Thursday, July 15, 2010

MELAWAT PULAU BANGGI

(Pulau Banggi yang terletak di bahagian atas Sabah)

Menuju ke Pulau Banggi. Dari Kota Kinabalu ke Kudat dan seterusnya mengambil bot untuk ke Pulau Banggi. Satu perjalanan yang menarik. Bot? MasyaAllah. Ada yang pasti tidak tahan.

Satu majlis penyerahan komputer riba kepada penduduk Pulau Banggi yang akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim. Penduduknya seramai 20,000 orang.

RTM dan Pos Malaysia juga bekerjasama untuk membuat satu dokumentari khas mengenai perjalanan petugas pos yang sentiasa bekerja kuat dari pagi hingga ke petang. Program yang diusahakan oleh pasukan penerbitan Lambai Limbai, RTM Sabah akan memaparkan kegigihan petugas pos ini dan program terbaru Pos Malaysia.
Pos Malaysia telah melaksanakan program Posmen Komuniti yang membabitkan perlantikan dua orang manakala 16 orang lagi dilantik menjadi wakil Posmen Komuniti. Mereka diberikan pendapatan tetap kerana tugas yang murni itu. Syabas.

Apapun, doakan kami selamat pergi dan pulang ke KK petang ini.