Friday, February 5, 2010
MELAKA CATAT SEJARAH 1MALAYSIA
(DIY di hadapan gerai No 12 BPAM)
Posting Kedua - 11.50 pagi
Saya kini berada di gerai Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM), KPKK yang giat menggalakkan masyarakat Malaysia menyertai Facebook Group 1Malaysia. Segeralah datang ke gerai BPAM di Graha Makmur, Melaka untuk mendaftar FB Group 1Malaysia ini.
Posting Asal - 9.19 pagi
Malam tadi, Melaka mencatat sejarah kerana kejayaan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumpulkan 51,000 orang untuk menikmati hidangan rakyat di pantai Klebang. Duduk dan berdiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menjadi tetamu kehormat amat terharu dengan sambutan yang diberikan dan menganggap bilangan ramai itu satu terjemahan sokongan mereka kepada kepemimpinan sekarang.
Bagi PM, rakyat kini mulai faham dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan beliau yakin mereka akan terus memberi sokongan kerana apa yang ingin dilakukan oleh Gagasan 1Malaysia untuk kepentingan mereka. Tiada motif politik.
Bagi kerajaan sekarang, tiada yang lebih bermakna daripada dapat membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan memerlukan. Malah di negeri yang diperintah oleh pembangkang pusat seperti di Kelantan sekalipun, usaha memberikan wang ehsan kepada penduduk dilaksanakan.
Malangnya, parti PAS yang memerintah mempolitikkan pemberian itu kerana wang itu tidak turun kepada mereka sebalik Kerajaan Pusat mengambil keputusan untuk memberi terus kepada rakyat di bawah. Tiada ketirisan dan tepat ke sasaran.
Jika diberikan kepada PAS hanya segelintir saja yang akan mendapat faedahnya dan ada juga yang masuk poket sendiri terutama mereka yang suka mengamalkannya.
Apapun rapat malam tadi di padang Pantai Klebang yang kemudiaan diisytiharkan sebagai Dataran 1Malaysia berjaya membuktikan bahawa rakyat semakin memahami apa yang ingin diperjuangkan di bawah gagasan PM ini dan mereka mula menghayatinya.
Tahniah Datuk Seri Mohd Ali dan rakyat Melaka.
Sempena Rapat 1Malaysia, satu pameran selama tiga hari oleh agensi di bawah KPKK dan kementerian lain akan diadakan di Graha Makmur, Melaka mulai hari ini.
Selamat melawat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Program spt ini jika diteruskan dinegeri-negeri lain tentu akan lebih mendatangkan manafaat kepada kerajaan BN. Saya cadangkan untuk kali kedua dibuat di Sarawak dan kali ketiga dibuat di Sabah. Kali keempat dibuat di Pahang dan kali ke 5 di buat di Johor. Negeri Sembilan dibuat kali ke enam. dan seterusnya dan seterusnya.
Salam DIY,
Saya ada bersama-sama 51000 orang di dataran 1Malaysia malam tadi,tahniah DAR dan terima kasih PM DS Najib kerana sudi ke Melaka.
Sekali lagi melaka mencipta sejarah.
Tahniah!!!
Post a Comment