Tuesday, February 9, 2010

APA YANG BERLAKU, ADA HIKMAHNYA.

Saya selalu menyebutnya, sama ada dalam perbualan biasa atau ceramah. Apa yang berlaku pada diri kita mempunyai hikmahnya tersendiri. Oleh itu, kita jangan cepat marah, melatah atau melenting apabila menghadapi sesuatu situasi atau dugaan.

Umpamanya, jika kita tertinggal untuk menaiki bas, janganlah kita marah-marah atau maki-hamun kepada pemandu bas. Begitu juga jika tertinggal kapalterbang. Jangan gusar atau resah. Kelambatan kita menyebabkan kita tertinggal walaupun seminit. Carilah penerbangan seterusnya atau kaedah pengangkutan lain.

Oleh kerana tertinggal, berkemungkinan kita terselamat daripada kejadian tertentu. Tanyalah kepada mereka yang pernah mengalami peristiwa seperti ini yang dibibir mereka sentiasa menyebut perkataan syukur dan alhamdulillah.. "Syukur aku tidak naik kapalterbang itu." Mungkin boleh tanya kepada Datuk Khalid Yunus.

Hari ini, DIY tidak dapat pergi ke suatu tempat. Ada halangan tertentu daripada pihak tertentu - yang tidak tahu apakah motif tindakan mereka. Tidak mengapa kerana Allah SWT lebih mengetahuinya. Bagi DIY, segala yang berlaku mempunyai hikmahnya dan akan sentiasa bersyukur dan tenang. Cuma, kesian kepada anak-anak terkilan dan kecewa. Hampa.

Apapun, DIY berharap perjalanan DRH sentiasa selamat dan berjaya menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Mungkin lain kali kita akan bersama-sama dengan AJ, NCC dan NI, satu keluarga penuh keserasian. Selamat pergi dan selamat pulang.

Doa DIY sentiasa mengiringimu.

2 comments:

Suara Perindu said...

Ia berkaitan rapat dengan ilmu. Kalau kita sentiasa berfikiran positif maka kita akan menerima segala yang berlaku dengan redha dan hati terbuka. Benar, sebenarnya kalau kita tertinggal tu memang ada hikmahnya. Saya sendiri pernah mengalaminya.

Anonymous said...

Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?