Sunday, October 28, 2007

ZAMZARINA, HEZRY DAN SUHAIMI DI RTM


(Zamzarina dan suami ketika berkunjung ke rumah IY tahun lalu)

RTM sedang menggilap beberapa penyampai berita dan juruacaranya. Antaranya ialah Zamzarina, Hezry Hashim dan Suhaimi Muhamad. Ketika ini, penonton RTM boleh melihat Zamzarina di pelbagai program berita dan hal-ehwal semasa. Zamzarina kini menjadi pengacara Selamat Pagi Malaysia, penyampai Warta Perdana , Warta RTM dan Galeri Perdana.


(AJ dan Hezry Hashim)

Hezry Hashim yang dikenali sebagai DJ Hezry atau Double H, bertugas di KLFM dan kini diberi peluang mengacara program berbentuk hiburan. Tugas terkini ialah malam tadi di mana Hezry mengacara pertandingan akhir Juara Asyik yang disiarkan secara langsung di RTM1. Hezry berjaya menghidupkan suasana persembahan yang diadakan. Hezry juga popular dengan sebutan "selamat" yang digunakan ketika menyampaikan berita hiburan di Warta RTM.

Seorang lagi personaliti yang semakin meningkat naik di RTM ialah Suhaimi Muhamad, pengacara SPM yang kini diberikan tugas menjadi juruacara dan penyampai siaran langsung program RTM. Suhaimi bersama Hanie diberi kepercayaan menjadi pengacara program siaran langsung Angkasawan Negara. Walapun masih baru dalam bidang penyiaran, Suhaimi, graduan MIIM berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Selamat Maju Jaya.

No comments: