Monday, April 20, 2009

GUNAKAN ROTAN APABILA PERLU

Lobak dan rotan. Jika hendak memastikan sesuatu perkara itu diikuti atau dipatuhi, adakalanya kita perlu menggunakan lobak. Memberi muka atau insentif tertentu. Ada masanya pula kita menggunakan rotan. Menggunakan kuasa atau menguatkuasakan undang-undang.

Pemilihan kaedah ini bergantung kepada keadaan. Jika keadaan tidak berkecamuk, mungkin kaedah menggunakan lobak amat sesuai. Zaman selesa dan tiada masalah. Ketika keadaan tidak menentu atau ada pihak degil untuk mengikut kata, mungkin sesuai untuk menggunakan rotan.

Umpamanya dalam bidang komunikasi membabitkan stesen penyiaran, usaha bersepadu perlu ada untuk menjayakan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Satu Malaysia adalah satu konsep dan amalan. Ia perlu dihayati oleh rakyat semua peringkat.

Untuk itu siapa yang bertanggungjawab? Sudah tentu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang perlu memantau kandungan stesen penyiaran agar sentiasa membantu menjayakan Satu Malaysia atau program kerajaan lain seperti Kempen Budi Bahasa.

Fungsi Bahagian Pemantauan SKMM perlu disemarakkan. Ia perlu diperkukuhkan agar semangat dan keberkesanan penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) diserlahkan sebagai perundangan yang perlu dipatuhi oleh pengamal media.

Bahagian Pemantauan SKMM perlu mengawal selia dan menguatkuasakan semua peraturan yang terkandung dalam Kod Kandungan AKM98 terhadap semua stesen penyiaran agar mereka sentiasa berhati-hati dalam menyiarkan semua rancangan TV. Tiada kompromi terhadap perkara-perkara dasar ini apatah lagi apabila menceritakan usaha membina negara bangsa.

Mungkin ada keperluan Kod Kandungan AKM98 disemak semula. Sebarang kelemahahan boleh dibaiki agar stesen penyiaran sedar "satu hari nanti'' mereka yang nakal akan dirotan.

Kod kandungan mestilah berupaya menjadi kod etika yang lengkap bagi mengawasi program tempatan dan luar Negara.

Kod Kandungan hendaklah berupaya menjadi satu garis panduan dan tatacara yang unggul dalam menentukan kandungan yang dipersembahkan kepada penonton oleh penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi dan multimedia Malaysia bermutu tinggi dan menepati norma atau nilai tempatan yang menjadi tunggak pembentukan Negara Bangsa.

Satu Malaysia - konsep dan amalannya perlu dijayakan oleh semua pihak.

6 comments:

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Naik loya melihat persembahan kumpulan Kristal bersama artis Pop Yeh Yeh dalam program Abnugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Dengan rambut panjangnya, rantainya, seluar 'skinny'nya, gelagat naik 'tak ingat'nya; terkinja-kinja macam kera.

Budak budak AF pun dua tiga yang pakai rantai.Terang-terangan tanpa silu lagi puak artis berpelukan kononnya itu perkara biasa; bukannya menjejas ekonomi negara. Janganlah bila tak dipantau atau penguatkuasaan kendur, stesen TV swasta ni boleh berdondang sayang apa sahaja. Janganlah mentaliti 'mat despatch'didokongi.

Kod Kandungan AKM 98 hanya jadi momokan jika Kementerian tidak bertegas dalam memastikan nilai ketimuran serta batas agama dipertahankan.

Harap RTM tidak hilang sasaran hanya kerana mahu memenangi segelintir audiens remaja yang kononnya terbuka perangai serta minda.

Nak tranformasi pun bukan gitu caranya.

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

Ingatkan siapa yang mau kenak rutan tadi? he he..mudah2an juga konsep Satu Malaysia kan menjulang smula Malaysia ke arah penyatupaduan yg sebenar bukan lagi berpecah dan berbelah bagi kununnya atas nama rakyat. sekian

Kusyi Hirdan said...

Bos,

Apa kabo?

Tak mahu jenguk saya menyain buku di Pesta Buku?

Salam ingatan
Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com

terubuk jantan said...

saya ada menulis tok.SELEPAS SETAHUN MELAYARI BLOG SAYA BELAJAR MENULIS.

aimdaim said...

DIY,

apa lagi ditunggu......
ROTAN je lah.....

DIMENSIKINI said...

salam,
minta Menteri pantau drama2 yg disiarkan di RTM, supaya yang benar2 berkualiti. jgn biarkan RTM dijadikan lubuk sampah yg berharga oleh penerbit2 yg tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri...