Saturday, April 25, 2009

SELANGOR LAWAN KELANTAN

Malam ini kemuncak Piala FA antara Selangor dan Kelantan.

Pasukan mana pilihan anda dan rasional pemilihan itu.

Saya rasa pasukan Selangor akan menjadi juara dengan kemenangan 3-2.

RTM akan menyiarkan siaran langsung mulai jam 9 malam di TV1.

Selamat memberi pandangan.

Selamat menonton RTM.

Program sukan terbaik hanyalah di RTM.

8 comments:

R@duan said...

Malam ini saya memilih untuk menyokong Kelantan. 3-1. Walau diakui Selangor memang hebat. Sebabnya ialah selain memiliki Indra, Khalid, Jurulatih Inggeris yang fasih BM, mereka juga mempunyai barisan pemain muda yang baru meningkat. Corak permainan pantas dan keras perlu untuk dapatkan kemenangan. Jika hendak lihat pasukan yang meningkat mutu permainan musim ini, Kelantan adalah rujukan yang tepat. Akhirnya siapa pun yang menang atau kalah, kita terima dengan hati terbuka, bukan hati terbuku.

greenboc said...

steady tuan pengarah.

Anonymous said...

salam Dato
Saya berpeluang menyaksikan wisel penamat malam ni dan beberapa pemerhatian saya:

a. Tolonglah gantikan kerusi karaoke di program ini. Kerusi ini tidak sesuai dari segi reka bentuk dan warna. Dah lah warna latarbelakang program merah yang menarik, tak kan kerusi merah, buat program semakin gelap. Bentuk kerusi ini tidak kena, cuba lihat gaya badan Harmi tazim dan Rizal Hashim yang tidak selesa duduk di situ.

b. Saya sokong program sukan ini tapi waktunya tidak sesuai. Jika perlu wujud satu saluran khusus sukan jika time belt sukan sukar di ujudkan.

ikhlas

Sakura Kl

MatSen said...

Salam Tok Tiger,

Terima kasih RTM kerana telah menyiarkan perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor dan Kelantan malam tadi. Bagaimanapun saya minta pihak RTM dapat menjemput pengulas atau 'pundit' bola sepak yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan dihormati untuk mengulas pertandingan akhir sebesar itu. Menjemput wartawanan sukan bukan tidak boleh tapi agak kurang 'uummmphh' kerana di negara kita ramai bekas pengurus pasukan dan pemain bola sepak yang hebat-hebat mampu memberi ulasan yang baik dan lebih teknikal.

Satu lagi Tok, minta RTM buatkan rancangan khas bola sepak dengan menyiarkan semula pertandingan-pertandingan yang dianggap 'klasik' melibatkan lagenda bola sepak Allahyarham Mokhtar Dahari dan rakan-rakan seangkatannya. Anak-anak muda zaman sekarang ramai yang tidak mengenali beliau. Ulang tayang seperti pertandingan akhir Kejuaraan Pesta Bola Merdeka yang melibatkan Malaysia di tahun 70an, 80an dan 90an mampu membawa generasi muda memahami dengan lebih dekat sejarah bola sepak negara. Ini hanya pandangan dua sen saya Tok. Harap dapat beri pertimbangan sewajarnya...

rizal hashim said...

sakura kl,

sebenarnya saya selesa duduk di kerusi itu, lagipun ia program berbentuk santai, tapi kalau sofa pun tak apa, lagi rileks...pasal warnanya itu terpulang kepada rtm dan production team.

matsen,

betul ramai jurulatih dan ex-player yang berpengalaman dan terror dan mungkin rtm harus ambil kira pandangan ini...tapi berapa ramai yang boleh ulas "live" on tv?
sejak awal 90-an lagi saya sudah menulis mengenai penayangan semula game-game lama, tapi banyak masalah, dengan cerita rtm tak simpan dalam arkib, kalau nak korek punya lah lama...namun percubaan sekilas liga cukup baik biarpun buat sekadar beberapa minit...saya juga mencadangkan dalam Malay Mail dan blog saya agar menjelang game besar kita tayang semula gol-gol tahun 2000-2008 prime time untuk mengajak penonton ke stadium...memeriahkah lagi majlis...apapun tahniah datuk kerana menyiarkan sukan@1, gelanggang@1 dan sebelum wisel pada waktu prime! satu cara membudayakan sukan, salam

tajudin said...

Datuk Harimau, kalau boleh program sukan terbaik itu jangan hanya ditumpu pada bolasepak sahaja. Sebagai cadangan saya, banyakkan juga pertandingan sukan ragbi, takraw dan chess dalam dan luar negara.

Anonymous said...

tahniah rtm kerana siaran langsung final piala fa kelantan mln selangor tu...saya seronok dapat tonton di kaca tv puluhan ribu peminat bola sepak yang masih sayangkan bola kita...

saya kira pengulasan siaran langsung tu boleh diterima...saya setuju dengan sdr rizal...kalau kita tengok malam tu pun, azraai khor pun macam kelu lidah ketika wartawanan tu boleh tahan la jugak...

apapun, sekali lagi tahniah kepada rtm kerana menyiarkan siaran langsung final piala fa ....

mat kelate di klang valley

merang - moderator kelate.net said...

ianya mungkin sesuai dikatakan 'dream final' of the season. tahniah kepada selangor yg muncul juara biarpun melalui sepakan penalti.

tahniah juga kepada saudara rizal hashim - ramalan saudara tepat bahawa selangor menang biarpun saya mempertahankan komentar saya bahawa kelantan harus muncul sebagai juara baru.

itulah bola sepak. kejutan tidak terduga. kadang-kala bola sepak juga menyaksikan kekejaman berlaku. penentuan juara terpaksa dilakukan melalui sepakan penalti.

saya menerima hakikat bahawa rezeki kelantan setakat itu sahaja setelah bersusah payah menuju ke perlawanan akhir.

terima kasih kepada penyokong bola sepak Kelantan dan Selangor kerana memenuhi hampir 80,000 tempat duduk penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ternyata bola sepak Malaysia masih belum kehilangan sokongan akar umbi peminat sebenarnya.

salam.
mazram
moderator kelate.net