Malam tadi saya, Rocky, Azam dan Tengku dijemput makan malam oleh rakan-rakan daripada Sime Darby - Leela, Othman dan Ayaz. Makanan masakan Cina amat sedap sekali di SDCC. Restoran itu dikatakan menyediakan makanan masakan Cina halal yang terbaik di ibukota. Jangan lupa mencubanya.
Ketika bersembang, pelbagai cerita lama yang keluar. Antara yang menarik ialah apabila peristiwa DIY marah sangat dengan pengadil bola di padang UITM (ketika itu ITM). DIY masuk padang mengejar pengadil yang dikatakan 'berat sebelah' yang menyebabkan pasukan MassComm hampir kalah. DIY sudah lupa tetapi apabila Rocky menceritakan semula, semua kenangan timbul semula. Amat menarik.
Ketika itu perlawanan bolasepak antara pasukan MassComm dan Engine. Bilangan siswa MassComm ditenggelami oleh siswa Engine yang datang begitu ramai. Mereka ingin menunjukkan mereka adalah yang kumpulan yang terhebat ketika itu. Ada yang datang dengan motor besar dan berarak seperti 'gangster Kampung Pinang'. Itulah karenah 'budak Engine' yang selalu meracau mencari makwe atau 'siswa cun' daripada fakulti lain termasuk MassComm.
Bagaimanapun cara Rocky bercerita seolah-olah DIY adalah 'gedebe' yang digeruni oleh siswa-siswa ITM ketika itu. Betul ke siswa Engine takut dengan DIY? Mungkin pada nama kot? Tak tahulah kerana DIY juga ramai kawan-kawan dengan 'budak engine' ketika itu seperti Zabid, Pokya, Ihsan dan ramai lagi yang menganggotai ROTU. Apabila ada orang yang kacau ketika itu, mereka akan memanggil DIY. Nasib selalu baik kerana apabila DIY datang, semuanya sudah selesai atau pasukan 'musuh' sudah lari.
Selain itu, kami juga berbual mengenai insiden seorang junior yang 'buat lawak' seolah-olah mahu terjun daripada tingkat 13. Kami yang sudah pucat pada masa itu tidak menganggap tindakan itu sebagai lawak dan beliau diberikan 'amaran' keras. Tetapi junior itu kini sudah menjadi seorang usahawan. Satu kenangan lalu.
Apapun itulah kenangan manis ketika belajar di institusi yang banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera.
Friday, February 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bro,
DIY tu sapa?? macam garang gila aja.... rasanya semua budak lelaki mass comm ada cerita yang sama and mostly kat padang bola...
and seem tiba-tiba at this age semua jenis reunion berlaku...
DIY,
Zaman kegimilangan DIY masa kat UITM memang hebat.. tp kita patut bersyukur pada Mara kerana tanpanya tak mungkin DIY seperti sekarang dan saya seperti saya.. Budi mara tak dapat dibalas.. Ingatlah sesiapa yg masih berhutang pada mara bayarlah.. berilah peluang untuk anak kita pulak.. jangan seperti kacang lupakan kulit
Razak Majid
salam diy,
tertarik bila diy sebut beberapa nama rotu yang juga saya kenali cuma saya ini batch kedua rotu itm.
Post a Comment