Friday, April 24, 2009

MARI KITA TONTON BOLA

Esok, saya akan menonton perlawanan akhir bolasepak di Stadium Bukit Jalil antara Selangor dengan Kelantan. Harap-harap permainan yang bermutu akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan. Jika tidak rugi masa saja. Ataupun lebih baik relaks di rumah selepas penat bekerja.

Apapun, sebagai rakyat negara ini, saya amat berharap mutu permainan pasukan bolasepak negara dipertingkatkan daripada semasa ke semasa. Bukan di takuk lama. Bukan di tangga yang 'memalukan' dalam kedudukan carta FIFA. Apa sudah jadi? Perlulah baiki.

Jika kita mengambilkira kedudukan pasukan futsal negara, sudah tentulah boleh dijadikan matlamat. Pasukan futsal negara kini adalah nombor dua dalam ASEAN dan nombor 10 atau 11 di Asia. Bolehlah tahan juga berbanding bolasepak - kategori ratus.

Marilah sama-sama kita memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu permainan bolasepak di negara ini. Apa caranya? Kita fikirkan sendiri. Mari duduk ramai-ramai dan cari punca masalahnya. Kepemimpinan? Jika ia adalah penghalang, apakah rancangan kita untuk mengubahnya.

Permainan bolasepak amat digemari di negara ini. Hampir semua kanak-kanak lelaki yang gemar bersukan, sudah pasti tahu bermain bola. Jika ada kaki dan bola, sudah pasti permainan itu boleh bermula.

Ketika ini, banyak tanah-tanah kosong dan padang untuk bermain bola. Di bandar, mungkin sudah kurang kerana pembangunan. Tetapi di kampung masih banyak kawasan lapang untuk bermain bola.

Apakah halangannya yang menyebabkan mutunya merosot? Mungkin pemain kita tidak bersemangat seperti di masa lalu? Mungkin tiada lagi insentif untuk mengekalkan minat mereka? Apakah pemikiran mereka dikongkong? Apakah mereka sudah penat bermain? Perlukan mencari lebih ramai pemain baru? Semua ini perlu difikirkan agar pasukan bolasepak kita menjulang kembali.

Saya amat yakin Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mampu melakukan sesuatu. Memantapkan pasukan bolasepak negara.

Ini kerana DASC seorang yang dinamik, berfikiran membina bukan jumud, suka menerima nasihat dan teguran dan yang paling penting sentiasa mahu menjadi yang terbaik. Ayuh, DASC marilah kita bersama-sama membangunkan kembali tahap pasukan bolasepak kita.

Jika kita biarkan ia terus di tahap ini, maka ia akan reput dan hancur.

11 comments:

KHAIRUL NAZRI said...

Saya juga akan ke Stadium Bukit Jalil kelak.

Selamat berjaya kepada pasukan Selangor dan juga Kelantan.

Jangan gaduh tapi seronok tengok orang bergaduh. Kah kah kah

j4justice4all said...

tukar kerajaan dulu baru bola sepak dan serba serbi maju dalam konteks sebenar.

Anonymous said...

Alahai...susah nak cakap lerr Tok Rimau,.. tentang mutu bola sepak negara ni!!

Tengok lerr kess pemain Kelantan baru-baru ni.. si Halim Napi tu.. dah berapa kali kena gantung le, kena denda le.. masih tak serik2.. bila dah kena denda.. meleleh airmata merayu... dapat main balik, buat lagi!!

Kalau kita nak bola kita maju.. jangan ada belas kasihan masa buat keputusan.. samada buat pemilihan pemain(asyik-asyik pemain bandar je yg kena pilih)ataupun masa buat keputusan hukuman pemain..begitu juga ajk pentadbirnya... biar semua betul-betul bekerja untuk bola... bukan nak cari glamor je.

Lantik le mana jurulatihpun, itu bukan syarat untuk bola negara maju.. semuanya terletak pada diri bakal-bakal pemain itu sendiri.. tengoklah isu TITUS yang ditaja belajar diPerancis tu...apa sudah jadikk?? PERABIH BERAS SAJA...

SEMUANYA TERPULANG PADA DIRI BAKAL-BAKAL PEMAIN YANG DIPILIH ITU NANTI.. nak jadi the best atau jadi `gaya' saja yang lebih..skill lebih baik lagi budak TADIKA. Peerrgghhh.

Unknown said...

buat bolasepak wanita agaknya lebih aman sikit kot.. nantilah saya propose,"futsal wanita rtm", what say you datuk....

R@duan said...

...ia tetap bolasepak kita. Busuk atau wangi, bermutu atau tidak, itulah bola kita.

Ucapan terima kasih khas kepada:

Krew siaran langsung RTM yang buat liputan sukan kita. Sukan terbaik hanya di RTM.

- Hasbullah Awang (rasanya boleh dicadangkan untuk pingat yang bergelar Datuk, ...taat setianya kepada tugas dan kepakaran dalam bidangnya bukan calang-calang....Otai yang pernah bertugas bersama Datuk Rahim Razali)

-Kelantan 3, Selangor 1

aimdaim said...

