Sambutan Tahun Baharu Cina tidak mengenal parti politik. Ia disambut oleh masyarakat Tionghua dan rakyat negara ini dengan perasaan muhibbah dan saling hormat menghormati.
Oleh itu, jika ada usaha dari mana-mana pihak yang ingin menggagalkannya, ia perlu dilihat sebagai golongan yang tidak suka muhibbah dan perpaduan. Ini juga menggambarkan 'wajah' sebenar mereka yang suka bermain politik.
Bagi saya, sambutan perayaan rakyat negara ini perlu disambut dengan perasaan ikhlas dan rasa syukur dengan nikmat yang diperolehi di negara ini. Tidak payah lihat ke seluruh dunia, kita boleh merasai bahawa negara ini sentiasa aman dan sentosa. Melainkan ada pihak yang mendoakan sebaliknya.
Oleh itu, bagi menunjukkan bahawa kita sentiasa mendokong perpaduan dan keamanan, keluarlah beramai-ramai untuk merayakan Tahun Baharu Cina peringkat nasional di Pandamaran, Klang pada 20 Februari ini.
Ia bermula jam 6.30 petang yang menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri melakukan tinjauan mesra atau turun padang bertemu rakyat jelata. Ini adalah peluang terbaik kita menemui pemimpin yang dihormati.
Bagi mereka yang ingin merosakkan perayaan ini, marilah kita bersama-sama memastikan golongan ini tidak diberi tempat dalam pilihanraya yang akan datang. Mereka hanya tahu bermain politik dan mengetepikan kepentingan kaum di negara ini.
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina peringkat nasional pada Sabtu ini.
Berani dan bertenaga bersama harimau.
Thursday, February 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Datuk,
Majlis itu yang tersurat nampaknya amat baik tetapi niat dan nawaitu penganjurannya kali ini adalah satu soalan besar (big question mark).
You tau I pun tau dan semua
orang tau tetapi you cuba nak spin pula. Tiada sau satu majlis acara rakyat anjuran kerajaan mahupun pembangkang mesti ada agenda politik sebaliknya. Kerajaan Selangor sekarang
bukan lagi kerajaan BN, mereka sedar niat penganjurannya so sudh tentu ada tentangan dan jangan pula you nak buat tak tau pula.
Orang Klang jati.
Encik Dunia Tiger,
Semangat mcm ni yg best. Tapi jgn lupa datang. Saya bawak famili bersama.
Post a Comment