Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Saya memang bercadang untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca dan rakan-rakan blogger. Mungkin esok atau lusa. Oleh kerana saya sudah mendapat ucapan pertama di alam siber daripada SYANA, rakan siber... saya mulakan hari ini. Terima kasih dan ucapan yang sama kepada Syana dan suami, yang baru berpindah ke rumah baru (itupun baca dalam blog beliau). Ada buat rumah terbuka ke? Semoga bahagia sepanjang hayat.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan kenalan Dunia Tiger, tidak kira bangsa dan agama (termasuk pengkritik budiman). Tidak kira di Malaysia, Amerika, Russia, India, Saudi Arabia, Indonesia, London atau Paris. Harapan saya ialah bersama-samalah kita merayakan hari yang bahagia ini.

Bagi rakyat negara ini marilah kita bergembira merayakan kehidupan harmoni di negara tanah tumpah kita, MALAYSIA. Bersama-samalah kita menjaga negara ini kerana inilah tempat kita tinggal dan berlindung. Terima kasih kepada semua anggota Pasukan Keselamatan. Bersatu kita teguh, berpecah kita roboh.

Ucapan Selamat Hari Raya pertama di alam siber daripada SyAnA.

Aslmkm DuniaTiger :o)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wherever you're heading for raya, have a safe journey :o)

Take care :o)

(Renungan Rimau: Bawa kereta itu elok-elok. Kalau mengantuk segeralah tidur. Jangan tidur ketika memandu kerana boleh terhantuk).

6 comments:

Pi Bani said...

Selamat menyambut hari raya aidil fitri! Saya memang tinggal di kampung jadi tak perlu risau nak memandu balik...

Fauziah Ismail said...

Salam Tiger
The newspapers carry articles on request for organ donation by the sick and ailing. Unfortunately it stops there.
What we need is for the authorities concerned to undertake a continuous awareness programme on organ donation.
The lack of information (whether or not we can do it from the religious and cultural standpoint) is one of the cause why people have not become organ donors.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pi Bani,

Selamat Hari Raya dan Memohon maaf sekiranya ada tersalah kata.

Orang duduk di kampung memang selalunya beruntung.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fauziah,

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga.

Syaliza Abdul Rahman said...

DuniaTiger :o)

Thank you, I'm honoured that you mentioned my nick in your entry :o)

Renungan Rimau juga dihargai. Hubby tgh tido skrg ni sebab jap lagi nak bertolak balik. InsyaAllah kami berhati2 di jalanraya.

Thank you :o)

A Voice said...

Ramadhan memberi kesedaran
Syawal itu kejayaan.
Tahniah, itu ucapan perayaan.
Perjuangan ramadhan tiada akhiran.

Selamat hari raya to all. Maaf zahir batin.