Saturday, November 28, 2009

KP RTM MENGHADAP RAJA ABDULLAH

MAKLUMAT RAJA ABDULLAH ABDUL AZIZ

Nama : Abdullah Abdul Aziz Al-Saud
Lahir : 1 Ogos 1924
Menaiki takhta : 1 Ogos 2005

Pagi ini, saya diberi kesempatan bersama rakan media lain termasuk dari Malaysia menghadap Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah Abdul Aziz.

Raja Abdullah, 85, seorang pemerintah yang berbudi bahasa dan amat memberi perhatian kepada kebajikan rakyat Arab Saudi. Terbaru, baginda meminta agar kerajaan melihat kesan banjir yang mendatangkan masalah kepada rakyat. Antaranya ialah beberapa jalan yang rosak akibat banjir terutama di Jeddah.

Dalam kejadian pertempuran antara tentera Arab Saudi dan penceroboh baru-baru ini di mana ada tentera negara berkenaan terkorban, baginda menitahkan agar diberikan pampasan yang sewajarnya.

Baginda juga memuji khidmat dan sumbangan yang diberikan oleh angkatan tentera Arab Saudi untuk menjaga negara dan pengurusan haji dalam satu pertemuan semalam.

Keluarga tentera yang terbunuh diberikan ganjaran 1 juta riyal selain bantuan lain untuk anak-anak mereka. MasyaAllah.

Semoga pertemuan ini akan memberikan satu pengalaman berguna.

2 comments:

Idris Ismail Talu said...

Assalamualaikum wr wb,

Tahniah Datuk!

Bukan perkara mudah untuk dapat bemesra dengan Raja Abdullah Abdul Aziz, Raja KSA yang amat berbudi bahasa dan disegani itu.

Pengalaman semasa mengerjakan ibadah haji tahun 2007 yang lepas, tentera KSA baik yang beruniform atau tidak, cukup membantu. Malah boleh diajak bergambar bersama. Saya teringin nak masukkan gambar saya bersama mereka di dalam blog saya, tetapi bimbang ianya menyalahi tataterbib KSA, bimbang nanti mereka dikenakan tindakan disiplin, jadi saya batalkan saja niat saya itu.

Apa yang saya pastikan, mereka amat bersahabat. Cuma ada seorang dua yang melarang kita mengambil gambar. Dalam zaman ICT ini, zaman di mana satelite boleh ambil gambar sampai ke ukuran kaki persegi, bagaimanalah kita nak menghalang orang mengambil gambar?

Sekali lagi, tahniah Datuk.

Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Tahniah dengan pertemuan itu. Bukan sesuatu yang boleh dirasai oleh semua orang.