Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

MINA, Arab Saudi : Alhamdulillah kerana dapat mengerjakan tawaf dan sai haji serta melontar di Jamrahtul Aqabah pagi tadi. Bebas daripada pantang larang ihram.

Sebelum itu dari Arafah saya bermalam di Mudzalifah dan selepas tengah malam bertolak ke Mekah. Di Mudzalifah sebelum sembahyang jamak/qasar taqkhir Maghrib dan Asar, kami juga mendengar syarahan dalam bahasa Arab. Faham sedikit kerana tajuk yang diberikan ialah mengenai tahalul awal dan melontar.

Namun, ujian sebenar ialah ketika melakukan tawaf dan sai kerana bilangan jemaah ketika itu bertambah ramai mengikut minit kerana ramai membuat keputusan untuk melakukan tawaf dan sai terlebih dahulu sebelum bermalam di Mina.

Alhamdulillah, walaupun banyak berjalan pada tawaf dan sai serta kaki mula memberi 'signal' tertentu, saya dan isteri dalam melontar di Jamrahtul Aqabah selepas Subuh, yang memerlukan kita berjalan melalui jambatan yang disediakan.

Kini, terus berada di Mina untuk mengerjakan lontar seterusnya. Pagi ini setelah panas sejak pagi, hujan turun seketika untuk menyejukkan Mina dan sekitarnya. Di hadapan hotel boleh dilihat ramai jemaah haji yang membuat khemah di atas bukit dan di sepanjang jalan.

Ada yang diminta oleh petugas keselamatan untuk tidak berada terlalu dekat dengan jalan kerana bimbang dengan kenderaan yang lalu lalang. Mungkin itulah pengalaman mereka yang bermakna untuk mengerjakan Rukun Islam Kelima. Semoga mereka selamat mengerjakan haji.

Pelbagai kegiatan jualan di bawah bukit termasuk menjual tikar, payuang dan makanan. Ada juga yang mengenakan bayaran untuk mengecaj telefon. Mereka yang beratur untuk mendapatkan perkhidmatan itu juga ramai. Mungkin nak telefon saudara mara di kampung.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakyat Malaysia terutama pengujung DuniaTiger.

6 comments:

Idris Ismail Talu said...

Selamat Hari Raya Datuk, Datin dan semua anggota rombongan Datuk serta seluruh umat Islam yang berada di Tanah Suci.

Bila selesai kewajipan-kewajipan melontar nanti, tinggal ibadah penutup di Mekah sahaja lagi. Selepas semuanya selesai, cuma menunggu waktu berangkat balik ke Tanah Air sahajalah.

Semoga semuanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan – dan semua jemaah selamat pulang ke negara masing-masing.

Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/

ibrahim yahaya said...

Sdr Idris,

Terima kasih. Semoga Sdr dan keluarga sentiasa sejahtera dipelihara dan dilindungi Allah SWT.

armouris said...

info tentang kebaikan cara sembelih Islam kat sini - Kelebihan Menyembelih Binatang

terubuk jantan said...

Salam Tok,
harap semuanya selamat,Doakan saya disini.Terubuk Jantan.

zainal mohd jais said...

Selamat Hari Raya Haji,

Semoga dapat haji mabrur.
Terdapat perkampungan Melayu di Mekah.
Saya pernah mengadakan program di sana ketika bersama Sekretariat Melayu Antarabangsa(SMA) pada 2001 (kalau tak silap).
Krew TV1 juga turut serta ketika itu.
Tapi mungkin u sibuk, tak sempat nak menelusuri kawasan itu.

Selamat menikmati ibadah di bumi suci Tuhan.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Walaupun berada dalam kesibukan mengerjakan ibadah haji, sempat juga untuk mengupdate blog. Terima kasih diucapkan. Semoga ibadah haji dapat dijalankan dengan lancar dan diberkati.

regards
M Nadzri Kamsin
www.jentayuemastrading.com