Untuk menjadi terbaik, kita memerlukan pegawai yang terbaik. Untuk mencari pegawai terbaik, pada mulanya lihatlah di dalam. Jika tiada, lihatlah pula di luar. Ramai yang berbakat. Ramai yang terbaik.
Bagaimanapun, sanggupkah mereka bekerja dalam kerajaan? Apakah halangan sebenarnya? Adakah ia membabitkan imej penjawat kerajaan? Ataupun membabitkan gaji? Sudah tentulah ini yang perlu diberikan perhatian jika ingin memenuhi kemahuan Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pagi ini di depan penjawat awam di PICC, Putrajaya mahu perkhidmatan kepada rakyat adalah yang terbaik. Untuk itu, beliau mahu pegawai yang terbaik dalam GLC atau sektor swasta diambil bekerja untuk kerajaan.
Pengambilan ini penting bagi menyuntik semangat baru dalam perkhidmatan awam. Semangat baru ini diharapkan akan menaikkan semangat penjawat awam lain dalam persaingan yang sihat. Adakalanya mereka boleh belajar daripada budaya korporat yang dibawa oleh orang GLC.
Dalam pada itu, tidak dinafikan perkhidmatan awam kini semakin baik dan ada antaranya lebih baik daripada sektor swasta. Perkhidmatan yang semakin baik ini mampu dilaksanakan kerana peneraju sektor awam mahu untuk berubah sejajar dengan perkembangan semasa.
Umpamanya, jika sebelum ini untuk mendapatkan pasport saja mengambil tempoh masa yang lama. Tetapi sekarang dalam masa beberapa jam saja, pasport anda sudah tersedia. Malah perkara ini disentuh oleh DS Najib dalam ucapan pagi ini.
Sebenarnya, jika penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sudah tentu kerajaan tidak dimusuhi atau dibelasah sepanjang masa.
Tuesday, April 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Ramai orang kecewa dengan cara Tim. Menteri Wilayah menyerbu masuk bilik rawatan di HKL.
Berita pula memsensasikan dengan ada yang langsung tidak menerbitkan penjelasan pengarah HKL.
Tindakan saravanan bersifat populor.. tapi, selepas kehilangan sokongan rakyat, bn mumgkin bakal kehilangan sokongan kakitangan sendiri..
http://pkrpasdap.blogspot.com
kalau malas letak jawatan sebab ramai lagi kat luar nak jadi penjawat kerajaan..
begitu juga mereka yang suka membangkang dasar kerajaan dan sokong pembangkang, suruh letak jawatan....ramai lagi orang tunggu jawatan tu...kerjalah dengan anwar ibrahim ke...
Salam.
Benar sekali.Kini sistem sektor awam lebih tersusun dan efektif.Namun tanggapan orang kadangkala masih terpalit pada reputas lalu..Harap penjawat awam kini juga akan lebih dedikasi sejajar dengan imej yg dibawa.
Datuk,
niat dan hasrat DSN adalah baik dan murni dalam memperkasakan lagi Perkhidmatan Awam. Malangnya, orang dalaman ia itu kakitangan awam sendiri tidak dapat terima orang luar untuk menjejak kaki dalam sektor awam. Kelab PTD sangat ketat kawalan dalam pengambilan kakitangan kanan. Mereka tidak rela non-PTD to lead or to head a government dept. These club akan usaha sedaya upaya tonjolkan membernya malah dalam jabatan tertutup pun pda suatu masa yang tidak berapa lama duhulu, mereka mahukan masukkan pegawai PTD. Masalah kedua, sanggupkan kerajaan membayar gaji lebih tinggi daripada pegawai awam.Boleh terimakah kakitangan awam melihat orang baru dibayar gaji lebih tinggi daripada mereka?
Dalam Perkhidmatan dia dikawal oleh JPA mafia yang sukar untuk ditembusi. Saya benar-benar berharap, hasrat DSN dapat menjadi kenyataan dalam tempoh masa terdekat.
DIY,
Tepat pada masanya. Sikap mereka lah yang menjadi peluru kepada orang yang sering tidak berpuashati untuk menghentam.
Jangan ada kata yang 'tak tau' @ 'tak de' arahan dari pihak atasan untuk berubah & memang penat menunggu jika berurusan dengan jabatan kerajaan.
Berubah @ diUBAH.
fikir-fikirlah
Benar Datuk, saya setuju. Semangat bekerja secara jujur, ikhlas dan komited dalam sektor awam akan memberi cerminan positif terhadap kerajaan. Pegawai dan kakitangan awam harus lebih bertanggungjawab terhadap tugas dan bukan bekerja umpama melepaskan batuk di tangga dan mengharapkan gaji di hujung bulan sahaja.
Peranan ketua-ketua jabatan juga penting dalam perkara ini dan wajib tegas terhadap kakitangan di bawahnya bagi memastikan kualiti kerja kakitangan di sepanjang masa. Sektor kerajaan banyak tercemar oleh sikap pegawai dan kakitangannya yang malas bekerja dan suka curi tulang.
Jika di Kementerian Pelajaran ada nazir-nazir sekolah yang dilantik membuat pemantauan, saya rasa JPA juga perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk membuat pemantauan di semua jabatan-jabatan termasuk badan berkanun selagi ianya di bawah sektor awam. Lawatan mengejut dari masa ke semasa dapat membantu usaha pembaharuan yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
http://aspirasi-baru.blogspot.comASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"
Untuk menjadi penjawat awam, bukanlah suatu pekerjaan yang boleh dipandang remeh. Kita semua akan berurusan dengan penjawat awam walau bagaimana cara sekalipun kita cuba mengelak. Persoalan yang dibangkitkan oleh pihak tuan ialah: gaji dan imej. Dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk. Dalam sebidang sawah, pasti ada padi yang tidak masak. Begitu jugaklah sektor awam, mahupun sektor swata, bukanlah bagus sangat pun, dan bukanlah teruk sangat pun. Saya rasa tertarik dengan pendapat yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Negara suatu ketika dahulu, 'Kalau nak kaya, janganlah kerja dengan kerajaan,. Masa kita bekerja dengan kerajaan, kita hari-hari akan tengok ayat 'Berkhidmat Untuk Negara, walaupun dalam kepala kita ada tulis ,Berkhidmat Untuk Makan Gaji.
YBhg. Datuk,
Inilah Perdana Menteri yang saya nanti-nantikan selama ini.
Alasannya, sebelum ini pemerintah hanya memanjakan kakitangan awam, tanpa melakukan revolusi terhadap perkhidmatan mereka.
Jika sebelum tahun 2004, karenah birokrasi perkhidmatan awam sudah hampir berjaya dihapuskan, selepas itu ia tumbuh balik dengan pelbagai prosedur yang tak masuk akal, sehinggalah menggunakan pengetik waktu.... balik kepada zaman 80an.
Sama jugalah dengan kemasukkan ke perkhidmatan awam. Kemasukkan ke perkhidmatan awam ini, mestilah daripada bawah, kata mereka.
Inilah yang telah merugikan perkhidmatan awam itu sendiri.
sambil membiarkan yang berkarat, pemalas, ber-idea lapuk terus bermaharajalela, orang yang 'talented' dinafikan haknya untuk menabur bakti kepada rakyat dengan bekerja di perkhidmatan awam.
Saya dengan yakin menekankan di sini, bahawa, pengalaman, kebolehan dan kecerdasan akal fikiran tidak diperlukan jika hendak masuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Mengapa saya lontarkan kenyataan keras ini? Kerana, dalam pengambilan sektor perkhidmatan awam, ia adalah lebih kepada 'siapa yang anda kenal' berbanding 'apa yang anda tahu lakukan'.
Usahlah ambil contoh jauh-jauh. Lihat sahaja di RTM, memang RTM ada mengambil kakitangan atau pegawai baru, tidak lama dahulu. Tetapi siapa yang diambil? Tiga per empat (dalam pemerhatian saya) tidak sepatutnya dipilih. Pengetahuan am asas pun tidak ada, pun berjaya dalam ujian bertulis. Sebutan pun tak pernah lancar, masih lulus ujian suara latar... Apa ni.... yang layak, diketepikan.... alasannya, boleh menggugat kedudukan mereka.
Jadi yang dikatakan 'tak layak' ini terus-terusanlah bekerja sebagai 'artis berjadual' di sana, (mengemis gaji setiap bulan yang lebih rendah daripada promoter baju dalam di supermarket) ataupun membawa diri ke luar untuk mempertaruhkan kebolehan mereka. Walhal, kebolehan, idea, kepantasan membuat kerja, disiplin, lebih seratus peratus daripada Pengarah Jabatan itu sendiri!
Jadi, untuk mempertingkatkan keupayaan RTM dan Jabatan Penyiaran yang Datuk terajui sekarang, perlulah mengubah dasar lapuk zaman 'tok adam' itu.
Jika ada pegawai berkaliber dengan 'remuneration' yang sesuai, bolehlah mereka menyaingi dan 'memencenkan' pegawai berkarat yang 'tunggu mati' sahaja di Jabatan itu.
Satu lagi perkara penting, ialah jika ingin sangat untuk mengambil individu-individu untuk jawatan utama (key position), kuasa perlulah juga seiring dengan pelantikan mereka.
Ini membolehkan mereka bertindak dan setara tarafnya dengan kakitangan lapuk berkenaan.... Sekaligus mereka boleh mengatasi segala keputusan pegawai lapuk dan mengambil tindakan kepada kakitangan bawahan yang engkar arahan mereka dalam merencanakan pentadbiran yang lebih kemas, tersusun lagi pragmatik.
Saya rasa YBhg Datuk pun dah tahu berhubung perkara ini, yang saya rasa perlu disegerakan, bagi memastikan usaha Datuk untuk mervolusikan RTM itu tidak sia-sia sahaja, dengan sabotaj secara diam-diam dari kakitangan berkarat yang'manis di depan, jadam di belakang.'
Sekian.
JONLABUYABEDABEDU
Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV ...baca di sini --->
http://malaysia-instinct.com/english (pilih ruangan bahasa Malaysia)
Datuk,
CUba tengok2kan sket kerenah SPA tu yg penuh dengan birokrasi. Ader kawan saya tu doktor, lepas buat locum keje ngan Pusat Kecantikan.
