Tuesday, April 7, 2009

BN MENANG BATANG AI

Keputusan PRK Batang Ai - BN Menang

BN 3,907
PKR 2,053
Majoriti 1,854

19 comments:

Anonymous said...

Datuk,

Dua Bukit kalah. kalau main bola keputusan 1-2 kalah jawabnya.
Sejarah bagi Semananjung Malaysia 4 pilihanraya kecil, BN kalah kesemuanya. RTM kena ubah approach dalam buat liputan. Rakyat kini celik komputer dapat banyak sumber berita melalui media alternatif. rakyat mahu kebenaran bukan propaganda dan spin news.

Ahli UMNO 1969
We know the result of the by-elections by for both bukits 8 pm and Batang Ai by 5 pm.

Siti Nurlina binti Kamaruzaman said...

Amboi.

Batang Ai yg pengundi sikit tu dia lapor,

Tapi Bkt Gantang dgn Bkt Selambau, tak lapor ke?

KAH KAH KAH!!!

BN kalah teruk ni, kat dua-dua bukit ni, lepas ada Perdana Menteri baru ni

Kah KAH kah kah KAH!!

UMNO mana boleh menang lagi, brader? Bkt Gantang sejak zaman Merdeka kubu kuat UMNO. Dengan Perdana Menteri baru Najib lagi teruk kalah di situ!

Najib turun padang
Muhyiddin turun padang
'Pop star' Mahathir pun turun padang

Apa jadi?

KALAU DI KEDAH DAN PERAK KEPADA PAKATAN DENGAN MAJORITI YANG LAGI BESAR!

Tu lah... rakyat dah meluat dgn Najib dgn UMNO.

Berani tak buat pilihanraya kat Perak?

Ada telur?

numero_uno said...

Pa ni tak update...citsss..dasar blog penipu.
Malu la sikit hang dapat sebatang ja kami dapat gak 2 bukit..kekeke

Anonymous said...

Walaupun 2 bukit tak mampu didaki namun tahniah BN kerana memenangi batang i!! :)
-non-partisan-

burungjantan said...

BN menang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, yang sebenarnya, bukan kalah. Salah kalau kata BN kalah di dua tempat itu.

BN mungkin kalah kalau Tun Dr Mahathir tidak campur ikut berkempen dan BN meletakkan calon dari UMNO untuk Bukit Selambau.

Ibarat kata menang sorak kampong tergadai. Memang juga. Inilah dosa kering yang dikatakan oleh Timbalan President UMNO yang baru.

Apa lagi dosa kering itu? Jawabnya melepaskan dua pemimpin pertubuhan haram Hindraf.

Lihatlah kalau masih lakukan juga benda-benda begini. Maka bungkuslah Umno

Anonymous said...

Kemarahan orang-orang muda kepada BN/UMNO masih belum reda. Mereka 'menghasut' ibu bapa mereka supaya jangan undi BN tak kira pilihanraya umum atau kecil. Apa yang saya rasa orang-orang muda ini kehendaki ialah:
- jangan memperbodohkan mereka
- jangan putar belit
- jangan menganiaya orang
- jangan berlagak elit
- jangan mengaku buat tapi tak buat
itu sahaja.

Ridzuand

j4justice4all said...

bro, napa batang ai je. mana pergi bukit gantang ngan bukit selambau. takkan encik ibrahim tiger minat batang je, tak minat 2 bukit ke?

Anonymous said...

Cerita la jugak pasal Bukit Gantang dan Bukit Selambau ...

Apalah Datuk ni ... tak insaf lagi ker?

Nanti saya nak bincangkan pasal peranan Media seperti Tv3 dan Utusan yg secara tak langsung telah menyebabkan kekalahan BN di dua Bukit tersebut!!

Anonymous said...

aik itu je? keputusan lain camne? :p

Sharifah said...

Eh kenapa senyap jer blog ni?

Dah terberak ke sebab UMNO kalah?

Suara Perindu said...

Datuk,

Boleh letak link kat gambar muzik aktif tu. Bila pelayar klik, ia akan bawa ke TV muzik aktif. Lihat blog saya.

