Thursday, October 25, 2007

KENAPA ASYIK DENGAN KRITIKAN AJE

Oleh Prinsip 5 (Penulis Tamu)

Alangkah eloknya kalau diberi peluang digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kemanfaatan seluruh umat manusia. Walaupun agak idealistik kerana ‘berkalau’, tapi sekurang-kurangnya memberi juga harapan. Maka dengan itu, pada hari dan bulan yang baik ini, saya ingin mengajak seluruh pembaca memikirkan ke mana dan di mana Malaysia 50 tahun akan datang. Sekiranya kita menelusuri jejak yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu, tanpa menghiraukan berapa besar jumlah sumbangan yang dihulur, sama ada harta, tenaga, idea mahupun nyawa yang menjadi taruhan, tidak ada apa yang diminta kecuali keamanan buat negara tercinta.

Sebelum 50 tahun akan datang, 50 tahun merdeka telah berjaya dikecapi dan pelbagai program pembangunan diatur dan diadun secukup rasa bagi membolehkan kek kekayaan dinikmati bersama. Namun demikian, masalah ketidaksamarataan tetap menjadi kekangan khususnya buat masyarakat bumiputera. Kenapa ini terjadi ? Jawapannya ada pada setiap pembaca. Persoalan tentang kepentingan ilmu dan aplikasinya dalam dunia seharian yang sudah tentu tidak ‘seratus percent’ sama adalah sebahagian daripada jawapan itu. Namun demikian, bagi pengisian yang selebihnya ia mestilah merupakan pelaksanaan satu keputusan tegas dan wajar yang perlu dilaksanakan oleh pemegang amanah. Tiada gunanya, mesyuarat yang masanya panjang berjela-jela, pelbagai resolusi dipersetujui bersama, tetapi tindakan pula sering menuding jari mencari salah pihak lain. Oleh itu, sedarlah kita kalau pun tidak menjadi pembuat dasar, setiap insan di bumi Malaysia ini mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk mempertahankan negara tercinta ini.

Berbalik pada tajuk di atas, kenapa idea atau apa yang dibuat oleh warga
Malaysia khususnya umat Melayu sering dikritik dan dipandang sepi sumbangannya oleh segelintir manusia yang sama agamanya. Kenapa jadi macam ni ? Kita tolak tepi dulu pandangan kaum lain di Malaysia yang ada masanya tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap sumbangan rakyat Malaysia. Bangunlah umat Melayu ? Apa nak jadi dengan kamu daa ! Kalau dulu, Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir dikritik dengan idea pembuatan kereta nasional, Proton Saga, sehingga ada pihak menyatakan bahawa ‘hendak buat jarum sebatang pun masih tidak mampu, inikan pula hendak buat kereta’. Tetapi sekarang, pengiktirafan Angkasawan Negara pun hendak dijadikan isu. Tidak kiralah ‘Kosmonaut ’ ke, ‘Astronaut’ ke, atau ‘Spaceflight Participant’ ke, yang pentingnya kemahuan dan kesungguhan Malaysia untuk meneroka satu disiplin baru iaitu berkaitan pengajian penerokaan angkasa dan hubung kaitnya dengan aspek perubatan dan penyelesaian masalah.

Janganlah asyik dengan masalah pembaziran wang Negara aje, kita sedar dan faham bahawa sebarang perbelanjaan yang dibuat adalah memerlukan kelulusan yang bukannya setakat seorang yang dipertanggungjawabkan, malah siap sedia dengan proses mesyuaratnya. Setiap kelulusan yang diberi membabitkan sebab musabab kenapa sesuatu projek itu dilaksanakan dan apa kebaikannya. Jadinya, janganlah kita asyik mengatakan kenapa orang miskin tidak dibantu atau negara sudah lama merdeka tetapi masih ada lagi orang yang tinggal di pondok buruk. Mereka ini tetap akan dibantu dan di mana ada orang-orang kaya yang dermawan marilah mari kita menyumbang, kalau tidak banyak sekurang-kurangnya memuaskan hati. Mungkin kalau kita mampu membeli beli jet peribadi, kita beli sahaja helikopter yang kurang sedikit harganya dan wang yang selebihnya untuk menolong mereka yang memerlukan. Mungkin agak idealistik, kalau begitu kita pergi yang lebih realistik, kita sebenarnya mampu untuk membeli kereta sport dua pintu jenama terkenal, sungguhpun begitu takpelah, kita beli aje kereta ‘Mercedes E Class’, cukuplah !

No comments: