Hari ini kebanyakan Menteri dan Timbalan Menteri memulakan tugas baru mereka. Masuk pejabat baru dan menemui pegawai Kementerian terutama pengurusan kanan. Sudah tentu pelbagai arahan dan halatuju yang ingin dibawa oleh Menteri akan dinyatakan. Perlu jelas dan menyakinkan.
Ada Menteri yang suka berlari. Maka pegawai dan kakitangan kementerian perlu berlari. Jika tidak terdaya, mereka perlu berlari anak, takut-takutlah ketinggalan jauh di belakang.
Pegawai pengawal iaitu Ketua Setiausaha (KSU) perlu mengikut gerak-geri dan rentak Menteri dan menyalurkan arahan 'boss' ke bawah. Ini penting untuk memastikan segala aspirasi Menteri dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tiada yang tertinggal atau cacat cela. Apatah lagi Menteri lama yang berpengalaman.
Bagi Menteri baru, KSU perlu menerangkan apa yang sudah dilaksanakan selama ini termasuk halangan atau kesulitan termasuk masalah kekurangan. Pasti KSU akan menerangkan projek atau program yang sudah dirancang termasuk yang diluluskan oleh PM dan TPM. Boleh diteruskan atau diubah mengikut kesesuaian.
Arahan Menteri baru perlu dilaksanakan segera untuk memastikan rakyat mendapat faedah dan perkhidmatan terbaik. Jika pegawai dan kakitangan tidak proaktif atau berfikir di luar lingkungan, maka amat sukar bagi Menteri memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Kerajaan kini kesuntukan masa untuk menarik sokongan rakyat yang telah beralih angin. Mereka mempunyai kira-kira dua tahun lebih sebelum terpaksa menyerahkan kuasa kepada rakyat semula.
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam datuk,
selamat bertugas di bawah kepimpinan menteri baru berpengalaman luas.
DIY,
Macamana dgn sistem penyampaian d negeri2 yang d kuasai pembangkang. Sering kali di putar belitkan apa jua perkara.
Ditambah dgn UMNO yg berdiam diri, kunun nya, nak tgk pembangkang boleh buat atau tidak. Yang jadi mangsa ialah rakyat, banyak maklumat tak sampai.
Tukar lagi kabinet pun, kalau jentera tak buat kerja, kacau bilau jadinya.
fikir-fikirlah
semoga berjaya kepada semua..
Menteri baru misti menukar KSU baru supaya satu perubahan yg diluar kotak perlu dibuat
RTM 1 misti menjadi saperti BBC 1 sebuah channel national dan dlm bahasa Malaysia
Pag pagi lagi RTM 1 dan RTM 2 menghidangkan rojak , tidak ada Branding dan arah tuju .
Bernama rugi rm 14 juta apa menteri nak buat?
RTM memerlukan Top Broadcaster bukan pentadbir untuk menuju kecermelangan
nilah harapan kita rakyat Malaysia.... selamat bertugas bagi semua menteri dan timbalan menteri baru....
hisham salleh...sudah nampak kemajuan dalam pengacaraan. syabas. dia cepat belajar. yg lain seangkatan beliau, bagaimana....?
Berapakah kos yang digunakan untuk Muzik Aktif...? dengar khabar ianya dicilok dari peruntukan pakej rangsangan... puluh juta jugak la kosnya...
Berapa pula kos siaran langsung SPM dari Sime Darby?
Menteri baru kena tengok2lah!
Datuk KP,
Jangan lupa juga laksanakan sesi lawatan ke mana-mana stesen Tv hebat di serata dunia untuk mempelajari sistem, gaya pendekatan, isian program serta nilaian kompetatif mereka.Buat permulaan sila lah jengok Suria TV then KBS dan NHK.
Satu lagi, kalau dulu 'Agrotek' saya bagi gred A tapi kini hampeh .. D saya lontarkan.Transformasi jugak tu tapi menjunam.
Post a Comment