Z-MAY said...

dalam situasi yang kurang menyenangkan kini, RTM kenalah mainkan peranan dgn lebih berkesan memikat hati rakyat menyokong kerajaan. berhibur berhibur juga...

sokong luahan/kenyataan datuk:

"MENTALITI PENONTON UNTUK MEMILIH RTM SEBAGAI STESEN PILIHAN HANYA AKAN DAPAT DIKECAPI APABILA MENTALITI ORANG DALAM DIUBAH TERLEBIH DAHULU"

Apa pendapat orang dalam pula?

1. setuju dan mahu berubah?

2. orang macam datuklah yg sepatutnya sudah lama ada dalam RTM?

3. menyampah dgn kenyataan sebegitu?

4. tergelak kecil dan dalam hati menyindir dgn sinis?

5. kenyataan itu sedikit pun tidak merninggalkan kesan dan ia bagaikan angin lalu?

Anonymous said...

Dua bukit dah hancus...masih berfikir macamana nak spin berita?...Oh!
Spin jangan tak spin
Spin laju laju
Spin lagi
lagi..

Walk D Talk 09 said...

Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.

Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.

Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.

Apa yang saya maksukan adalah :

1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.

2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.

3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .

4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.

5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.

6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.

7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.

8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.

9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tuh jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .

10.Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.

Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO. Assalamualaikum.

daripada :
Mawarku Berduri.

http://www.walkdtalk09.blogspot.com

Awang Maya said...

Awang rasa jengkel bila mendapat berita bahawa parti MCA meminta bilangan peruntukan menteri dan timbalan menteri sedia ada untuk parti tersebut perlu dikekalkan tatkala DS Najib sedang merangka untuk mengecilkan saiz struktur kementerian sedia ada. Malah lebih memualkan kerana ada ura-ura parti tersebut cuba momohon diperuntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Komen pertama Awang ialah - BANYAK CANTIK? ......baca seterusnya di http://awangmaya.blogspot.com/

EQUILIBRIUM said...

ceh kalau begini le mentaliti org yg jaga rtm buat posting dlm blog personal...sampai ke sudah le rtm dok cam gitu juga hee hee hee

mungkin rtm perlu rebranding sbg rtum hee hee hee

terubuk jantan said...

salam tok,
biasalah hero kalah dulu....

Anonymous said...

Terlambat sket ...

takpelah nak tulis gak ...

Kalo kita tengok Tv3 seminggu sebelum PRK, setiap hari hampir setengah jam asyik dok promote calon BN ... siap buat pungutan suara masyarakat tempatan la konon diorang sokong BN ... last2 jatuh terduduk Datuk!

Saya tak tau la kalo RTM pun buat mende yg sama sebab saya tak tengok berita RTM ...

Cadangan saya kepada RTM, cuba buat style Astro Awani ... buat secara analisis dan perbincangan ... barulah orang puas hati!

Tapi buat perbicangan pun janganlah bias ... cuba tgk macamana shuhaimi sulaiman astro awani tu handle perbincangan ... dia tak bias dan org suka tengok ...

Datuk pun saya tak cadangkan jadi pengerusi utk rancangan macam tu sebab Datuk bias!

Lagi satu, debat yg pernah diadakan dulu patut diadakan semula ... mungkin org akan kata ini satu promosi kepada pembangkang.

tapi tgk keadaan jugaklah. Dah tu Shaberry Chik tak pandai nak patahkan hujah Anwar Ibrahim, ditambah plak soalan tak pandai dari Prof Nordin Kardi, dapat lah DSAI promosi besar2an ...

Cuba tgk macamana pulak Koh Tsu Koon dapat mematahkan hujah Lim GUan ENg ...

Apa2 lah ... malas nak tulis panjang bukan amik pedulik pun ...

MEdia Arus Perdana ... teruskanlah amalan lapok korang tu. Makin melingkuplah BN disebabkan korang!!

Anonymous said...

Pengundi PR di bukit gantang dan bukit selambau telinga mereka dah pekak, mata dah kabur sebab itu lah tak dapat membeza apa-apa......