KUALA TERENGGANU 19 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.
"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.
Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.
Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata, Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu. – Bernama.
(Renungan Rimau : Manusia beriman akan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Mereka pun faham bahawa ini bukan masalah kerajaan tetapi masalah individu dengan individu. Bukan juga masalah individu dengan parti. Jika tidak parti akan didakwa di mahkamah. Ni tidak, individu yang didakwa. Itu je. Jadi kita kena faham dan tidak terikut-ikut dengan gelagat orang lain. Satu soalan lagi, jika MP Australia membenarkan lelaki 'buat kerja' dengan lelaki, itu dia punya pasallah tetapi tanya MP negara itu jika seorang lelaki tidak membenarkan seorang lelaki lain 'buat kerja' terhadapnya, itu sebenarnya salah juga. Begitu juga kita hendak membuat kerja terhadap wanita yang tidak membenarkannya. Tentu juga tidak betul. Fikir-fikirkanlah. )
Friday, February 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kalau dah minyak bercampur air beginilah caranya. Tidak tahu membezakan antara yang nyata dan yang sahih. Akibat terlalu taksub maruah tergadai, tiada apa yang dibanggakan dgn kes liwat DSAI. Biar mahkamah menentukanya.. Kita hanya mendengar dan jgn cube mebuat provokasi
razak majid
PAS kena buat bantahan secara rasmi..PAS didlam pakatan buat bantahan bertulis.. amacam ada bran PAS...
Yelahtu! Korang saje yg betul. Sukalah dapat lagakan Hadi dgn NA.
Ko ingat Hadi boleh makan pancing ke.
Apa-apa pun, pokok pangkal "nawaitu".... kalau buat mengaku sahaja buat, tak buat pun kita akan tahu jugak...
Kalau Hitler hidup dan dibicarakan di
Mahkamah Perang Antarabangsa hanya kumpulan NAZI sahaja yg akan kata FITNAH DAN KOSPIRASI DUNIA.
Post a Comment