KUALA LUMPUR 9 Feb. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.
Katanya, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai “duri dalam daging” bagi pakatan.
“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang.
“Di Kedah, DAP mengugut kerajaan apabila pusat membela babi dirobohkan pihak berkuasa, manakala Fairus Khairuddin pula ditekan sehingga berhenti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam tadi.
Jelas Zulkifli, pakatan pembangkang perlu berani mengambil risiko termasuk kemungkinan hilang kuasa di negeri yang mereka tadbir sekarang bagi menyingkirkan DAP demi kepentingan rakyat dan negara.
Mengulas lanjut mengenai peranan sulit DAP, beliau memberitahu, banyak aduan telah dibuat sejak pakatan pembangkang ditubuhkan termasuk tindak-tanduk parti tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
“Bukan tak guna saluran dalaman, sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini kerana kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan parti yang tunduk kepada DAP.
Mengulas kerjasama dengan UMNO, Zulkifli berkata, Pas dan PKR seharusnya mengambil peluang mengadakan perbincangan Islamiah dengan UMNO dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.
“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tidak kiralah PKR, Pas atau UMNO,” tegasnya. - UTUSAN.
(Renungan Rimau : Tidak sukar untuk memahami kenyataan itu. Noktah.)
Wednesday, February 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Nasi sudah menjadi bubur. Apabila pergabungan untuk kepentingan diri maka akhirnya akan wujud tidak keserasian. Mana bisa parti ini bersatu bak kata pepatah engang sama enggan pipit sama pipit.. Oleh itu yang mana enggang dan yang mana pipit tepuk dada tanya selera
Razak Majid
err ... salah tu Datuk ... saya tgk soal jawab tu ... Utusan dah terbalikkan apa yg Yb Zul cakap ...
YB Zul cakap, UMNO yg perlu ambil peluang kerjasama dengan PAS tanpa ada buruk sangka kerana PAS dah berikan ruang ...
Tak tau la kenapa Utusan masih cam ni ... Datuk pun bukannya tengok rancangan tu, main ikut jer apa yg Utusan tulis ... hmm ...
Post a Comment