Thursday, July 8, 2010

JERMAN KURANG PENGALAMAN

Kekalahan Jerman amat memeritkan bagi peminatnya. Apatah lagi mereka yang menjadi peminat setia sejak pasukan itu menunjukkan kuku sebenar membelasah England dan Argentina. Namun itulah yang dinamakan bolasepak - semua boleh berlaku.

Hakikatnya, kekalahan tipis Jerman pagi tadi memaparkan bahawa adakala sesebuah pasukan itu dilihat gagah perkasa tetapi akhirnya kecundang kerana pretasi yang tidak konsisten. Bagi mereka yang pernah melihat pasukan Jerman beraksi akan dapat melihat apa yang dipersembahkan oleh pasukan itu pagi tadi amat hambar dan mengecewakan. Diperkotak-katikkan. Mereka lari tidak tentu arah.

Ini menunjukkan pasukan itu memerlukan sedikit lagi pengalaman untuk menjadi juara. Mereka perlu melihat bagaimana Sepanyol yang berpengalaman dan menjadi Juara Eropah sentiasa tenang dan menguasai bola. Akhirnya mereka menang 1-0 hasil tandukan Puyol.

Secara logiknya, bagi mereka yang merasakan mereka kuat perlulah memikirkan bahawa satu hari anda akan tersungkur juga. Ingatlah sentiasa. Tiada yang kebal di negara ini dan jika anda suka menganiaya atau menindas orang dengan perangai yang tidak mencerminkan budi bahasa yang diucapkan, satu hari nanti ketika anda tersungkur ramai yang bertepuk tangan. Mereka akan merasakan lega dan gembira.

2 comments:

Nasionalis1982 said...

Maybe player Germany dah kena psiko dengan ramalan En Paul The Octopus. he he

CodeNameSomaliPirate said...

Salam

Argentina yang begitu kuat dimalukan oleh German tapi bila berdepan dengan Spain macam budak bodoh bermain.

Did you smell something??? Rasanya world cup kali ini di catur oleh bookie b'sepak.....