Saturday, January 19, 2008

PASTIKAN ORANGNYA BETUL....

Bersembang dengan kawan sebentar tadi dan antara perkara yang menarik yang dibincangkan ialah tindakan seorang isteri pemimpin politik yang "tersalah" memberi arahan kepada "orang suruhannya" mengenai sesuatu perkara.

Yang menarik ialah penerima panggilan itu menjadi binggung kerana arahan itu tidak ada kena mengena dengan tugasnya sama ada dalam syarikat atau dalam politik. Tetapi kerana isteri pemimpin politik itu bercakap seolah-olah beliaulah jenderal dan penerima panggilan adalah seorang prebet yang perlu mendengar tanpa banyak soal, beliau tidak dapat menjelaskan keadaan sebenarnya sehinggalah tamat perbualan mereka.

Akibatnya, banyaklah rahsia terbongkar. Isteri pemimpin politik itu pula tidak menyedari bahawa orang di sebelah sana itu bukan "orang sebenar" yang perlu melaksanakan tugas yang diberikan itu. Mungkin terlampau yakin dan isteri pemimpin politik itu merasakan "besar" untuk sesiapa mempersoalkannya, maka keluarlah arahan seperti tembakan roket daripada pesawat pejuang. Atau peluru yang keluar daripada muncung M16. Laju dan boleh mendatangkan maut.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika memberi arahan agar maklumat rahsia tidak jatuh ke tangan "musuh" kita.

Amat malang sekali terutama jika ia membabitkan hal peribadi.

2 comments:

Anonymous said...

itulah orang tua-tua dah lama berpesan, cakap siang pandang2 cakap malam dengar2. btw, siapa isteri pemimpin tu datuk?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Memang dia tidak memandang, hanya bercakap dan tidakpun mahu mendengar.

Orang Selatan.