Tuesday, October 9, 2007

USAH BERPURA-PURA UNTUK BERJAYA

Saya pernah menulis artikel sebelum ini mengenai kedudukan PAS dan DAP yang boleh diibaratkan sebagai "tidur bantal yang sama, tetapi mimpi lain-lain". Saya juga pernah menulis bahawa pemimpin DAP, Karpal Singh bermati-matian tidak membenarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan menyatakan "langkah mayatnya dulu" jika PAS ingin berbuat demikian. PAS, yang pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini, perlu menunggu Karpal Singh "jalan dulu" sebelum berhasrat untuk menubuhkan Negara Islam. Jika tidak, DAP tidak akan menyokong calon-calon PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Saya juga pernah menulis mengenai DAP yang sentiasa ingin berlagak seperti jaguh apabila memperkatakan isu mengenai kaum Cina. Umpamanya, dalam isu babi di Melaka, walaupun MCA berusaha berbincang dengan Kerajaan Negeri mengenai perkara itu, DAP sentiasa ingin berlagak sebagai jaguh seolah-olah mempertahankan nasib penternak. Begitu juga kes pelajar yang tidak menghormati NEGARAKU. DAP sejak dari dulu ingin mengambarkan parti itu seolah-olah membela nasib kaum Cina, sedangkan umum mengetahui mereka memilih-milih "subjek" dan "isu" yang menguntungkan mereka. Mereka juga suka memainkan sesuatu isu seperti babi dan yang membabitkan kaum Cina. Setiap kali artikel yang ditulis menyentuh DAP, maka secepat kilat cybertroppers mereka mengkritik saya termasuk menyatakan saya mengampu kerajaan dan berfikiran sempit. Mereka sebenarnya enggan mengaku kebenaran.

Oleh itu, tidak salahlah jika PAS melahirkan kebimbangan mengenai sikap dan perangai DAP ini seperti yang disiarkan dalam Malaysiakini. Inilah gambaran sebenar parti berkenaan. Mereka bercita-cita untuk mendapat lebih banyak kerusi kali ini terutama dengan memainkan sentimen rasa tidak puas hati orang Cina terhadap kerajaan. Jika mereka menang, ini menunjukkan mereka berjaya memainkan sentimen berkenaan.

Berita dalam Malaysiakini.

PAS bimbang dengan kecenderungan DAP yang mula menunjukkan elemen-elemen perkauman dalam perjuangan parti itu, terutama sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, DAP berbuat demikian kerana mahu menarik pengundi kaum Cina dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, sebelum ini DAP tidak kelihatan mengamalkan politik perkauman tetapi sejak akhir-akhir ini, parti itu mula lantang berjuang untuk kaum tertentu sahaja.

"Parti yang bersifat perkauman tidak baik kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia dan juga tidak elok kepada demokrasi negara.

"Kami tidak gembira dengan kecenderungan yang mula ditunjukkan oleh DAP itu kerana ia seolah-olah meniru apa yang dilakukan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Walaupun kami tidak mempunyai hubungan langsung dengan DAP tetapi sebagai parti pembangkang, perkembangan yang berlaku dalam DAP itu tidak elok kepada kami," katanya dalam majlis berbuka puasa bersama wartawan di ibu negara semalam.

Politik berkauman

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli dan Penyelidik PAS, Dr Zulkifli Ahmad. Kira-kira 20 wartawan tempatan hadir.

Sebaliknya kata Mustafa, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengamalkan politik perkauman kerana ia langsung tidak sesuai dengan rakyat negara ini.

Katanya, politik perkauman hanya diamalkan oleh Umno dan beberapa parti komponen BN kerana mereka menggunakan isu kaum untuk kepentingan parti mereka sahaja.

"Sebab itu dalam perhimpunan parti mereka, masing-masing mahu menonjolkan diri supaya kelihatan parti mereka yang paling layak mewakili kaum mereka," katanya.

PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam pilihanraya umum 1999 apabila mereka membentuk Barisan Alternatif (BA) tetapi DAP kemudiannya keluar dari BA kerana tidak sehaluan dengan konsep negara Islam yang diperjuangan PAS.

Bagaimanapun, mereka terus bekerjasama dalam beberapa isu terutama yang membabitkan kepentingan rakyat seperti isu kenaikan harga minyak dan keganasan polis.


(Renungan Rimau : Lebih baik sesuatu parti itu secara terbuka memperjuangkan sesuatu bangsa atau kaum daripada berpura-pura seolah-olah memperjuangkan semua bangsa tetapi dalam hati hanya memperjuangkan sesuatu bangsa saja)

2 comments:

sYaNa said...

Aslmkm DuniaTiger :o)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wherever you're heading for raya, have a safe journey :o)

Take care :o)

Lau Weng San said...

adalah amat tidak benar untuk berkata dap berjuang untuk satu kaum sahaja.

dap pernah cuba menarik golongan melayu untuk menyertai parti tetapi orang melayu tidak berminat.

it's a tale of chicken and egg, and it is something very disturbing the mind of all malaysians who wish to see a strong opposition which can take over the government from bn and make malaysia a better place for everybody, muslim and non muslim, malays and non malays!