Tun Dr Mahathir Mohamad memang negarawan ulung. Hakikatnya walaupun sudah bersara lebih enam tahun lalu sanjungan dan rasa hormat rakyat kepadanya amat hebat. Malah rakyat terus berbaris untuk bersalaman dengan beliau dan teruja untuk bergambar dengan arkitek pembangunan negara.
Malam tadi lebih 1,000 orang hadir di PWTC untuk mendengar pandangan beliau mengenai RMK10 yang disiarkan secara langsung oleh RTM mulai 8.45 malam hingga jam 10 malam. Beliau ditemuramah oleh Syed Munawar dalam Forum RMK10 Kita bertajuk Kepentingan Bumiputera Dalam RMK10.
Amat jelas pandangan beliau masih bernas dan bijak menjawab semua soalan yang dikemukakan. Beliau yakin kerajaan akan terus membela Bumiputera yang masih ketinggalan dan mahu Khazanah Nasional terus memainkan peranan penting menjaga saham Bumiputera.
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam untuk DTY dan semua,
Sememangnya ramai yang menyanjungi TDM, dulu,kini dan selamanya. Hanya beberapa kerat saja tidak menyokokng.
Semuga Allah memberikan rahmatNYA keatas beliau dan Panjangkan umur beliau.
Di-banding dengan yang lain beliau masih UNGGUL dihati kebanyakkan RAAYAT.
JEBAT - mengharapkan idea MAHATHIR.
Kementerian Penerangan dan RTM is moving in the right direction. Kerajaan mengambil langkah amat bijak dengan langkah mendampingi Tun Dr.M.
Tak payah lah ada yang nak 'cucuk-cuck', Dr.M bukan-nya nak jadi PM atau President UMNO.
Tun Dr.M hanya ingin turut membantu memulihkan negara dari segi politic dan ekonomi, setelah hampir di-musnahkan oleh pemimpin sebelum ini.
Ada pihak2 yang amat tidak selesa dengan hubungan baik di-antara PM dan Tun Dr.Mahathir pada waktu ini.
Mereka akan melakukan apa saja untuk melaga-lagakan kedua pemimpin ini dan kita harus berwaspada.
Firdaus Abdullah
Salam, DIY.
Saya ingin mengambik perhatian datuk DIY mengenai saluran Muzik Aktif yang hidup segan mati tak mahu dan menghabiskan duit rakyat sahaja. Kandungan nya di repeat setiap hari yang sama tanpa ada video baru ditamabah. Sudah lah tu artis yang diketengahkan tidak berkualiti dan tidak dikenali. Saya faham peranan nya untuk mengenengahkan bakat baru tetapi berpada-pada lah dan pilih yang kualiti bukan main sumbat semua.
Perkara ke 2 adalah promo yang dilakukan untuk program RTM amat lah tidak kreatif dan buruk. Bukan hendak mengutuk tetapi saya mahukan RTM muncul sebagai stesen terbaik nasional. Harap RTM boleh ubah gaya dan kreativiti dgn membawa masuk idea baharu dgn generasi yang muda. tengok sahaja program yang RTM anjurkan semua nya jauh di hati generasi mudah termasuklah program hiburan. RTM kini adalah stesen TV negara yang sepatutnya no1 tetapi sebaliknya yang terakhir dan ortodoks. DIY tolong lah majukan RTM. Tolong tingkatkan value berita nasional yang tiada langsung news value selain hanya politic news sahaja. Sepatutnya RTM ini dijadikan swasta dan mana-aman staf yg x perfom digugurkan dan bukannya seperti sekarang mak cik-mak cik yang dah hilang kreativiti terus bekerja tanpa sebarang kualiti. Tambahan drama di RTM semuanya sepesen (cerita sedih, korporat dan lawak) dan tidak seperti di astro dan media prima yang pelbagai genre dan sesuai pelbagai lapisan umur. Walau bagaimanapun ada juga yang bagus untuk RTM ini iaitu team piala dunia (rancangan dan laman web khasnya) . DIY tolong modern dan majukan RTM yang malas!
Post a Comment