DIY,

Kena mula dari bawah.Mula dgn program pembangunan bolasepak dari sekolah rendah dan menengah. Perhatikan pelajar2 yg berkebolehan dan buat pemantauan agar dia cemerlang dalam sukan & akademik.
Barulah boleh jadi pemain yg boleh berfikir di lutut & kepala. Hebat bermain, belajar & bekerja kelak.

*takut nak g tgk bola esok - kalau tak pukul org keta, moto @ bas yg kena nanti.

fikir-fikirlah

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk!

Kita setuju dengan usaha untuk memantapkan bola sepak negara... tapi sampai bila hanya sekadar bincang, tulis, seminar, segala jenis wacana kalau tindakan tak de.

Baiklah, kalau diizinkan saya nak lari sikit pasal bola kita. Saya cuba nak lontarkan komen mengenai sukan di RTM.

Tidak dinafikan... RTM mempunyai keupayaan dan kepakaran yang tinggi terhadap liputan sukan tempatan dan antarabangsa, terutama bola sepak dan badminton.

Apa yang menjadi persoalan ialah... sampai bila RTM mampu mengharapkan hanya kepada Hj. Hasbullah Awang, Shaukei Kahar dan Zainal Abidin Rawop saja.

Mereka memang berkebolehan dan hebat. Hj. Hasbul misalnya... kedengarannya sudah semakin leteh dengan ulasan-ulasannya. Zainal pula lebeh banyak mempromosi diri sendiri dalam melakukan ulasan dan Shaukei dengan stylenya.

Memang ada kelihatan dua tiga orang pengulas pelapis yang cuba ditonjolkan oleh sukan tv... tapi... kalau dilihat dan didengar... mereka ni masih tak cukup latihan dan perlu menjalani satu fasa latihan yang lebeh intensif kalau nak melahirkan pengulas yang berketerampilan di RTM.

Dulu kita ada mendengar beberapa orang pengulas sukan yang diambil dari radio yang sudah pun establish dan mampu mengulas dengan baik samada di tv atau pun radio. Di mana mereka sekarang? kenapa tidak di "fully utilise" (dengan izin) mereka.

Datuk perlu tahu sebagai seorang KP bahawa RTM telah banyak menghasilkan pengulas sukan dan kebanyakan pengulas yang dilahirkan oleh RTM adalah lahir dari radio, termasuk Hj. Hasbullah Awang ketika masih berkhidmat dengan RTM.

Oleh itu, dengan rendah dirinya dicadangkan kepada Datuk agar memperkasakan kembali liputan dan rancangan sukan di radio agar lebeh ramai pengulas-pengulas pelapis dapat dikeluarkan. Ramai mereka yang berbakat... bukan saja di ibu pejabat, malah juga di stesen-stesen negeri..

Sebagai bekas pegawai di RTM... kita berharap Datuk menjenguk dengan lebeh seimbang antara tv dan radio.

Untuk makluman Datuk... sepanjang perkhidmatan saya di RTM... antara tv dan radio... tv lebeh diutamakan dan dalam banyak hal... radio dianaktirikan...

Sudah sampai masanya... mungkin... RTM mengurangkan kebergantungan kepada orang luar sebab bakat yang ada di RTM, khususnya di radio di SIA-SIAKAN.

Pandangan Ikhlas.

rafabenitez_subang said...

kp macam ni yang kita mau...turun ke lokasi tidak kira apa events.... syabas datuk yang akan membuat penampilan kedua di stadium dalam tempoh 1 minggu!

rizal hashim said...

Jomosamatuaran,

titus berkelana ke perancis atas inisiatif keluarga sendiri, kini cuba mencari PR di sana, gagal memikat perhatian nampaknya. Dia tidak ditaja oleh FAM atau mana-mana kerajaan...

OrgkpgDOha said...

Salam Datuk Tiger..

Ingat nama-nama seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Spiderman Arumugam, SO Chin Aun, Bengali itu apa nama?..Oyaaa..Santok SIngh, ALi Bakar, Namat Abdullah, Yusof Bakar dan tak ingat lagi pemain-pemain tahun 70 dan 80an..Mereka ini mmg legend untuk pasukan Malaysia dan negeri. Mereka ini bermain kerana Negara dan bukan kerana wang..Mutu permainan mereka jauh lebih baik dari pemain-pemain sekerang..

"masih ingat perlawan akhir Piala Merdeka Malaysia lawan Korea Selatan.."

rizal hashim said...

OrgkpgDoha, Piala Merdeka sekadar kejohanan jemputan, bukan pra-Olimpik atau pra-Piala Dunia...

lebih sesuai jika saudara mengimbas kemenangan Malaysia ke atas Korea Selatan dan Jepun pada pra-Olimpik 1971 di Seoul apabila Syed Ahmad, atau Ahmade (sebutan orang Korea) menjaringkan lima gol pada pusingan itu, atau kejayaan pra-Olimpik 1980 apabila Hassan Sani menjolok bola kepada James Wong untuk gol kemenangan ke atas Korea Selatan di Stadium Merdeka, ataupun ledakan kaki kiri Dollah Salleh menewaskan Korea Selatan pada pra-Piala Dunia 1985!

Ayuh bincang isu, sejarah dan masa depan bola sepak dan sukan dalam blog saya...