Thursday, February 11, 2010

TITIK SENTUHAN PERDANA MENTERI

KEMUNCULAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (berbaju batik) yang mengadakan lawatan mengejut di Jalan Petaling, Kuala Lumpur sempena sambutan Tahun Baru Cina disambut ribuan warga kota yang berada di sekitar jalan tersebut, 11 Februari. - Utusan

(Renungan Rimau : Dengan turun ke bawah, PM akan dapat menyaksikan sendiri 'apa yang berlaku' di kawasan yang dilawati. Bukan hanya mendengar daripada pegawai yang mungkin ada yang berkata, 'semuanya ok tok'. Rakyat juga dapat berinteraksi dengan PM terutama ketika beliau singgah di gerai atau tempat makan kawasan yang dilawati).

6 comments:

Buyong said...

Saya cadangkan PM kita menyamar pakai misai dan janggut malam2 turun KL. Naik KTMB, minum teh tarik kat restaurant mamak, Baru dapat 'feel' yang original.

Amacam? Bernas tak idea saya ni?
Kek kek kek.

Penyokong PM said...

Setuju buyong... bernas gitu, dan pakai topi segala...

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

buyong \
====================

Ntah2 idea awak tu dah lama DS Najib buat, sapa tau....he heeeee....

Anonymous said...

Saudara Buyong,

Sori le..idea tu langsung tak leh pakai..kalau perkara kecik cam tu pun kena PM yang buat..pegawai-pegawai dan YB-YB yang ramai-ramai tu buat hape? Makan gaji rabun ke? Masing-masingkan ada kuasa ada kemudahan..haa..gunalah kuasa dan kemudahan tu bantu PM kite selesaikan masalah rakyat..jangan semua nak jadi VVIP plak. Sadar le sikit..diorang tu kan dibayar oleh rakyat untuk berkhidmat bukan menerima khidmat. Baru le PM kita dapat tumpu isu-isu yang lebih besar dengan tenang. Kesian Tok Jib.

Anonymous said...

dtk, bro,

begitulah seharusnya sifat, ciri dan pendekatan yang perlu ada pada seorang pemimpin negara. cara ini bukan saja mendedahkan beliau kepada suasana dan fitrah hidup rakyat, malah meningkatkan rasa hormat rakyat terhadap beliau. rakyat tentunya bangga mempunyai pemimpin yang sering mencari masa meninjau ke bawah dan bukan setakat menyerahkannya bulat-bulat kepada pegawai khas dan wakilnya saja, ataupun mendengar cerita yang tidak sering tepat daripada pihak lain.

tidak rugi beliau berbuat demikian malah hubungan di antara rakyat berbilang bangsa dengan nukleus pentadbiran Pusat akan lebih bermakna dalam konteks rakyat akan berasa dihargai dan diberi perhatian.

seorang sultan dan anak raja sekalipun akan mendapat tempat lebih kukuh di jiwa dan hati rakyat jika rajin turun ke bawah, bergaul dengan masyarakat dan bertanya khabar. sebahagian besar rakyat hari ini bukan lagi jenis yang suka meminta tetapi yang ingin didengar pendapat dan pandangan mereka.

najib memilih cara yang amat berkesan dengan menjiwai sendiri pahit jerih peniaga di situ. inilah yang akan memberi kelebihan kepada pentadbiran beliau untuk merangka sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat niaga di situ.

pemimpin berjiwa rakyat makin kurang didapati pada hari ini. sebaliknya, terlalu ramai rakyat yang berjiwa pemimpin dan berjiwa sultan!

Anonymous said...

selama ni kita dengar ada segelintir peniaga di jalan petaling memaksa orang ramai membeli produk mereka. mereka diugut untuk dipukul.....

sekali, najib turun... dengan diiringi berpuluh puluh anggota beruniform...

peniaga2 yang disebut tadi pun terus berlagak baik dan penuh dengan sopan santun...

najib balik, kegiatan kembali "normal"...

sokong sangat jika najib menyamar tanpa diiringi pegawai...