Saturday, October 20, 2007

TEMPAT SEMPURNA, KHIDMAT PASTI BAIK

Saya amat bersetuju dengan Presiden Cuepacs, Sdr Omar Osman, mengenai keperluan tempat kerja yang sesuai dan sempurna untuk meningkatkan motivasi pekerja. Jika tempat kerja macam kandang kambing, kita boleh bayangkanlah apakan jenis perkhidmatan yang boleh diberikan. Kalau tempat kerja sudah tidak selasa macamana hendak memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sudah tentu pekerja mengambil sikap sambil lewa saja dan cepat hendak pergi ke tempat yang lebih baik dan selesa. Yakinlah.

Dalam pada itu, tidak dinafikan ada juga pejabat kerajaan yang baik. Malah ada yang lebih bagus daripada sektor swasta. Yang perlu dilihat ialah jangan bilik bos saja yang bagus dan sempurna tetapi pekerja lain berhimpit-himpit macam ikan sadin. Apabila pekerja tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik, maka "dibelasah" pekerja tanpa memikirkan tempat kerja yang sempit dan tidak selesa. Saya mempunyai pengalaman itu ketika bekerja dengan kerajaan dulu. Yakinlah ada macam ikan sadin.


Dalam Malaysiakini semalam, Omar mendakwa masih banyak jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi dalam keadaan tidak sempurna dan sekaligus memberi imej buruk kepada perkhidmatan awam negara. Sehingga ini masih ada jabatan kerajaan yang menyewa rumah kedai, terutama di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara.

"Kita selalu menemui ruang menunggu yang sempit, fail berterabur di atas meja, pegawai terpaksa duduk dalam keadaan bersesak dan bilik ketua jabatan yang tidak sesuai. "Ianya banyak berlaku di pejabat tanah dan daerah kerana ia merupakan antara tempat tumpuan orang ramai, khususnya masyarakat kampung," katanya.

Omar berkata, ianya cukup berbeza dengan kemudahan pejabat kerajaan di Putrajaya yang dilengkapi kemudahan serba lengkap dan moden. Katanya, beliau telah memaklumkan mengenai masalah kakitangan kerajaan yang bertugas di luar bandar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya mengambil tindakan bagi mengatasinya.

Menurutnya, langkah segera perlu diambil kerana kemudahan-kemudahan asas tidak sempurna atau masih ketinggalan, sedangkan kerajaan sudah melaksanakan sistem pentadbiran moden seperti E-kerajaan. Beliau berkata, ketua jabatan perlu turun melihat sendiri masalah yang dihadapi kakitangan mereka, khususnya yang bertugas di kawasan luar bandar.

"Ini kerana masalah sedemikian rupa boleh merencatkan modal insan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya. Omar berkata, keadaan sedemikian juga antara yang menjadi faktor mengapa kakitangan awam tidak bersemangat melakukan tugas harian.

Oleh itu, katanya, tidak hairanlah orang ramai kerap merungut dan mempertikaikan mengenai kredibiliti dan kebolehan kakitangan awam menjalankan tugas. Menurutnya, kakitangan awam juga kekurangan motivasi, malah sepanjang tempoh perkhidmatan, tidak pernah menghadiri ceramah atau kelas motivasi.

"Paling mengejutkan apabila kakitangan awam hanya boleh melakukan satu kerja sahaja ekoran ketiadaan latihan untuk meningkatkan prestasi kerja. "Mereka kurang didedahkan dengan latihan semasa, ini menyebabkan jika kerani akan menjadi kerani sehingga pencen," katanya.

Sehubungan itu, Omar berkata, kakitangan teknikal umpamanya perlu dihantar menjalani latihan di luar negara, meskipun mereka telah mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Katanya, daya saingan kakitangan awam rendah jika dibandingkan dengan pekerja sektor swasta disebabkan beberapa perkara seperti dari segi peluang kenaikan pangkat.

"Bayangkan hanya lima peratus kakitangan awam yang dinaikkan pangkat dalam setahun berbanding tiada kuota untuk sektor swasta," katanya. Sehubungan itu, katanya, dalam beberapa perkara kerajaan perlu mempelajari kelebihan yang ada dalam perkhidmatan dan pengurusan sektor swasta.

(Renungan Rimau: Saya yakin KSN baru ini seorang yang mempunyai wawasan untuk meningkatkan prestasi sektor awam. Saya pernah diberitahu oleh seorang KSU bahawa KSN sekarang seorang yang tidak boleh buat "main-main" dan kuat bekerja. Dalam ertikata lain, beliau serius dalam memperbaiki imej perkhidmatan sektor awam dan sering memberi amaran agar semua KSU memberikan perkhidmatan yang terbaik.)

2 comments:

Anonymous said...

Excuse banyak. Gaji sikit, tempat kerja tak sesuai, bos tak bagus dll. Semua mesti condusive baru nak buat kerja. Hakikatnya kebanyakan (tak semua) pekerja kerajaan memang malas dan tak produktif. Like the world owes them a living. But not surprising when the political leaders are just as useless.

kenanga said...

Datuk Tiger,

Benar, tempat kerja yang selesa adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada produktiviti pekerja. Tetapi ia bukanlah faktor mutlak dan utama. Ia sekadar satu helah untuk menyalahkan orang lain di atas kelemahan diri sendiri.

We are what we think, Datuk. If we think that today is boring then the day will be a boring day for us. But if we take an effort to make our day cheerful and fruitful, it will be cheerful and fruitful.

Kita malas sebab kita tidak mahu menjadi rajin. Period.