Sunday, February 28, 2010

JANGAN MAIN BELAKANG

Satu laporan mengenai usaha besar-besaran menangani gejala homoseksual di Uganda dalam The Times (United Kingdom) keluaran 20 Februari lalu, menarik perhatian Awang.

Gelombang menentang aktiviti homoseksual terutama gay makin ketara dengan pelbagai langkah yang diambil. Terbaru, pihak berkuasa negara itu telah merangka rang undang-undang anti-homoseksual yang mencetuskan kontroversi.

Antara lain rang undang-undang itu mencadangkan perlakuan seks sejenis melibatkan pasangan bawah 18 tahun dan kurang upaya, yang jika dijangkiti HIV/Aids, akan dijatuhi hukuman mati.

Bagi pasangan gay dewasa yang melakukan hubungan sejenis biarpun atas kerelaan masing-masing, akan dipenjarakan seumur hidup. Malah hukuman penjara juga akan dikenakan ke atas mana-mana individu dan pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosi homoseksual selain gagal melaporkan gejala itu kepada pihak berkuasa.

Isu tersebut menjadi perdebatan hangat di Uganda, lebih-lebih lagi setelah mendapat bantahan luar antaranya daripada kerajaan Amerika Syarikat dan pertubuhan-pertubuhan pro gay dunia yang semakin berpengaruh. Dengan tekanan antarabangsa itu, status sama ada cadangan hukuman mati akan dilaksanakan atau digugurkan, masih samar. Pun begitu, majoriti penduduk Uganda menyokong agar langkah drastik diambil memandangkan gejala homoseksual membimbangkan.

Demonstrasi jalanan yang digerakkan oleh pihak gereja mendapat sambutan hebat masyarakat, yang dilihat sebagai suatu kebangkitan menentang golongan tersebut. Mereka memakai lencana tertulis "Ugandans against sodomy." Dalam komennya, Pengerusi Pasukan Petugas Anti Homoseksual, Martin Ssempa menyatakan bahawa peradaban Barat telah diancam oleh gejala homoseksual. Bukan sahaja di Uganda, gelombang sentimen anti-gay boleh dirasakan di banyak negara Afrika. Rakyat benua itu mulai bangkit. - AWANG SELAMAT, Utusan.

(Renungan Rimau : Saya tinggal di asrama selama tujuh tahun. Oleh itu, pihak yang masih tidak percaya ada individu yang suka main belakang, cuma renungkan perkara ini. Di asrama lelaki, saya sendiri pernah melihat dua pelajar lelaki tidur berbogel di bawah satu selimut. Apabila saya tegur, mereka berkata tidak salah berbuat demikian kerana hanya suka-suka saja dan berpegang-pegangan. Pegangan hidup. Lepas itu, sudah tentulah saudara sekelian boleh memikirkan apa yang berlaku. Minta dijauhkan pada masa ini dan penjaga asrama perlu memastikan ia tidak berlaku dan terus menular.)

4 comments:

Anonymous said...

datuk, bro,

istilah main belakang ni ada dua pengertian. yang pertama dimaksudkan sebagai sodomi. yang kedua samalah menikam dari belakang atau cuba menjatuhkan seseorang secara senyap dan tanpa disedari.

istilah pertama sudah ramai diketahui umum tetapi main belakang kategori kedua ini lebih bahaya kesannya, terutama dalam pentadbiran sesebuah negara.

bayangkan kalau ada pegawai kanan kerajaan, termasuk beberapa menteri kabinet yang main belakang najib untuk menjatuhkan kerajaan yang ada dengan cara bersekongkol dengan pembangkang! perkara sebegini sudah banyak berlaku di negara asing. mungkin juga pernah berlaku di negara kita.

di kalangan kawan2 pun ada yang main belakang. depan kita, dia senyum dan sokong kita. di belakang kita, dia hasut orang lain agar membenci dan menentang kita. inilah main belakang paling ditakuti kerana kesannya boleh tiba secara mendadak tanpa mampu kita menepisnya. hasilnya juga amat mengecewakan sesiapa yang kena main belakang cara ini.

kes 'main belakang' anwar dan saiful bukanlah hebat sangat. ia berlaku sejak ribuan tahun lalu di kalangan manusia yang pendek akal dan pelik nafsunya. memang saya akui di hostel, kes sebegini banyak berlaku tetapi tidak dilaporkan. ini satu penyakit lama yangb diberi nafas baru. ia sama darjahnya dengan hubungan lesbian di kalangan wanita.

jadi, main belakang ni memanglah sedap, terutama kategori kedua. main belakang jenis inilah yang kita perlu elakkan kerana ia mampu meruntuhkan kerajaan dan merosakkan masa depan agama, bangsa dan negara.

saya tidak hairan jika main belakang jenis ini sudah wujud dalam pentadbiran kita hari ini. sedar atau tidak, ia merebak seperti api dalam sekam, sedikit sedikit. kalau kita gagal mengesan dan memadamkannya, kitalah yang akan menanggung akibatnya!

SALAM

semut api said...

madah pujangga:

KALAU KITA TAK SUKA KENA MAIN BELAKANG, JANGANLAH KITA MEMBELAKANGKAN ORANG LAIN!

ok ke tok?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bujai,

Kalau ada Menteri 'main belakang'kepada Perdana Menteri, maka beliau kenalah berhenti atau diberhentikan. Ketika ini, PM memerlukan panglima perang yang sentiasa setia dan mempertahankannya sepanjang masa. Jika ada orang tidak setia maka ini dikira main belakang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Semut Api,

Pandangan yang membina.