 0.13 peratus.

Majoriti kemenangan dikatakan bertambah daripada daripada 5,000 kepada 7,000 undi pada PRK Permatang Pauh lalu. Apakah kali ini majoriti itu akan bertambah atau berkurangan? Apakah keputusan kekurangan majoriti di Manek Urai akan berulang di N11? Tunggu.

5 comments:

Mencari Kebenaran said...

Sejauh mana benar RTM IS PROMOTING ANWAR IBRAHIM seperti dalm blog mummyrokiah.blogspot.com ?

AnTi AljUbuRi said...

Anu War hilang ...

Tolong kesan di mana dia berada sekarang

berita lanjut di

http://anwaraljuburi.blogspot.com/2009/08/anwar-hilang.html

Pembela said...

yang pasti 6 kali ameno dah masuk lubang dan permatang pasir adalah kali ke 7

ibrahim yahaya said...

Sdr Antialjuburi,

Anak kambing masak kari
Orang tak penting takyah cari

ibrahim yahaya said...

Sdr Pembela,

Kain langsir halang kemasukan kabus
Yang masuk pasir akan tertimbus