Tuesday, November 10, 2009

JANGAN BERPERANGAI MACAM BERUK

ANGKASAPURI : Saya berdoa agar polis segera menangkap orang gila ini. Mengapa saya kata gila kerana mereka 'melastik' orang yang tidak berdosa. Tindakan gila ini menyebabkan salah seorang daripada jurukamera saya cedera dilastik dengan guli-guli. Kepala beliau berdarah dan kini mengambil cuti beberapa hari. Berdoa agar beliau segera sembuh.

Mengapa jurukamera yang bertugas untuk menyiarkan siaran langsung bolasepak 'dilastik'? Apakah dosa mereka? Oleh itu, saya tidak terkilan dengan kekalahan Kelantan. Mungkin tuhan sudah bosan dengan perangai penyokong Kelantan 'melastik' orang tidak berdosa yang menyebabkan pasukan itu kalah.


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis akan memburu penyokong-penyokong bola sepak Kelantan yang dipercayai bertindak agresif serta menjadi dalang menimbulkan huru-hara ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu sedang dikenal pasti melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perlawanan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menegaskan, mereka yang dikesan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan serta mengecam mereka yang terlibat.

''Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini. Kita tegas dalam mengambil tindakan ke atas mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain membaling mercun dan botol, perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-83 itu turut dicemari dengan insiden membakar tempat duduk stadium dan kain rentang. Malah, seorang krew kamera RTM turut cedera terkena batu yang dibaling oleh penyokong.

Muhammad Sabtu berkata, polis juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak stadium dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.

Ia bertujuan membincangkan kelemahan serta 'kebocoran' yang wujud di bangunan stadium pada malam itu sehingga ada antara penonton menyeludup masuk mercun serta botol air melalui pagar di sekeliling stadium, katanya.

Orang nombor satu kontinjen Kuala Lumpur itu menyifatkan tindakan melampau penyokong Kelantan yang 'beraksi' di luar kawalan seolah-olah mencabar polis.

''Sebelum ini pun, kita telah mengeluarkan arahan supaya penyokong tidak bertindak di luar kawalan, tapi mereka degil. Jadi, kita terpaksa bertindak,'' tegasnya.

15 comments:

aimdaim said...

DIY,
Saya berada d KB pd mlm perlawanan berlangsung & hanya menonton TV sahaja. Senyum seorang diri melihat gelagat penyokong sekarang ini.
Pagi hari Ahad saya membawa adik saya menjalani rawatan tradisional untuk penyakit kansernya. Selepas habis rawatan saya mahu berangkat pulang tetapi Allah SWT telah menemukan saya dgn seorang wanita bekas Pegawai TUDM yang kini menetap di KB. Luahan hatinya saya dengar dgn teliti & banyak maksud terkandung lagi2 melihat gelagat penyokong pasukan Cik Siti Wan Kembang. Katanya ini lah dia perangai rakyat Kelantan yang sebenar2nya. Langsung tidak mencerminkan Negeri SERAMBI MEKAH...

fikir-fikirlah

Z-MAY said...

salam dato'

itu perangai manusia tak ada ilmu.

malang... ramai rupanya beruk2 berwajah manusia di padang bola kita...

Unknown said...

gedebe...

Anonymous said...

salam...

tulah asyik doakan org lain ditimpa bencana... kan dah terpacul smua aib2 yg ada

Anonymous said...

Demikianlah tindakan barbarian dari minda barbarian yang tidak bertamadun dan tidak memilki akhlak yang sempurna. Buru, jagnag tak buru.

Anonymous said...

Akum dato...

dato kena jumpa anak buah dato tu...kesian dia...apa pun terima kasih rtm kerana menyiarkan siaran langsung.

kalau tak kami yang tinggal di kampung pasti kempunan

ghostWRITER said...

Kalah tetap kalah.. bila kalah tak puas hati pula, last2 abis semua barang, orang len dipersalahkan.. Apa punya monyet penyokong Kelantan! Kalah menang adat pertandinganla.. Ni mesti kes kalah dalam pertaruhan ni...

http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Dato'
Suku sakat manusia2 yang tak bertamadun yang datang dari negeri yang banyak kuil2 buddha dan patung2 berhala daripada MASJID dengan menamakan negeri mereka sebagai SERAMBI MEKAH ????????
sungguh menjijik dan memalukan !!!!!

Dr Megat Al Imran Yasin said...

Tertarik dengan ulasan Datuk Ibrahim Yahya http://duniatiger.blogspot.com/ berkenaan kemarahan beliau atas perilaku beruk yang melastik jurukamera RTM. Memang sepatutnya Datuk Tiger marah sebab yang kena lastik ialah anak buahnya. Yang sepatutnya dilastik ialah beruk yang melastik jurukamera RTM itu. Ini sudah terbalik...

Blog Dr Megat Al Imran Yasin http://mindaku-drmegatalimranyasin@blogspot.com

Dari Lensa Ke hati said...

dah diorang tu turun temurun mcxm perangai tu..dah agak dah

sekeru sikit said...

Nik Aziz kena tarbiah penyokong dia. Memalukan betul. Kata orang akhlak cerminan hati. Kalau akhlak buruk, hati macam mana.

Cik Saleha Betina Manis said...

BERITA MENGGEGARKAN BUMI!

BERITA CEMAS SENSASI GEMPAK MENGGERUNKAN!

PI Bala yang hilang ke India muncul kembali!

Katanya dia diberi RM 5 juta ringgit untuk menarik balik apa yang dia dedahkan mengenai Altantuya!


Tak percaya? Mudah saja, tengok video ini dengan biji mata sendiri.

Anonymous said...

kepada sekeru sikit-
kamu ni sekutu Jyllands-Posten(kalau tak tahu ni apa..tanya lebai google). Kamu menghukum yang lain atas kesilapan yang lain. Jyllands-Posten tu keluar kartun seolah-olah junjungan besar kita Nabi S.A.W sebagai pengganas kerana segelintir umat islam yang mereka katakan pengganas itu. Kamu nak jadi seperti itu ke. Menyalahkan MB kelantan ke atas kejadian di stadium. Tarbiah penyokong dia? MasyaAllah, kamu tau ke itu penyokong Nik Aziz. Di Kelantan itu, 100% ke penyokong PAS? Anuar Musa pun PAS?Bukan bermaksud menyamakan taraf Nik Aziz dengan Rasullullah SAW (tidak sesekali), tetapi letakkan kotak akal kamu di luar lingkungan politik, jangan singkatkan. Itu anugerah paling terpuji dari Pencipta kepada hambaNya.

Anonymous said...

siapa pengerusi persatuan bolasepak kelantan?? anuar musa... dia orang UMNO... bukan nik aziz...
abih, dah orang UMNO yang pegang, mestilah suka buat kekecohan... UMNO ooo UMNO..... tak bertamadun.

Anonymous said...

Tak puas ati jgn dok kait ngan Tok Guru wahai TAPIR2 laknat.!