Tapi lepas tu dia nak keje balik ngan Hospital Kerajaan. Dah keje dah sehari kat Hospital tu, tapi SPA suruh dia interview and ikut semua procedure yg ada ...
Skang ni dah sebulan tak panggil2 lagi padahal Hospital tu mmg tak cukup doktor ...
Nampak portal rasmi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan masih belum update lagi.!! ....tiada pautan atau maklumat tentang agensi-agensi yang berada di bawah naungan kementerian.(selain 5 agensi asal MOI) Apa masalahnya Dato'. Boleh kami tolong...? Boleh lah sampaikan perkara ini kepada Datuk KSU. Minta dia ambil tindakan. Kalau lambat nanti malu kita Dato'. Rakyat akan kata kita lembab. dan agensi lain yang baru bergabung dengan kita tentu kecil hati....sebab tiada maklumat tentang agensi mereka di dalam portal rasmi.
* MrD *
Salam Datuk Tiger..
Pegawai Kerajaan sekarang telah banyak berubah mentaliti mereka dalam pentabdiran awam. Pegawai-pegawai ini semuanya telah keluar dari dalam kotak mereka dan berpandangan lebih jauh dalam mentadbir jentera kerajaan. Banyak pegawi-pegawai kerajaan telah didedahkan dengan keadaan sebenar..Mereka juga banyak menyedari kepentingan rakyat dan kemahuan kerajaan,mungkin hanya segolongan atau segelintir pegawai yang nampak mcm "bisnes minded". Itu tidak penting kerana sekiranya dapat menafaatkan orang awam..teruskan saja.
Yang lebih penting mereka tahu akan diri mereka sendiri sebagai Pegawai kerajaan dan rakyat.Jangan pula mereka memikirkan yang mereka seorang ahli perniagaan..buka syarikat sendiri dan ambil kontrak bawah kontrol mereka..itu tak aci laa..
Teruskan usaha untuk meningkatkan lagi ilmu dan pendedahan mereka kepada dunia asing supaya mereka lebih peka dengan kerja-kerja mereka..
"Teringin melihat pegawai kerajaan berjaya dalam kerjaya mereka..Tepat dan berwibawa.
tompang lalu
http://jamilismail.blogspot.com .. untuk perhatian
Salam DIY
Ini hanya pandangan saya !!!
Elakkan "Pinching Staff atau Staff Swapping " diantara Kerajaan dan Swasta sebab tidak berapa sihat dan akan berlaku kebocoran rashia dan menjual maklumat-maklumat penting
kerajaan atau syarikat swasta.
Bukan saja perkerja di kalangan yang terbaik, pemimpin juga mistilah yang telus dan tidak diragui kewibawaannya di kalangan rakyat dan pandangan dunia luar.
This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang's blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people "lack of grey matters" and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said "the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English". The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don't belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party's chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.
Macam mana kakitangan kerajaan nak bersemangat kalau orang luar dipayung terjunkan sebagai KP Penerangan sementara orang dalam Jabatan Penerangan duduk terlopong. Nak jadi KP sekarang ada caranya:
1. Buka blog
2. Bodek Menteri habis-habis
3. Jadi racist dan Mr Know All
Kalau ikut petua ini, insyaallah boleh jadi KP macam Tok Rimau kita!
Pesara RTM
Kepada Pesara RTM,
Tahniah... saya setuju.
YBhg. Datuk,
Izinkan saya mencelah sedikit.
Wahai pesara RTM, lihatlah diri sendiri, muhasabah banyak-banyak, jika anda betul pesara RTM, mungkin anda juga penyumbang kepada kemunduran RTM selama ini?
Saya berpendapat RTM ini sudah nazak. Kerana ia tidak pernah berubah sejak 25 tahun lalu.
Malah, mungkin kerana kakitangannya (tetap) sibuk berhasad dengki dengan orang lain, sehingga lupa tugas hakiki mereka.
Ataupun, sibuk membuat kekayaan menerusi pelbagai cara, atau mempromosi anak mereka untuk dapat publisiti bagi kerjaya anak mereka itu.
Selain itu, yang lebih penting, ketidakkesanggupan untuk menuntut ilmu, terutama dalam teknologi penyiaran oleh kakitangan tetap RTM, sehingga RTM ketinggalan dalam serba serbi tidak kira berita, hiburan malah promo pun macam tv negara-negara Afrika.
Jadi kepada pesara RTM, renung-renungkan lah diri sendiri, membersihkan 'palat' orang lain itu lebih mulia daripada membuat 'palat' itu sendiri, sehingga terpaksa memanggil orang lain untuk mencucinya bagi menjaga nama baik mereka yang pernah membuat 'palat' selama lebih tiga dekad berkhidmat di TV ketinggalan zaman itu.
Jadi renung-renungkanlah pepatah lama.... kata dulang paku serpih... mengata orang.... awak tu yang lebih.
Sekian.
JONLABUYABEDABEDU
Post a Comment