Zulkifli Nordin sebut ada firaun kecil dalam PKR. Mereka sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan pemimpin tertentu dalam parti itu. Malah beliau dalam sidang akhbar petang ini menyatakan komplot ini semakin berani untuk berbuat sesuatu.
Apakah firaun kecil yang disebut oleh ZN itu adalah orang yang rapat dengan DSAI yang selama ini merancang untuk menjatuhkan pemimpin tertentu? Oleh itu, siapa dia firaun kecil yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ini?
Dalam pada itu, jika ada firaun kecil, siapa pula firaun besar dalam PKR. Apakah firaun kecil ini bertuankan firaun besar? Adakah firaun kecil ini mengikut telunjuk pemimpin dari luar yang mahu merobek PKR? Cerita la lagi.
Apapun PKR kini sedang menghadapi satu kemelut yang mungkin akan menjadi parti itu hilang begitu saja. Walaupun, pemimpin tertingginya menyifatkan pemergian beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim tidak memberi kesan kepada PKR tetapi hakikatnya orang ramai sudah mula membuka mata dan minda.
Bagi mereka, jika penyokong kuat sudah mula keluar bermula dengan Ezam Mohd Nor dan kini orang kuat di Pulau Pinang, DS Zahrain pula yang tidak mempercayai kepemimpinan PKR, maka tidak hairan parti itu akan berkubur dan yang tinggal hanyalah DSAI anak beranak. Atau pun anak, bini dan kenkawan.
Namun, kenyataan DS Zahrain yang terakhir iaitu beliau tidak mahu generasi akan datang menghukumnya kerana tidak mempertahankan agama, bangsa dan tanahair perlulah dijadikan iktibar oleh pemimpin politik di negara ini.
Berpolitik, berpolitik juga tetapi isu alif ba ta jangan dilupakan. Yang paling menyedihkan ialah ada pihak yang sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk mendapatkan jawatan tertinggi.
Mereka mencari dana dari seluruh dunia untuk memastikan mereka menang terutama pada Pilihanraya Umum akan datang. Cari duit merata tempat sehingga duit orang dah mati pun kini diusahakan. Jangan pilih parti yang mahu menghancurkan negara ini.
Mulai sekarang, pegawai Bank Negara perlu bergerak cergas termasuk memantau money changer yang mungkin dijadikan medium penghantaran wang dari luar. Jangan biarkan wang luar meleburkan negara ini. Minta dijauhkan.
Tuesday, February 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Firaun Besar sapa lagi kalau tak mamak cerok tok kun tu!!!
Datuk,
Mungkin juga DSAI jadi sasaran.Ada orang dalam PKR mahu tumbangkan DSAI yang kini agak kematu akibat kes liwat di mahkamah.Masa inilah kalau nak rancang sesuatu..ada dua/tiga lagi sasaran Firaun Kecil.
Itulah politik.Boleh ke depan, boleh ke belakang.Mana ada ruang pasti mereka yang duduk bawah mahu naik atas..enjit enjit semut siapa sakit naik atas..-yunus alias.
PKR dengan satu mata sangat mencurigakan. Lambang satu mata ada kaitan dengan Dajjal...
Post a Comment