Monday, February 22, 2010

SIAR LAGU ALBUM TEMPATAN

Setelah sekian lama dibelenggu lambakan lagu asing, kini nasib penyanyi tempatan bakal terbela.

Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio wajib menyiarkan lagu baru dari album penyanyi tempatan untuk mempromosikan muzik Malaysia, sekaligus mengembalikan kegemilangan industri muzik negara ini.

Perkara itu akan menjadi syarat wajib kepada semua stesen radio untuk memperbaharui lesen mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengumuman itu dibuat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Program Akreditasi Tempatan dalam Bidang Seni Persembahan (PAAT) di Kuala Lumpur.

Akibat pengabaian kepada muzik tempatan, pulangan industri itu jatuh merudum.

Pendapatan pada tahun 2008 tidak mencapai 70 juta ringgit, jika dibandingkan perolehan 201 juta ringgit pada tahun 2000.

Perlaksanaan mekanisme itu akan dipantau jabatan Muzik yang akan diwujudkan oleh kementerian tidak lama lagi, Persatuan Karyawan dan Majlis Muzik Malaysia.

Apabila muzik tempatan diberi keutamaan budaya masyarakat malaysia akan dapat diterapkan disamping merealisasikan konsep Satu Malaysia.

5 comments:

my malaysia said...

sayangnegaraku.blogspot.com

BADROLHISHAM BIDIN said...

Datuk, apa gunanya mainkan lagu-lagu yang pendengar tak suka. Rating jatuh, business pun merudum nanti. Tapi sebenarnya, saya sukakan lagu-lagu orang Asli di stesen Asyik. Tapi stesen tu pulak bukan main suka mainkan lagu Indonesia. Terlebih-lebih pulak. Orang-orang Asli sepatutnya buat publisiti lagu-lagu mereka dan album mereka sepatutnya dijual di kedai-kedai besar. Bukannya di tepi-tepi jalan bandar-bandar kecil

awangsulungmerahmenyala said...

salam tiger,

bagaimana dengan kl.fm dan muzik.fm?

ada juga ikut2 suka pasang lagu seberang.selang seli dengan lagu tempatan.

penuhkan dengan lagu kita aja.kalau selalu kita pasang lagu kita sedap tak sedap akan jadi sedap.lagu2 seberang tak sedap pun semuanya.tapi kalau dah selalu pasang org dengar jadi sedap.

ini macam mendidik juga,masyarakat kita kalau tak dididik nanti-nanti cikgu juga yang akan herdik sebab dah jadi dungu.

dato mulakan.tiger mesti berani melepasi batasan dan sempadan.

kalau dah ada revolusi barulah karyawan kita bersemangat kembali.terapkan semula seperti zaman kegemilangan tok mat dulu.kualiti lagu dan lirik keutamaan.tak ikut skema banned jer.didik...

didik...

Anonymous said...

Datuk,
Saya hairan bagaimana you dapat associate dengan Rais ini. Ide-idenya sangat lemah dan memalukan.Dengan stasyen2 radio medendangkan lagu-lagu pelbagai negara dapat juga pendengar merapatkan diri dengan radio. Jika lagu2 tempatan saja diutamakan bulan depan, sorrylah nak kata, ramai pendengar akan beralih ke media lain, rating stasyen akan jatuh, iklan pasti menurun dan sumber kewangan juga akan merosot.Rais patut cadangkan supaya semua stasyen radio wujudkan satu program khas untuk hanya lagu-lagu tempatan so sesiapa yang berminat bolehlah ikuti program berkenaan.For your info Datuk, lagu-lagu tempatan cetak rompak jual RM1 pun tak laku, kecuali lagu-lagu datuk siti sahaja yang ada standard yang lainnya hampes.
Please tell your minister jangan cakap tanpa berfikir, malu dibuatnya.

No radio at home.

ibrahim yahaya said...

Anon 12.17 am

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sudah memikirkan sesuatu perkara semasak-masaknya sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya yakin Dr Rais sudah memikirkan perkara itu termasuk rasionalnya.