Friday, February 5, 2010

MELAYU MENCARI RUANG

Melayu
mencari ruang
di tanahair sendiri
pedih hati

Melayu
mencari ruang
membina rumah setinggan
menjual nasi lemak
menjual goreng pisang
menjual burger orang lain punya
membuka kebun haram
tempat basuh kereta

Melayu
tiada ruang
seolah terbuang
negeri pembangkang
gerai diroboh
dianggap penceroboh
dulu tidak kecoh
sekarang heboh
nasib tubuh

Melayu
tidak payahlah cari ruang
papar tapak tangan
tulis dengan maruah
dakwat merah
di sini sejarah
di sini dahulu
tanah namanya
Tanah Melayu

Subang Jaya
11.26 malam
5 Februari 2010

2 comments:

Anonymous said...

Melayu Kini Tiada Ruang
Sebenarnya telah tiada ruang di negara sendiri
Saya wanita melayu berpendidikan tinggi
Merantau negara orang mencari rezeki
Alhamdullah diri yang berilmu sangat dihargai
Warga berbilang bangsa sesama merantau bagai saudara sendiri
Penduduk di sini amat menghormati diri ini
berbanding ketika di negara sendiri
Apabila cuba berniaga dan berdikari
mencari sesuap nasi amatlah perit
Rasa diketepi walau penyokong kuat parti
Siapa yang bersalah?
Aaaahhh...tentunya ahli politik yang hanya tahu pecah dan perintah
Kalau tidak "they have to justify their existance!"
Malang lagi bangsa ku!!!!

Anonymous said...

melayu niaga nasi lemak tepi jalan
dikejar dihambat disaman.

melayu niaga tepi jalan
tak ganggu tak menghalang
tapi tetap dilarang.

iniulah dunia melayu
di tanah milik melayu
apa dibuat banyak diganggu
oleh melayu bin melayu.

sudahnya melayu tetap di situ
melayu jadi melayu
layu di tanah melayu
macam mana nak maju.