Tuesday, October 2, 2007

MCA TIDAK BERMINAT ISU BABI LAGI?

Untuk kali kedua, MCA tidak hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Isu Babi di Melaka. Itu yang dilaporkan oleh Buletin 1.30 TV3 sebentar tadi. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemantau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Wakil penternak babi juga dilaporkan tidak hadir.

Mengapa wakil MCA tidak hadir dalam mesyuarat ini? Apakah mereka tidak bersimpati dengan nasib yang dialami oleh penduduk kampung sekitar Paya Mengkuang yang menghadapi masalah pencemaran babi? Apakah mereka tidak simpati dengan nasib pengusaha chalet di Pengkalan Balak? Apakah mereka kini beralih arah memperjuangkan golongan yang tidak mengendahkan peraturan alam sekitar? Ini memerlukan jawapan segera kerana tindakan mereka kini amat berbeza sekali.

3 comments:

NOBISHA said...

Inilah jadinya apabila perjuangan kita hanya untuk komuniti sendiri sahaja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Sejak awal lagi saya menyebutkan isu ini berkaitan dengan alam sekitar dan pencemaran. Ada orang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Itu saja.

Sebagai penduduk Masjid Tanah, saya boleh merasai penderitaan saudara-mara saya di kampung sekitar Paya Mengkuang sejak 50 tahun lalu. Saya juga ada kawan pengusaha chalet di Pengkalan Balak yang terjejas akibat kedegilan sesetengah pihak ini.

Oleh itu, orang luar yang tidak tahu apa-apa, janganlah hendak jadi hero dan masuk campur serta memperjuangkan kumpulan yang mencemarkan alam sekitar.

Anonymous said...

Kesian orang Melaka. Bapak saya pun orang Melaka, tapi jauh dari Paya mengkuang. Orang lain menjerit tepi jalan semua mendapat perhatian, tapi orang-orang kat sini, takde siapa yang ambil tahu. Ketua Menteri pun buat tak tau. Apa nak jadi? Orang Melayu kena tunjuk berani sikit, lantanglah suara tu, angkatlah apa-apa untuk membunuh babi yang sesat ke dalam kampung. Barulah mendapat perhatian. 50 tahun? Rasanya patutlah bangsa lain pijak kepala. Seronok dia orang tengok Melayu, diam aje. Kesian Melayu...kalau dipindahkan babi tu nanti, mesti ke kawasan Melayu jugak kan?