Monday, October 29, 2007

NIK AZIZ HADIR PELANCARAN E.C.E.R

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, petang ini melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi Negeri Kelantan Darul Daim.

Pelancaran dibuat di Padang Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bahru, KELANTAN. Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Paklah menyampaikan dokumen ECER kepada Datuk Nik Aziz di pentas khas.

Ketika turun dari pentas, Paklah membantu Datuk Nik Aziz dengan memimpin tangannya. Selepas itu diadakan persembahan dikir barat dan diikuti penyampaian cenderamata oleh Datuk Nik Aziz kepada Paklah. Sewaktu menaiki dan turun pentas sempena majlis penyampaian cenderamata berkenaan, Paklah sekali lagi memimpin tangan Datuk Nik Aziz.

Pelancaran ECER bagi Kelantan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1. Esok, Paklah akan merasmikan ECER bagi Pahang Darul Makmur.

No comments: