Monday, April 27, 2009

HARAPAN TINGGI TERHADAP RAIS

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN
(Utusan Malaysia)

KEMBALINYA Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ke Kementerian Penerangan dan penyusunan semula tiga kementerian di bawah Rais memperlihatkan anjakan dalam barisan Kabinet baru.
Kementerian Penerangan; Kementerian Kebudayaan, Perpaduan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada akhir 90-an dianggap sebagai pencetus dasar "langit terbuka Malaysia". Ia menjadikan Akta Penyiaran (Pindaan 1997) sudah tidak relevan. Akta itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan untuk mengawal selia stesen penyiaran kerajaan dan juga swasta.

Disebabkan Akta Penyiaran tidak relevan dengan dasar langit terbuka, maka pada 1999 diwujudkan Akta Komunikasi dan Multimedia dan penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Ini membuatkan kawal selia di bidang penyiaran berpindah dari Kementerian Penerangan kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Cabaran utama penyiaran negara ini adalah untuk memastikan isi kandungan berpaksikan kepada tatasusila budaya setempat.

Tetapi dasar langit terbuka pula difahami sebagai suatu yang menuntut keterbukaan seluas-luasnya tanpa sempadan. Maka banyak larangan dalam Akta Penyiaran sudah tiada dalam Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kelonggaran dan SKMM mengakibatkan ada stesen penyiaran yang sudah terpesong jauh dan menjadi pemangkin kepada penularan budaya songsang dari luar. Semua ini tidak menjadi suatu yang sensitif dalam Akta Komunikasi dan Multimedia. Apa lagi ia terpisah dengan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal-hal kebudayaan dan kesusilaan.

Kerana itu apabila kerajaan menyusun semula Kementerian Penerangan yang di dalamnya ada kebudayaan dan juga hal ehwal komunikasi, ia diharap memperlihatkan keterbukaan yang ada batasan. Banyak perkara yang ada dalam Akta Penyiaran dulu perlu diberi perhatian oleh kementerian baru ini. Antaranya isi kandungan di stesen penyiaran tempatan.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pemilihan Dr Rais menerajui kementerian itu tepat kerana beliau memahami soal budaya dan prihatin mengenainya.

"Saya berharap kementerian ini akan memberi penekanan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam bidang penyiaran dan komunikasi," tegas beliau. Menurutnya, kementerian baru itu harus memberi penekanan untuk memahamkan rakyat mengenai Perlembagaan Malaysia terutama Akta 152 yang menyentuh tentang kedudukan bahasa Melayu.

Selama ini bahasa Melayu terpinggir dan diletakkan pada kedudukan yang tidak sewajarnya. Menggunakan bahasa Melayu bukanlah bererti sudah memartabatkan bahasa Melayu kalau tidak dengan susun kata dan nahu yang betul.

Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, ini bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa rasmi rakyat Malaysia. Tidak ada pihak lain yang lebih berpengaruh daripada media elektronik. Kalau media elektronik dimanfaatkan untuk memacu jurus pemikiran rakyat ke arah pembangunan minda, hasilnya lebih ketara.

Menggabungkan bidang penyiaran, komunikasi dan kebudayaan di bawah satu kementerian adalah langkah pragmatik untuk mengatasi kerenah birokrasi. Ini kerana ketiga-tiga bidang ini berhubung kait antara satu dengan lain. Malah penyusunan semula ini juga akan mengangkat kedudukan Kementerian Penerangan yang telah diambil bidang kuasanya selepas kewujudan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini ada pihak mempersoalkan Kementerian Penerangan apabila ada stesen televisyen swasta yang sewenang-wenang melanggar adab dan etika budaya dalam isi kandungannya. Tetapi hakikatnya itu di luar bidang kuasa kementerian itu. Kandungan di stesen televisyen sekarang begitu kacau-bilau dan pengaruh budaya luar sangat ketara. Sama ada radio atau televisyen, kedua-duanya semakin hilang adab. Tetapi semua ini dianggap sebagai "pembaharuan" yang mesti diterima di bawah dasar langit terbuka.

Walaupun kita menjengah langit terbuka tetapi stesen-stesen penyiaran tempatan perlu memahami tanggungjawab sosial selain tuntutan perniagaan. Persaingan dalam bidang penyiaran dengan kewujudan lebih banyak stesen penyiaran belum memberikan yang terbaik kepada masyarakat. Malah jauh lebih buruk daripada segi nilai berbanding isi kandungan RTM ketika belum wujud stesen swasta.

Jangan terkejut atau pura-pura terkejut kalau dikatakan ada stesen penyiaran negara ini menjadi pemangkin yang merosakkan bahasa Melayu. Malah membawa gaya hidup hedonisme dalam isi kandungan penyiaran. Semua ini berlaku dengan bebas tanpa sebarang sekatan selepas Kementerian Penerangan tidak mempunyai kuasa ke atas stesen penyiaran swasta.

Ada stesen penyiaran yang dengan sengaja memaparkan campur aduk bahasa Melayu dengan Inggeris dan menjadi satu prasyarat untuk membolehkan sesebuah program diterima oleh stesen berkenaan. Malah Dr Rais diharap akan memulihkan kembali kedua-dua saluran televisyen RTM supaya berada pada landasan yang sewajarnya. RTM perlu menjadi agen pembudayaan dan bukan agen propaganda murahan.

Dengan tercetusnya fenomena baru bidang komunikasi iaitu kewujudan jutaan blog yang digerakkan oleh blogger, Rais diharap dapat memanfaatkan ruang undang-undang yang ada untuk mendisiplinkan sesetengah blogger. Tindakan undang-undang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ke atas individu yang menyebarkan berita palsu dan juga fitnah. Biarlah kalau ada pihak yang menganggap penguatkuasaan undang-undang komunikasi sebagai mengekang kebebasan media. Kalau mereka sedar, kewujudan Internet di negara ini adalah satu tanda kebebasan media.

Dengan kecanggihan teknologi komunikasi, penyebar fitnah atau berita palsu boleh dikesan dalam sekelip mata. Tetapi malangnya sebelum ini peruntukkan undang-undang yang ada dijadikan perhiasan. Undang-undang komunikasi tidak digunakan semaksimum mungkin untuk memberi keadilan kepada mangsa yang difitnah.

Undang-undang adalah perlu untuk mendidik rakyat bertanggungjawab di atas sesuatu yang dilakukan. Rakyat wajar membezakan antara pandangan yang kritikal dengan fitnah. Dan kita memerlukan pandangan kritikal bukan fitnah.

Maka harapan yang tinggi diletakkan ke bahu Rais yang sebelum ini memimpin Kementerian Kebudayaan, Perpaduan, Kesenian dan Warisan dengan jayanya. Pemilihan tokoh yang memahami dan prihatin kepada soal budaya dan adab susila seperti Dr Rais di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dijangka mengubah kesongsangan yang ada. (Penulis ialah Penolong Pengarang )

14 comments:

Anonymous said...

Datuk , YB Menteri harus membantu,

Tenaga kerja di Media Prima perlu keadilan

Tajuk di atas mungkin timbul rasa terkejut dan tidak percaya.

Tetapi realiti nya ialah majoriti tenaga kerja yang terdiri dari bumiputra/melayu memerlukan pembelaan dari tindakan rakus dan kejam pihak sumber manusia kumpulan tersebut.

Kakitangan TV swasta ini rata2 tidak dapat menyalurkan kekecewaan mereka kerana takut akan dibuang kerja.

Buktinya

• Hampir 400 tenaga kerja adalah pekerja kontrak
• Hampir 400 tenaga kerja ini telah berkhidmat selama 3-4 tahun
• Hampir 400 tenaga kerja ini tiada potongan KWSP
• Hampir 400 tenaga kerja ini tiada potongan PERKESO
• Hampir 400 tenaga kerja ini tiada kemudahan overtime walaupun terpaksa kerja lebih masa
• Hampir 400 tenaga kerja ini tidak layak menerima kemudahan asas perubatan
• 99% dari mereka adalah kaum Melayu

& media prima adalah milik Umno/Melayu ? bayangkan…

Sebaliknya

• Berjuta2 ringgit dilabur di Manila – projek di katakan tak membawa keuntungan
• Mambawa masuk kawan2 dari ajensi pengiklanan bekerja dengan gaji lumayan tapi tiada faedah bagi syarikat
• Membawa masuk tenaga kerja [kawan2] dari luar Negara – membayar gaji dan perk yang lumayan – pun sama juga – tak lah sehebat yang dijangka
• Memaksa tenaga mahir tempatan yang tak sebulu mengambil VSS dan digantikan dengan kuncu2 sehaluan
• Masih meneruskan projek2 glamor walaupun katanya dah tenat ?

Semoga pihak stake holder dapat menyiasat dan melakukan sesuatu yang baik


Sekian , a’kum

Jiwa 1Malaysia

25hb April 2009

sumandak bayu said...

Salam tok tiger,

Sumandak antara generasi muda yang cukup mengkagumi cara kepimpinan Datuk Seri Rais yang kini telah diberi amanah menjaga Kementerian Penerangan...

Bukan bermakna Sumandak mentidakkan kepimpinan menteri penerangan sebelum ini.... tetapi yang jelas pelantikan RAIS tepat pada masanya...

Sebagaimana yang tok tiger kata beliau cukup sinonim dengan budaya kita dan cukup mengenali kementerian ini. diharap beliau dapat meningkatkan lagi mutu kerja kakitangan di bawah kementerian ini....

Satu aje yang Sumandak harapkan agar kementerian ini dapat mengubal satu akta untuk mengawal penulisan dalam blog yang lebih mirip seperti kewartawanan iaitu bertanggungjawab dengan ape yang dihasilkan dalam bentuk penulisan...

Acuankita said...

Dah lama saya impikan televisyen merealisasikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dan tidak lagi sering tersasar dari landasan budaya bangsa kita seperti digariskan dalam DKK.

Bukan lagi televisyen ala negara asing seperti ala Hong Kong, Amerika atau India. Terutama bahasa kebangsaan di televisyen perlu diperkasakan.

Dan perlu terjemahkan semua siaran asing ke dalam bahasa kebangsaan, seperti Thailang lakukan misalnya.

aimdaim said...

DIY,

Saya menyokong sepenuhnya DSURY untuk menegakkan kedaulatan bahasa MELAYU yang secara langsungnya akan menampakkan adab2 bangsa MELAYU yang sudah mula lupa asal Tanah MELAYU.

Kalau di perhatikan di penghujung siaran sebuah stesen swasta pada penghujung siaran beritanya pada 27/4 menggunakan perkataan 'tiada pemandu yang mengalami cedera serious' amatlah memalukan bahasa MELAYU yang diterbitkan oleh penerbit MELAYU.

fikir-fikirlah

aimdaim said...

DIY,

Kesian pulak melihat bangsa MELAYU ditindas oleh syarikat MELAYU. Tolong-tolonglah MELAYU kerana mereka sudah MERAYU.

fikir-fikirlah

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Membenarkan artis lelaki berantai, berambut panjang dengan seluar sendat memanglah fenomena kebebasan tiada tara dalam seni persembahan. Namun elokkah begitu jika sebelum ini RTM tegas mengharamkan penampilan sedemikian rupa.

Mengapa isu pertalian cinta sesama peserta Realiti TV dijadikan cerita sedangkan bukan ini matlamat kelas pembelajaran dibuka.

Mengapa dibiarkan media cetak melaporkan sensasi artis hamil serta melahirkan anak sedangkan dia belum pun berkahwin.Apakah kita lupa dek kerana terlalu memuja atau kita sudah pun tenggelam dalam dunia glamor?

Sayang, industri penyiaran baru nak membesar tetapi karatnya teramat sangat. Datuk Menteri rasanya ok, tetapi pegawai melaksana tolonglah berpijak di bumi nyata.

Jalankan tanggungjawab anda sewajarnya. Janganlah leka hanya kerana banyaknya lubuk emas yang mahu ditimba.

PARPUKARI said...

SALAM DATO, APA KHABOR? DATO KENAPA BLOG SAYA TAKDE DALAM LISTING DATO?

SEDIH LA SAYA MACAM NI!

Anonymous said...

Datuk,
bagi membentuk pembinaan bangsa yang meluas, kandungan tv sahaja tidak mencukupi jika hanya dipantau. Keseluruhan hiburan tanah air termasuk tayangan di panggung wayang wajar dilihat dengan serius. Dimana letaknya pendirian kita dalam membentuk budi bangsa jika siaran wayang masih dimomokkan dengan cerita tahyul?? Bila kelonggaran diberi, maka berleluasalah sebaran genre cerita sebegini. mana mungkin penerbit mahu sedikit laba apabila cerita sebegini mendapat sambutan? fikir-fikirkanlah keriana golongan muda belia yang perlu dibentuk keluhuran budi yang paling ramai ke panggung wayang untuk dapatkan hiburan minda, hati?? kosong sahaja...

-anakanda teropong

Anonymous said...

Datuk / DSU,

Jika benarlah seperti yg Jiwa 1 Malaysia khabarkan mengenai Media Prima, AB/Piecemeal di RTM wajar merenung semula diri apabila bayaran mereka sering lewat (mungkin pihak pengurusan ada justifikasi tertentu)setidak-tidaknya RTM tidak pernah berhutang dan mendera jiwa pekerja seperti yang dikhabarkan oleh pihak sana..apa-apa pun syukur atas apa yang dikurniakan... ;)


-sentiasa lihat org bawah

Anonymous said...

Begitulah nasbib Melayu. Company Melayu tapi jadi hambat. Dah lama berlaku, tapi siapa yang berani!

sirodamosa said...

Sesungguhnya saya amat-amat bersetuju dengan pandangan Ku Seman yang memang membina. ADa ketikanya saya sendiri lupa bahawa kita ada siaran RTM, juga kadang-kadang lupa tentang bahasa kita yang memang hebat. Kerana, kita selalu tidak dipedulikan. Banyak buktinya, tak perlu disebut satu persatu. Cuma saya mengajak anda melihat ruangan budaya di media... berapa akhbar atau majalah yang menjadikan ia satu `kemestian'? Semakin lama semakin jauh, semakin dipinggirkan dan akan mati. Siapa yang sanggup memperjuangkannya? Pak Samad sudah letih dan berbahang. Pak Samad satu lagi sudah tiada... siapa lagi yang akan jadi seperti dua Sama dini lagi? Barangkali Datuk Seri Rais orangnya yang mampu mengembalikannya. Beliau dikenali sebagai orang yang kuat bekerja dan ramai yang `tak tahan' dengan kekuatan itu. Kita sama-sama bantu beliau kerana di jiwa beliau memang sayangkan apa yang dinamakan Melayu! - sirodamosa

MusangTembaga said...

Salam bro,

Tepat dan wajar Dr Rais handle ministry tersebut..Setakat ini tak ramai minister yang mampu mematahkan fitnah jahat pembangkang dengan penuh fact..Therefore Dr Rais mesti turun ke bawah dan explain kpd seluruh rakyat Umno/BN supaya depa faham kepada fakta yg tepat..Dan juga lebih elok jika Dr Rais jadi Ketua Penerangan UMNO...Perfect...

ku_seman said...

Datuk Tiger,
Terima kasih tolong panjangkan langkah rencana saya. Kalau ada masa lawatlah laman saya : kayangdailypost.blogspot.com

Orgkpgdoha said...

Salam DSURY..

Luahan hati "Anonymous" ini harus diambil perhatian serius...
"Datuk , YB Menteri harus membantu,
Tenaga kerja di Media Prima perlu keadilan"

Nmpaknya pihak media prima pun ada pilih bulu atau deskriminasi terhadap kaum sendri. Mungkin MP tak percaya atau kurang yakin kepada bakat tempatan atau nak glamour 'employed org putih'.

Orgkpgdoha dukkerja dgn org putih, depa pun tak teror mcm mana pun..Kita pulak yang ajak depa...Org putih ni boleh harap ckp inggeris jer.

Tolong Siasat-siasat laa Pak menteri oiii....

" Kesian org melayu pandai ckp Org Putih pun tak ada harapan kerjaya atas bumi sendiri...Ingat-ingat la org melayu...