Tuesday, February 2, 2010

NASI DI MULUT TURUT JATUH KE LONGKANG

Pagi ini ketika bersembang di Tanglin, kami menyentuh mengenai seorang individu yang selama ini sudah menerima petunjuk daripada Allah SWT. Diharapkan individu itu sedar dan mulalah berfikir mengenai kepentingan negara.

Bahawasanya beliau sudah diturunkan daripada 'takhtanya' kerana perbuatan yang memang sukar untuk dibuktikan melainkan Allah SWT sendiri. Itupun kebijaksanaan pengamal undang-undang sudah menyatakan apa yang tersirat di hati mereka.

Bahawasanya beliau tidak berada di tempat yang diidamkannya sedangkan satu tangga lagi untuk mencapai kemuncak. Ini yang selalu dikatakan makanan yang sudah menghampiri mulut sekalipun mampu jatuh ke tanah atau ke longkang.

Sesungguhnya itulah kebesaran Allah SWT yang menaikkan dan menurunkan hambanya. Itulah kebesaran Allah SWT yang sentiasa memberi petunjuk dan apabila kita lalai maka dihinakan kita sehingga sukar untuk dibersihkan. Melainkan kita tiada maruah.

Seorang teman menyebut bahawa beliau tidak gemar untuk membenci orang apatah lagi orang yang beliau tidak kenal. Tetapi individu ini, beliau memang meluat betul kerana apa yang dilakukan sejak kejatuhannya tidak menguntungkan negara.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar negara ini sentiasa aman dan dielakkan berada di tangan manusia yang sentiasa menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Kita akan hancur dan bertaburan. Percayalah.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Individu yang macam tu di Malaysia bukan satu, dua atau tiga.. tak cukup jari kaki, tangan nak kira.

Cuma kategori, tahap dan status sahaja yang berbeza,,semuanya menyumbang ke arah menjurus negara ke arah ketiakstabilan.


Mereka cukup bangga kerana bagi mereka, biar putih tulang jangan putih mata.

IES Agencies said...

I do wonder why Anwar thinks the 'fabricated' evidence would embarrass him or his family

since when is a lie told about you embarrassing

read it http://marahku.blogspot.com/2010/02/why-is-lie-embarrassing.html

kita anak melayu said...

Blogger Unspinners fitnah Anwar, baca di SINI
ataku klik http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2010/02/blog-unspinners-fitnah-anwar.html